Saturday, October 9, 2010

PENTING! Jemputan Solat Jenazah Besok Monday 11 Octbober 2010


Assalamualaikum wbr.

1. Aku ingin memaklumkan, beberapa hari yg lepas, ada seorang rakyat Malaysia telah meninggal di dalam flight AirAsia dari KL ke Melbourne....ke Sydney, aku dah lupa.

2. Allahyarham Hj Shaarani Yahaya telah kene heart attack atas flight, dan walaupun flight telah membuat emergency landing di Alice Spring, beliau gagal di selamatkan.

3. Kini jenazah beliau berada di Adelaide untuk di terbangkan ke Malaysia.

4. Cukup setakat ini sahaja ceritanya. Korang jgn tanya lebih2 or komen macam2 pasal knaper tak tanam sini etc. Dioarg memang tahu.

5. Maka dengan ini, aku ingin menjemput seluruh warga Adelaide untuk melakukan solat jenazah ke atas beliau.
Time: 2pm
Date: Monday/besok/11 Oct 2010
Location: Peter Elger Funeral House, 280, Grange rd, Flinders Park

6. Jom! Mana tau next time, taim kita.

7. Jangan lupa ambik air sembahyang siap2. Kang abis basah lencun toilet rumah mayat tuh, ada pulak yg kene pukul ngan tuan kedai dan jadi mayat arituh.

8. Dan jangan lupa juga membawa kain sejadah untuk memudahkan kita sembahyang .


....................Ehh! Solat Jenazah mana ada sujud kan? Buat apa bawak sejadah kalu gitu!

9. So marilah kita sesama revise skit camner nak solat jenazah ini.
__________________________________

Solat Jenazah Ekspress


1. Kepada sesiapa yg TAK PERNAH LANGSUNG sembahyang jenazah, aku galakkan sesangat utk korang datang. Bila lagi nak practise kan.

2. Ada byk website dan video2 utube utk korang rujuk.

3. Untuk yg pro, silakan amal yg advance. Tapi utuk yg noobs or first time, RUKUN dia simple je

Niat
Berdiri jika berkuasa

Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram

Membaca surah al-Fatihah

Membaca selawat ke atas nabi

Mendoakan mayat

Memberi salam


4. Okay. Selawat itu yg pendek pon cukup. Dan doa itu pula selepas takbir ke tiga, memadai untuk sekadar baca (utk jenazah lelaki)5. So turutan dia adalah....
Niat dalam hati (lafaz tu sunat)
Takbir pertama
Baca Al-fatihah
Takbir kedua
Baca Selawat
Takbir ketiga
Baca doa yg atas tadi
Takbir keempat
Salam.
Setel.

6. Tak sampai 2 minit.

7. Sapa2 yg nak tau lebih lanjut, pasal bacaan yg lebih panjang or perkara2 sunat dlm solat jenazah, tapi berat telur untuk meng-google sendiri, kau boleh rujuk di
sini or
sini

8. Untuk yg extra bengap yg tak boleh imagine dalam kepala hotak mereka, Nah! Usha utube nih


9. Diharapkan engkorang paham. Aku bukannya ustad. So, sekiranya ada salah silap di sini, tolong betulkan, especially jika anda seorang Ustazah yg hawt, muda, singel dan mempunyai pandangan yang liberal terhadap poligami.

10. So, datang ye kalau berkesempatan.

Sekian, Jazakallah Khayran. Wassalam.

2 comments:

ihsan_huhu said...

aiseh xleh dtg

mangkuk statik said...

sapa tak leh datang boleh smayang ghaib kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails