Saturday, September 24, 2011

Aman Palestin vs Aqsa Syarif.......


Salam,
...aku hanyalah seorang fasik yang tidak mempedulikan masyarakat dan yang tak tahu apa2

1. Di dalam dunia Islam, tiada isu yang lebih menyatukan kita selain daripada isu Palestin. Semua orang sokong Palestin kot. Takde sape, tak kira parti politik mana, tak kira kaki masjid ataupun kaki karaoke, akan sepakat menyokong Palestine dan membenci Israel.

2. Malangnya atas faktor inilah, isu Palestine ini seringkali menjadi kuda tunggangan banyak pihak semata2 untuk mendapat sokongan "secara tidak langsung" kepada pertubuhan2 ataupun pergerakan2 mereka. Daripada golongan liberal "non-practising" Muslim hinggalah kepada golongan fundamentalist Islamist, semuanya akan mengunakan isu Palestin. Its a "sure" winning card.

3. Di Malaysia, isu Palestine ini menjadi rebutan di antara Aman Palestin dan Aqsa Syarif . Masing2 berlumba2 untuk menonjolkan diri mereka lagi "prihatin" dan lagi efektif di dalam menyampaikan derma kepada rakyat Palestin. Macam2 taktik, gimik dan publisiti mereka lakukan to outdo each other. Senang citer, diaorang ni suka giler mencapab.

4. The more the merrier? Or perpecahan menbawa kelemahan?
__________
Punca Perpecahan
Dia wajib pakai pakai serban hitam putih hari2 sehingga ia menjadi sinonim dengan perjuangan Palestin. Personally, I hate him. Long story. Haha!

1. Sebelum tertubuhnya pertubuhan2 ini dulu, semua orang mcam blur tak tau camner nak derma kepada Palestin. Dan sekiranya mereka derma pula, adakah duit itu sampai kepada Palestin. Dan kalau sampai, pihak manakah yang menerimanya, Fatah(nationalist) ataupun Hamas (Islamist)?

2. Jadi as a stroke of genius, sekelompok pihak di Malaysia telah menubuhkan Aman Palestin untuk menyatukan derma2 untuk Palestin dan memastikan isu Palestine maintain relevant di minda rakyat Malaysia. Tahun berapa entah, aku tak dapat locate the year.

3. Pendokong penubuhan ini adalah mat2 usrah daripada pergerakan2 pro-Ikhwanul Muslimin yang dahulunya bernaung "informally" di bawah JIM (Jemaah Islah Malaysia) (wiki, official website). Majoriti daripada mat2 usrah ini adalh daripada ISMA yang pada ketika itu stand for "Ikatan Siswazah Malaysia"

4. Aman Palestin proved to be successful gila babi. Their ceramah/roadshow was a hit. Donation to the roof. In addition people becomes curious and eventually joined JIM or pertubuhan2 yang bernaung di bawah JIM tadi.

5. Then all hell break lose in 2005 apabila ISMA break-out from JIM untuk menjadi a separate dakwah entity dan menukar nama menjadi "Ikatan Muslimin Malaysia" with the same acronym, ISMA.(source) (IsmaWeb) As a coup, they also dragged Aman Palestin with them.

6. Maka tinggalah JIM terkontang kanting bogel sorang2. They were delivered a double blow. Firstly mereka kehilangan ISMA yang merupakan their main recruiting machinery untuk siswazah2 di Malaysia dan oversea. Jadi mereka menghadapi krisis ketiadaan barisan pelapis! Dan keduanya, mereka kehilangan their only "tangible" success story, iaitu Aman Palestin.

7. Maka mengamuklah pakcik2 usrah di JIM di ketika itu. Selama 5 tahun mereka pening2 lalat sedangkan ISMA semakin hari semakin kukuh their stand di dalam pergerakan dakwah di Malaysia dan oversea.

8. Akhirnya pada Julai last year, 2010, pertubuhan2 di bawah JIM telah re-group dan re-brand themselves as Pertubuhan IKRAM Malaysia, (IKRAM) (web). Tidak lama selepas itu, mereka melancarkan their own dana Palestin yang di kenali sebagai Aqsa Syarif.

9. Maka sekarang ini ada dua dana Palestin yang compete with each other for your donation! Pening...pening!
_________________
Punca Perpecahan ISMA daripada JIM/IKRAM


1. It is sad to see apabila dua pertubuhan yang 99.9% sama, tetapi tidak boleh bersatu.

2. Jadi apabila baru-baru ni President ISMA, Ustad Abdullah Zaik Abd Rahman kutuk PAS sebab tanak gabung ngan UMNO, aku rasa mcam nak sidekick je medulla oblongata dia.(Kan dah terlepas cakap! Source korang carik sendiri kat ISMAweb. Malas aku nak carik).

3. From my understanding, countless meeting was held to mengabungkan ISMA dan IKRAM and with that Aman Palestin dan Aqsa Syarif. But Allah have his own plan. They were needless to say, unsuccessful.

4. I know bits and pieces punca2 perpecahan mereka. Akan tetapi apalah gunanya aku menbongkar kembali sejarah2 silam. Let us move forward. History will judge which one of them is on the correct path.

5. Me? I love them both! Dua2 buat "kerja" ada harap2nya one day, they will be united. AMIN.
_______________
Chill Bro

1. Aku tahulah sedang aku dok melepak, diaorang ni berusaha keras untuk kumpul duit untuk Palestin. Akan tetapi kekadang tu publisiti2 yang mereka gunakan to over sangat.

2. Ayat2 yang diaorang gunakan di dalm website/facebook mereka tu kekadang tu menyebabkan aku konpius. Ni orang2 usrah yang tulis ke wartawan Utusan Malaysia. Propaganda habes!

" Tahniah kepada pejuang2 Palestin yang berjaya di dalm misi flotilla GAZA ...."
"Kepulangan wira negara daripada perjuangan mereka di Gaza...."
" Semoga Allah merahmati mujahidin2 ......."

3. Pehh! Masuk bakul dan angkat sendiri. Kalau kau baca, kau ingat Israel dah kalah dah kot. Mcam diaorang gi sana dan bunuh habes Yahudi2 tu semua.

4. Pandai2lah sikit bila menulis tuh. Chill sudah. Kami tidak bodoh. Kami nampak usaha anda. Terima kasih.
______________
Aku Cakap Banyak Tapi Apakah Sumbangan Aku?

1. Aku nampak macam tak buat apa2 kan?

2. Maka sudah tentu aku tak buat apa2.
__________________________
Jadi Kami Nak Derma Kepada Mana Satu Ni? Aman Palestin ke Aqsa Syarif

1. Bro dan Sista.

2. Kau pilih lah mana satu idaman kalbu. Korang derma sudah. Lantak ISMA or IKRAM lah di dlam percaturan politik mereka. They do their part. You do your part.

3. Janganlah perpecahan ini menjadi halangan kpd anda untuk menyumbang kepada Palestin. Orang Palestin tidak bersalah pon. Jangan menghukum mereka.

Wallahualam. Allah knows best kalau ada tersalah silap di dalam post ni.
Kepada orang yang gedik nak mengomen. Kutuk aku sudah. Jangan kutuk orang lain.

Sekian. Mekasey, Wassalam.

9 comments:

Anonymous said...

Yang jelas sama misi dan objektif pun xboleh bersatu, inikan pula yg memg jelas berbeza haluan dan perjuangan sekularist and islamist.. Moga tetap bersama Islam

Dari
Anonymous blogger

Dr. Bentara said...

Sama melayu pun berapa banyak pecah daaaa... keluarlah dari kampungmu melayumu ;)

---------

since the very beginning, all I heard was DEATH to ISRAEL, KILL JEWS... (blog seorang Yahudi)

mangkuk statik said...

Anon Blogger: InsyaAllah one day kita bersatau
DrBen: Tak cukup UMNO lahkau ni bro. Hidup Melayu! kah kah kah

ihsan_huhu said...

IKRAM nak gabung dengan PAS dengan syarat PAS masuk bawah diorang

kahkahkah

Anonymous said...

Assalamua'laikum. Saudara salah tatabahasa.. "But Allah have his own plan." Sebetulnya, ALLAH has His own plan.

Anonymous said...

sokong penulis...mmg isma dgn ikram sokong umno sebenarnye...dorg sje sorok...dlm mse sme org yg join isma dgn ikram xtau pn sejarah pertubahan tu...

just main msuk camtu tanpa tau pape...in the get stuck dgn pertubuhan trsebut...

Anonymous said...

indahnya andai para pejuang tidak meninggalkan akhlak dan jalan juang mereka.. kerana akhalak adalah buat dari apa yang ada di dalam hati mereka.. jom baiki akhlak dalam penulisan kita, message masih boleh capai tanpa perlu bahasa yang tidak enak..

Anonymous said...

*akhlaq
*buah

Anonymous said...

jika semua org buat kerja masing2 dan xcondemn org lain dalam pertubuhan lain buat kerja itu adalah lebih baik..sesengguhnya kita tidak tahu dalam hati setiap manusia...lebih baik post benda yg lebih penting..dan di malaysia bukan satu pertubuhan je yg bawa islam..jd berlapang dada lah..:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails