Salam,
1. ALHAMDULILLAH!
Ustad UMNO telah di angkat menjadi WALI ALLAH!
Takbirrrr!!
Wali Allah ni bro.....Wali Allah! Jgn maen2!
Berada di martabat Rabiatul Adawiyah, Hasan Al-Basri, Wali Songo etc!!!
2. Wali Allah ini bernama....Ustad Mohd Nor Idris, bekas calon Barisan Nasional Pengkalan Chepa aritu. Kawasan Nik Aziz tu bro...
3. Wali Allah vs Tok Guru? Hmmm...sapa aku nak undi yer..
4. Mari kita mendengar sedikit tazkirah daripada Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOii sewaktu "Yang diMuliakan" melepak di rumah bekas ADUN Galas Haji Omar Muhamad (rumah org UMNO ni gamaknya)
Versi asal takde subtitle.
Comey baju Ustad. Tapi guano lambang UMNO kecik dari lambang s0-Malaysia(1-Malaysia).
Err...Ustad....Saya pon tak sembah mugotu (bende itu). Saya sembah Allah! Maafkan saya. Patut saya tak jadi Wali Allah mcm Ustad.
_____________________________________
Karamah
5. Wow! Memang betul Ustad ni Wali Allah.
MasyaAllah! MULUT MASIN
Karamah Pertama: (Minit 2:30):"Kalau boleh biar TV tunjuk seluruh dunia". Alhamdulilah doa Wali Allah ini terangkat! Skang dah masuk utube. Bukan setakat satu dunia. Malah sampai ke kiamat, anak cucu , cicit, cirit, birit boleh tengok.
Karamah Kedua: (Minit 2:13): "Ambo tidok akan bersalam dengan dia!". Ilmu firasat. Boleh tau apa yg akan berlaku! See the future. WoW! Ustad! Mintak no ekor boleh?
Karamah Ketiga: Baru sebut2 Nik Aziz, tetiba..."TOING!"...terpacak Nik Aziz depan rumah!
Karamah Keempat: Kat bawah nanti....
_________________________________________
Tok Say Salle"
6. Maka apabila Tuan Guru Nik Aziz datang, Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOii tetiba tak nak bersalam ngan Tuan Guru pulak. Semua org pelik. Sebab semua org bukan Wali. Org bukan Wali, tau hapa?
Maka terjadilah adegan di bawah.
WOW! Kau patut bersyukur Nik Aziz. Naseb baek Wali Allah tu tak kuarkan power "Hikmat Guang-Zhaou Tujuh Petala Syurga Escalator ke Neraka" kat kau! Kalau tak, abes jadi serbuk2 atom serban kau tu nanti!
7. Apa2 hal pon, cantik kopiah Yang Mulia. Putih dengan bulatan merah. Beli mana tuh? Ada jual ngan lambang 1Malaysia tak?
________________________________________
Jange Pege'
8. Nak jumpa Wali Allah ni bukan senang. Lagi susah dari jumpa RockStar! So ada la brader taff dok usap2 baju Al-Fadhil Ustad Waliyullah, untuk mengambil "berkat" gamaknya. Maka.......
Antara sifat2 WaliAllah ialah mereka sentiasa bertawakal kpd Allah. Tiada di dunia ini yg di gentari olehnya. Mati syahid itu idaman mereka. So, brader taff. jaga2! Kang datang burung2 di angkasa melepaskan batu2 dari neraka ke atas kau!
__________________________________________
Galah
9. Jadi, insiden ini berlaku sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas last week. Maka besoknya, PAS dan blogger2 "nakal" yg pro-pembangkang telah mengsebar2kan video ini. Mereka cuba menfitnah WALI ALLAH ini! Betapa notti mereka ini!
Mereka kata Yang diMuliakan Ustd Mohd Nor Idris ..........emo!
Maneder? Ni bukan emo. Ni adalh errrr.....hmm ......tegas dan berani!
10. Nasib baik orang2 Galas tak baca blog! Internet pon nazak gamaknya kat situ! Maka tak effek kempen Parti Islam UMNO pon. Maka Allah berikan kemenangan. Takbirr! Terbukti UMNO di jalan benar.
________________________________________
Jawapan Beliau dan Barisan Nasional
11. Akan tetapi, fitnah harus di perbetulkan. Seorang Wali Allah tidak akan senang selagi ada berlaku kemungkaran di muka bumi. Maka, dengan Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOii, dengan bantuan biro media Parti Islam UMNO, Barisan Nasional telah menerbitkan video jawapan kpd tohmahan2 tersebut.
WAJIB TENGOK! WAJIB TENGOK! WAJIB TENGOK!
...tunggu sampai ke minit ke 2 ke atas. Pastu WOW!
BN release video ini. Jadi sudah tentu Ulamak2 dan Wali2 Allah Lain di dalm Parti Islam UMNO sapport 100% apa yg di katakan di sini.
Yang Di Muliakan Wali Allah sembang kencang pasal Nik Aziz garang dan "suara setannya". Mujur ada org amik video kan. Jom kita tgk kembali video keDUA tadi utk mendengar suara2 syaitan!
____________________________________________
KASYAF
12. Ooooooo patutla! Itu la pasal. Dia cakap dia ni KASYAF!(minit 2:42).
Karamah ke Empat: Kashaf ni merupakan antara karamah yg di berikan Allah kpd hamba2 yg di redhaiNya, a.k.a WALI ALLAH.
Jadi bila Ustad Mohd Nor kata dia mempunyai karamah iaitu kasyaf, maka dia nak kata dia ni Wali Allah lah. (source).
13. Untuk yg bengap, Kasyaf ni lebih kurang cam teropong ajaib. Dia boleh merasai (deria mata, telinga, mulut, akal ,hati) alam ghaib dan perkara2 ghaib yg tidak dapt di rasai dengan organ2 manusia2 yg imannya hampeh macam kita ini. (source)
14. Kira cam mata superman lah gitu. Boleh tembos baju dan kulit. Bila kita tengok Nik Aziz, kita nampak cam org tua kan. Tapi Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi, bila dia usha (pandang) Nik Aziz, dia nampak Nik Aziz ni "kawan2 ngan syaitan dan iblis" (minit 2:05)dan dia datang kerumah itu bagaikan "orang yg di rasuk jin"(minit 2:20) dengan "tangan dia tu macam tangan syaitan"(minit 2:39).
15. Gamaknya bila Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi, usha BINI Khalifah Najib Al-Chicken Poxi, iaitu pemerintah Kerajaan Islam Malaysia (minit 1:26 video di atas) yg bernama Sultanah Rosmah Mansur Al-Kelentit Besi, dia nampak Rosmah itu berpurdah gamaknya! Syukur!
_________________________________
Chill Chill skit!
16. Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi, ni dulu org PAS. Dulu dia lah yg kecoh2 mengkapirkan UMNO. Sekali bila dia kuar PAS, dia masuk UMNO pulak. Aik? (source) Mungkin sejak dia kasyaf, dia nampak UMNO dlm sifat fitrahnya. Iaitu sebuah Parti Islam yg cintakan Allah, sebagaimana di muka depan magazine AHZAB itu "GERAKAN UMNO ADALAH JIHAD". Perghh!
17. Sebagai peringatan. Special power mcm kasyaf dan sebagainya, boleh di kurniakan Allah kpd orang2 yg bukan Wali. Ia menjadi ujian kpd mereka, supaya mereka bertambah sesat dgn kehebatan mereka itu.
Contoh klasik ialah Qarun yg hidup di zaman Nabi Musa a.s. dulu. Dikatakan, Allah bagi dia power, apa2 yg disentuhnya menjadi emas. Kaya gaban lah dia. Last2 dia lupa diri dan Allah perintahkan bumi utk menelan Qarun berserta harta2nya. Jadi sampai skang harta yg di korek dari tanah di panggil, harta Qarun/Karun.
18. Special power yg melalok kan engkau itu di panggil Istidraj (saiful islam), (mat salleh)
19. Dr MAZA pon ada sentuh pasal isu kasyaf Wali Allah Umno ini. Kepada sesiapa yg tidak menganggap dia Wahabi , pemecah belah ummah dan Sesat Laknatullah, boleh baca di Minda Tajdid.
__________________________________________
Apa2 Hal Pon
20. Istidraj ke, karamah ke, apa2 hal pon Al-Fadhil Ustad Waliyullah Mohd Nor Idris al-UMNOi ni mmg power. Mulut masin!
21. Jadi ..ehem...ehem! Ustad bole tolong skit dak? Ustad tolonglah doakan cepat2 skit saya kawin empat dgn bini yg muda, cun, blonde, berbodi mantap. Pastu cuba Ustad sebut2 nama saya. Boleh saya "diterbangkan" sekelip mata balik Klate percuma. Kalau "diterbangkan" ke Galas pon takpo. Bas SKMK belana (banyak) untuk kelik Kay Bee!!.
22. Alang2 tu, Ustad sebut2 kan lah nama Rozita Che Wan skali. Biar dio "di terbangkan" skali ke Galas. Boleh nikohkan saya terus ngan dia kat situ gak!
23. Tapi Ustad jgn lah sebut2kan nama Rozita Che Wan masa saya takde pulak! Kang ada Wali Allah yg syahid kang!
Sekian, mekasey, wassalam.
p/s:
- Tenkiu milosuam.blogspot yg upload video2 masuk utube
- Aku dah jumpa (kalau tak silap aku), artikel/magazine AHZAB: Perjuagan UMNO adalh jihad. Usha sini.Warning: Panas! Boleh menterencatkan akal.
- Ustd Nakhaie pon terhegeh2 nak sapot UMNO dlm isu ini. (sini)
- Soalan Bonus? Siapakah awek yg berpurdah itu?
12 comments:
hahahhaha. ustat bangang. ckp pon bunyik mcm ayah pin dah
perghhh.gilo ustaz umno.cakap macam xde malaikat sebelah die.kalau wali xmaki org bro.xde ciri2 rasulullah langsung!Kalau aku ade sane aku pun hanging nak sembur je muka Ustad Umno ni.
yg subtitle BI takde ke? kiterang tgh bljar pasal schizophrenia nih, ni leh bg contoh terbaik kat satu kelas weh!
geleng kepala sambil dengar lagu IRON MAIDEN ;)
adoi. aku tak faham langsung dia punye argument.asyik2 ulang benda sama 10juta kali. pas kafir sebab sokong DAP. adik aku pun tanya kat aku balik, habis UMNO dengan MCA tak kafir lak?
adoi. bodohnya orang2 UMNO ni.
korang nih..... yg pas cakap umno kafir pastu dengar2 terbalik kot pulak.....pening aku..... dua2 mangkuk ayun....swinging bowl....ampunkanlah dosa aku ya Allah.....
Saya sokong dan Tabik sepering pada Nik Aziz dan Hj Hadi sebab mereka pandai buat orang percaya pada mereka dan pada Pas walau apapun yang mereka lakukan.
Tapi Alhamdulillah saya masih lagi ingat semua yang berlaku bila orang UMNO dikafirkan. Bagaimana haru birunya bermasam muka, bergaduh, sembelihan orang UMNO tak boleh dimakan, solat dua imam, kahwin dua kali, pulau memulau, bergaduh anak dan bapa, suami isteri bercerai dan banyak lagi.
SEMUANYA KERANA UMNO kawan DENGAN ORANG BUKAN ISLAM dan SEKARANG BERSETONGKOL NGAN DAP LAK....boleh pulak....
nik aziz tu bukan nabi, rasul, atau wali, dia tu ahli politik, atau nak sedap sket...ulama yg jd ahli politik, manusia ni biase la ego, klu dah gelar ulama tu malu la dia nak ngaku slh, same la dgn ustaz umno tu, same2 lah bengong, rakyat jelata yg lagi budus dan bongok ni plak, blh taksub dgn parti masing2, apsal x taksub dgn islam dan beramal ibadat sungguh2 je???igt la sket gune kepale otak tu, parti itu bukan islam, islam itu bukan parti, ngok ngek betul2 la...sampai bila la org melayu nak jd mcm ni, sume nye tolol xkire ulama, ustaz, glgn profesional, hingga ke pencacai pengangkat najis pon....ish3x...
Anon
Tinggal nama la....sng sket nk cite...
Fitri
xyah letak nama pun dah tau sape anon atas fitri tu. seorang lagi mangkuk kat adelaide. cakap ikut sunnah konon, tapi nahi mungkar takde.pegi main jauh2, takyah komen2 kat sini. gi taksub gan koorang je islam dan ibadat.
Ni bukan mangkuk Adelaide lah ....ni mangkuk tempat lain....tak baik tuduh2... aku main jauh2....bye....
-Trimakasih atas komen2 anda.
-Semua org chill.
-Anonymous comments are welcome here. Blasah lah apa kau nak cakap. -Cuma biar lah logik dan boleh diterima akal sikit.
-Semua komen2 kat sini "ada yg betulnya" sedikit sebanyak.
-Pandai2 koranglah pilih nak follo sesapa.
Post a Comment