Saturday, September 4, 2010

Kurap Adelaide....




Salam,

1. Aku malas nak tulis post pendek2. Tak sempurna argument rasanya.

2. Aku suka menulis blog, sebagaimana aku suka caraku beromen. Panjang2 dan selama-lama-lamanya. Hot, rough and sweaty (sembang kencang bajet power...Ikut aku lah ni blog aku! muahahaha)

3. Tapi bila aku baca orang2 melenting ttg organisasi K yang di ketuai oleh DrE yang membuat forum N tentang isu T yang mengkritik negara U di bandar yg bernama T, maka aku terfikir. Diaorang ni nak datang bulan ke?


4. Aku mmg nak menulis tentang K,E,N,T,U dan T dah lama dah. Mungkin inilah impetus yg aku tunggu-tunggukan. (utk yg lemah ingelisnyer..boleh check maksud impetus di cini).

5. K,E,N,T,U,T adalah isu yg sudah lama berkurap di bumi Adel...opss tersasul.....jap yer nak check...di bumi T. Jadi aku malas nak garuk kurap tersebut sebab selaku bekas pesakit kurap, aku tahu sifat dan karekter penyakit kurap ini.

6. Semakin di garu kurap tersebut, semakin syok, semakin best! Semakin keras di garuk sopt tuh, semakin lega rasanya. Akan tetapi hakikatnya, bila kurap itu di garu, ia sebenarnya akan jadi bertambah teruk dan bertambah besar.

7. Lagi celakanya, bila kurap ini di garu, fungus2 kurap ini akan melekat di celah2 kuku kita. Jadi bila kita garu di tempat lain yg tidak berpenyakit, tempat itu pulak yg akan di jangkiti. Asalnya satu, kini jadi dua, tiga dan seterusnya.

8. Lebih membabikan, kurap ini senang menjangkit kpd org lain. Asalnya sorang, kini dah bertambah menjadi dua, kemudian satu kelas, satu sekolah, satu bandar, satu negeri, satu negara dan akhirnya satu dunia.

9. Jadi sebelum aku menulis tentang K.E.N.T.U.T, aku nak pesan kat semua orang. Aku akan garu perlahan2. Sebab aku tahu,

A
- sekukuh mana pon hujah aku menyokong DrE dan organisasi K, TIDAK AKAN ADA SORANG pon di kalangan orang2 yg anti E & K akan merubah pemikirannya.

B
-
selemah2 hujah aku menentang E & K pula, akan cepat sepantas kilat menyebabkan orang menjauhkan diri drpd E & K, termasuklah org yg berada di dalm K sekarang ni.

10. Kenapa bila orang nak buat baik ramai yang menentang membantah. Tapi bila orang membuat kemungkaran, bukannya orang yg "menentang membantah" itu turut sama "menentang membantah" kemungkaran tersebut. Sebaliknya diaorang pandang kat orang yg cuba buat baik tadi dan kata " Ehh! Apsal lu tak pergi tegur?". Pulak!

11. What a joke!

12. Ataupun mungkinkah pihak yg "menentang membantah" itu hanyalah menyuarakan cadangan ataupun positive feedback. Akan tetapi mereka telah di perceived sebagai pihak2 yg menentang usrah ataupun liat utk di usrah, kerana cadangan/feedback pihak tersebut bercanggah ataupun menokok tambah kpd silibus usrah yg telah di selaraskankan oleh pimpinan atasan organisasi. Agak rigid mereka ini. Agak constipated.

13. Sila makan pelawas yer abang2 usrah. Anda boleh beli di sini.


14. On the other hand, isu KENTUT ini ialah isu yg selamat utk aku discuss secara bebas semberono. Sebab aku tahu penulisan aku TIDAK AKAN MEMECAHKAN komuniti Melayu di sini. Kerana komuniti ini mmg sudah berpecah di kalangan undergrad mahupun postgrad. Malangnya.....

15. Di harapkan, di akhir penjelasan drpd aku, semua orang akan sedar. Bahawa kedua2 pihak , KENTUT dan anti-KENTUT bersalah didalam kemelut ini. Yang betul dan benar hanyalah Aku sorang.

16. Tapi sekarang bukan masanya lagi. Aku perlu menulis utk menolong kawan yg sedang terluka....

Sekian. mekasih, wassalam.

8 comments:

Anonymous said...

yeah.dh lamer aku tggu kau spy ulas bnde nih...sbg otai adeled msti ko dh nmpk overall picture bnda nih kan..kamon bro..x sabau aku nk tggu part seterus seterus seterus dan seterusnye.nk thu dri sdut pndgn ko

BooK said...

Satu perkara yang aku tertanya-tanya dari dulu. Kenapa kalau ada orang bercakap dan cuba nak mengulas tentang K itu, mesti ada orang kata diorang ni cuma tahu menentang membantah?

I mean, aku pernah cuba bagi pandangan dan nak tolong dan aku bagitahu naqib aku dulu, tapi dia anggap apa aku buat macam an inexcusable deviation from the so called ajaran.

Think about it. As much as the K group are against the status quo, they have their own status quo.

Which cannot be touched, discussed and criticised by the mere anak usrah.

Anonymous said...

ikut kata meka 3 jam je budak kalau kena usrah kat mublihg nak dah murtad dah...

mangkuk statik said...

Salam,

Anon #1: selambe kata aku dah tua. Sepak kang!

Book: Muahahha..Betul tu. Aku MEMANG nak masukkan ayat next kpd ayat "menentang membantah" itu yg lebih kurang berbunyi."...ataupun bantahan ini lebih merupakan teguran ataupun kritikan membina kpd pihak K".
Tapi, mcam ilang flow dan masa tu takde ilham nak tulis ayat cun ttg tu. Jadi utk menjaga the high integriti dan quality kesusasteraan penulisan blog aku, aku telah SENGAJA deletekan..muahahhahaha. My bad. Nanti aku edit dan masukan ayat tuh..
(p/s- aku kene baca 3 kali baru dapt pikap apa yg kautulis sebab ada perkataan "naqib" tuh. Otak aku pikir, apsal kau nak britau Naqib Zainal Abidin plak?...muahhaha chord F btul lah!)

Anon#2: Murtad? Apa mubligh tu cakap? Klaka betul. Jgn dgr kata org. Pegi dengar sendiri kan lebih baik.

BooK said...

Peh. Dah ade tambahan dah. Haha.

Naqib tu memang tak lah. Memang bukan K la mamat tu. Mamat tu mamat G. Ghetto! Oppsss.. Gitar!

ihsan_huhu said...

nasib baik aku xdek kurap

GheySA said...

lame siyut aku tak baca blog kau. tiba2 rindu plak. haha.

btw nasib baik aku xde kurap. jadi selamat bertarung utk mereka yg mempunyai kurap atau masih terdedah kpd dunia kekurapan. haha

n said...

aku x paham.. :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails