Thursday, September 30, 2010

Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah...

Salam,

1. Aritu ada sorang budak tu bersemangat tanya aku.
"Bro! Apa rahsia kau bole menten "gini"?"

2. Aku mula2 nak goreng la apa2. Pakai susuk ke, bela hantu raya ke, botox, jamu, urutan batin bla2. Tapi sebab dia macam semangat giler, aku jadi kesian. Aku pikir jap seminit je, aku dah tau naper aku "gini".

3. Rahsia aku ada DUA je. Pertama Genetik. Kedua Environment. Dan kedua2nya ini adalh ketentuan takdir Allah ke atas aku. Aku tak mintak. Aku tak berusaha. Tetiba Allah bagi gedebuk aku jadi "gini".

4. So nat wat camner? Korang cubalah camner pon. Korang TAKAN boleh jadi macam aku "gini". Korang TAKAN boleh menten hensem, macho, taff, superstar bola, chick magnet, membangkitkan kek dan selera wanita seperti aku walaupun aku dah baya pakcik2 engkorang.

5. I am a freak of nature. Mcam Angelina Jolie, Jared Leto etc. Kadang2 aku pon jadi malu. Sebab dah berjuta kali orang tegur aku sebab diorang masih kenal aku yg tak berubah sangat ni, tapi aku tak ingat pon sape makhluk Allah tu sebab diaorg dah tua, botak, boroi, beruban, montel dan bertetek labuh.
_____________________________________
Gambar by AliphAnwar TempePhoto Inc.

6. Mari kita cerita tentang ENVIRONMENT aku dulu.

7. Aku memang "naturally tough"! Kat bodi aku, hanya satu je muscle yang aku kene workout sikit. Zakar. Eh silap....6 pek aku. Itu pon aku buat 50 sit-up after mainbola lebih kurang 3 kali seminggu. Lain2 muscle aku datangnya secara "natural" dari kerja dan sukan aku. Aku tak pernah work-out ke pegi gym gitu. Too gay!

8. Kecik2 dulu aku naik beskal ari2 ke sekolah. Ari2 main bola. Pastu tiap minggu aku gi TaeKwonDo. Every weekend aku kene tolong bapak aku berkebun. Angkat baja, mengcangkul, tanam pokok, siram pokok etc. Dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.

9. Mula2 aku maki2 gak dlm hati. Letih la. Patah tulang aku. Child abuse lah etc. Sekali bila aku akil baligh, aku baru perasan bila usha cermin. Fuck me! Aku jadi taff sial! Pastu no more komplen bila kene berkebun! Lagi rajin ada la!

10. So bla bla bla, aku menten main bola sampai skang. Pastu aku keje kat Adeled ni plak kerja2 fizikal. Cleaner la, angkat photostat machine la, kilang ayam la etc dan sekarang ni kat Swinging Bowl.

11. So tak heran la aku bole menten 6 pek sejak azali sampai skang. Cuma kebesaran 6 pek tu turun naik lah kan mengikut peredaran zaman. Macam zakar la. Ada kalanya besar. Ada kalanya sangat besar. Gitulah lebih kurang.
_________________________________

12. GENETIK pulak.

13. Although mak pak korang bagik 23 chromosomes sorang masa meiosis tuh, tapi gabungan choromosomes tu berlainan untuk setiap anak (kecuali identical twin). So itu pasal adik beradik boleh nampak lain. Ada yang lebih cun. Ada yang lebih slim. Ada yang lebih pandai. Ada yg berkopek besar. Ini semua anugerah Allah. Redha sajalah.

14. Tapi sebab mak pak aku dua2nya bergenetik awsome, kitaorang 5 orang adik beradik semuanya lebih kurang je pesen nya. Cuma ada yg lebih gergasi drp yg lain je. Damn U!

15. Tapi genetik ini bukan macam environment. Kita tak boleh ubah. Contonynya. Kalau kau bermetabolism rendah, makan biskut marie sekeping pon boleh naik sepuluh kilo. Tapi, kau tak boleh nak re-set metabolism kau tu dah. Kau hanya boleh ubah environment kau je. So jgnlah makan biskut marie banayk2 kalau kau tau kau boleh jadi debab!

16. So dalam kes aku skang ni, aku memanglah bergenetik awesome dari segi metabolism, muscle, kegeniusan, kehenseman, awet muda etc. Tapi genetik aku sebelah mak aku ada masalah sikit.

17. Geng2 sebelah mak aku mmg la kerja cepat, organize, taff , sehat dan umur panjang sampai 90han gitu kot. Akan tetapi the last 20 years of their life, hidup diorang blur. Diorang nyanyok! Dementia istilah mediknya

18. Aku sempat jumpa kedua2 moyang laki dan pompuan aku sebab umur diorang panjang. So aku dah tengok the deterioration into the darkness tu. Moyang aku dulu fit. Pergi masjid naik beskal. Kerja organize dan cepat. Sembahyang pon kilat. Kejap je abis. Kalau jadi makmum siap boleh berpeluh aku nak hambat!

19. Cakap cepat. Dzikir plak mcam ribut. Kalau "Allahuakbar" tu, kau sempat tangkap dia sebut " bar, bar bar, bar" je. Kalau "Lailahaillallah", kau dengar " loh loh loh loh loh loh". Kalu Subhanallah pon kau dengar sama je " loh loh loh loh loh loh". Kitaorag adik beradik dulu dok duat lawak gaban je pasal dzikir moyang aku tu.

20. Tapi bila sekarang ni aku pon dah perasan aku dah macam moyang aku. Aku cakap cepat. Aku semayang pon cam kilat. Bulan posa aitu aku selalu sampai masjid lambat utk berterawih sebab aku kene keje. So biasanya aku akan sampai kat Adelaide mosque ngam2 pada solat terawih terakhir .

21. So bila aku abis semayang isyak je, org lain baru nak solat witir. So aku pulun lah semayang terawih sebanyak 8 rakaat dan witir 3 rakaat sengsorang. Dan aku abis sama je taim ngan org lain!! So org lain berwitir 3 rakaat. Aku boleh semayang 11 rakaat during that time! BUT. Korang kene tau. Imam tu baca slow giler. Pastuh dia nyer doa masa witir tu, perghh...mengoncang patela! Aku baca cam biasa je taim semayang tu. Cuma tak baca surah lah kan. Gerak geri pon cam biasa. Ada tomakninah!

Pemandangan biasa di Swinging Bowl. Seorang hensem di depan fridge.
Masa kat depan dapur tadi aku ingat aku nak apa. Tapi 3 saat pastuh bila aku nak ambik barang kat dalam fridge, aku dah lupa dah ape yg aku nak ambik tadi!!


22. Anyway. Aku now, at the age of 36, dah banyak dah sign2 yg aku dah mula nyanyok! Aku tak boleh ingat nombor or date walaupun kau baru je sebut kat aku 1 saat yg lepas! Sebab tu aku selalu lupa berapa JUMLAH bini aku!

23. Ni lah juga antara titik nokhtah usaha aku untuk buat medik sebenarnya. Aku sedar aku tak boleh memorize anymore. Paling effek, bila patient bagik history, aku tak boleh re-call sepenuhnya. Banyak miss. Aku tau ni bahaya gila! Aku tau aku tak boleh jadi doktor.

24. No plate keta aku pon aku tak ingat! Pin no aku semuanya sama. Login dan password pon! But, walaupun aku tak ingat facts, tapi aku ingat the process to get the facts back! Macam aku tak ingat nama jalan, tapi aku ingat the process/the path to get there.

25. So, based on my early onset of dementia, aku project aku ada lagi lebih kurang 20 tahun je sebelum memori aku deleted completely! Crashed! Formatted! And there's nothing that I can do to stop it!
ARGHHH!! Bosan lah aku nak ingat pekebende yg aku nak ambik tadi. Baik aku buat sit-up sambil berdiri. Hiyah! SATU..Hiyah! DUA..Hiyahh! TIGA..Hiyahhh! Err..brapa tadi..DOBLAS..Hiyahhhh PATPULOH...

26. So kepada awek2 yg berminat, di jemput kawin ngan aku lagi 20 tahun. Kau boleh mintak duit ngan aku tiap seminit, sebab aku dah lupa aku dah bagik kat kau ke belum. Tapi WARNING!! Aku akan mintak beromen ngan ngkau setiap seminit jugak sebab aku dah lupa walaupun kita baru je lepas beromen buat kali ke 27 dlm masa sehari tadi.

27. So sekiranya kita panjang umur. Engkorang datang balik untuk antar anak2 engkorang datang study di Adelaide lagi 20 tahun, engkorang jgn lah kecik hati kalau bila kau jumpa aku, aku dah lupa dah sapa ngkau tu.

28. Dan sekiranya taim tu, kau terjumpa aku dok berlegar2 kehulu-kehilir Rundle Mall dengan tidak berbaju menayangkan pectoralis major yg kukuh, 6 pek yg terukir indah, muka yg menten hensem, rambut yg putih tapi masih "pacak" sambil mulut aku terkumat kamit menyebut
"....Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah..."
, kau janganlah buat2 tak kenal.
Buat2 tak paham.

29. Aku tengah lupa camer nak balik ke kedai sebenarnya. Lorong celah mana satu lah aku nak masuk.

Pimpinlah aku di masa itu ke kedai balik boleh dak....?


30. Dan siapakah Milah?
Tidak.
Kau takkan jumpa Milah di kedai aku di waktu itu.
Kau juga takan jumpa Milah di rumah aku di waktu itu.
Kau juga takan jumpa Milah di dalm bilik air sedang bermandi junub setelah beromen buat kali ke 28 pada hari tu.
Kerana Milah tu bukan orang.
Milah itu hanyalah sebutan dzikir aku.
Sebagaimana sebutan dzikir arwah moyang aku.

Alhamdullilah... Alhamdullilah.. Alhamdullilah... Alhamdullilah.. Alhamdullilah... Alhamdullilah.

Itulah Millah.

Al-fatihah utk arwah moyang, atuk, nenek kita semua.

Sekian, mekasih, wassalam.

3 comments:

ihsan_huhu said...

milah. nam nam taalaihim.

BooK said...

heh. ni rupanya hasil gamba yang aku amik. hahaha. haram jadah tol.

tapi nyanyok kau tu memang aku buleh testify la kan. semalam kau tanye aku dari mane tu, aku dah jawab dari rumah 3 kali dah sebenanye.

Villa Sanchez said...

azam, ko tkya dok down sbb nyanyok.. haha!

ko tk nyanyuk azam, cuma banyak yg ko pikirkan time ko wat keje tu... contohnye, calon2 bini ke 2,3,4 ko, sape yg akn kena reject, cmne ko nk bg chika tu laju sket wat keje etc kn kn??

so jgn down ble ko tnya bukh soklan same 2-3 kali tu sbb bukh bukan hot pon ko nk igt... wakakakaka!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails