Saturday, February 4, 2012

Balik Kampung : Kanser

Salam,
siri baru: Siri Balik Kampung 2011/12

1. Kebetulan masa aku balik Malaysia aritu mak sedara aku nak kene operate. Kanser katanya. Tapi kanser apa dan how bad ntah. Sorang pon tak tau full stori. Or rather, sorang pon tak paham the full stori.

2. Kau taulah orang2 kampung bile dengar doktor cakap, diorang rasa mcam cakap dengan pelancung dari Denmark. Doktor pulak bila cakap ngan patient diaorang assume korang bangang, so dioarng citer sikit2 je. Kalau lebih2, nanti patient lari. Kalau patient lari, duit pon lari. Camana mau bayar Skyline GTR nanti?

3. Anywho, the fact yang mak sedara aku ni setuju utk operate ni kira miracle lah jugak. Dia standard rakyat Malaysia yang takut gilo nak pergi sepital. Kalau pergi sepital, doktor check bloodpressure pastu dengar jantung jer, takpe lah jugak. Ni nak gi operate ni, kira ajaib taraf Rosmah menabung utk beli cincin 24 juta ni.

4. So, the day before operate tu aku gi lah rumah dia. Pastu dia tunjuklah CT scan dia. Mujur ayah aku dah warning siang2 jangan cakap "pelik2" kalau dia tunjuk CT scan dia sebab takut2 dia jadi takut dan kansel operate. Sebelum ni dah dua kali tangguh dah ni.

5. Bila aku keluarkan je scan dia dari sampul, aku tau this is major. Scan saje dah berpuluh2 keping. Radiographer report dia pon berparagraph2. Biasa normal dua baris je. Aku try control sebaik mungkin kehenseman wajah aku masa tengok sekeping demi sekeping CT scan tu.

6. Tapi dalam hati. Pehhhhhhhh!!!! Hancur hati aku.

7. Budak first year medik pom boleh detect the abnormalities. Dia ada kanser pada right-sided buah pinggang, 15 cm in diameter. Itu besar kepala aku. Dan kanser tu dah spread (metastases istilah medic-nya) to right adrenal glands, Lymph nodes (paraortic, cervical), muscle (lat dorsi and erector spinae), lungs and spinal vertebra (tulang belakang). On top of that dia ada teratoma of right ovary (kanser jenis lain pulak) dan left ovary cysts.

8. What we are looking is cancer stage 4. Last stage. Berapa lama? 5 year survival rate, 4.6%. Meaning, for 100 patient at stage 4, hanya 4.6 orang akan masih bernyawa lagi 5 tahun lagi. Average masa yang diorang ada at stage 4 is ....... setahun. Brutal reality.

9. So aku senyap je lah slepas tengok CT Scan tu. Aku takut dia jadi takut pulak kan. Tapi aku kasi hint lah yang lepas ni kene jumpa doktor banyak2 kali untuk further treatment (chemotheraphy).

10. The operation went well. Radical nephrectomy (buang right kidney), bilateral oopherectomy (buang ovary kiri dan kanan), dan lumps on the lat dorsi and erector spinae. Sepatutnya doktor buat hysterectomy (buang rahim) jugak sebab alang2 ovary dah takde, kasi buang je semuanya. Rahim/uterus dah takde gunanya lagi. So takde lah in the future tetiba ada kes cervical ke, uterine cancer tak pepasal. But the patient requested to retain the uterus, so doctor comply je lah. Buang yg perlu sahaja.

11. Lepas operation, aku gi membawa muka hensem aku jumpa nurse dan mintak tengok case notes pastu selambe rock ambik gambar case notes tu depan2 diaoarang. Sebenarnya tak boleh. Nurse2 situ usha aku atas bawah ingatkan aku ni doktor. Mesti doktor terhensem di abad ni kot.



Please don't do this at home. Only handsome man like me can get away with this...


12. Of course sepupu2 aku tanya aku apakah status sebenar mak diaorang (doktor cerita diaorang tak paham). So aku dengan penuh hati2nya explain kat diaorang. Minus the bad prognosis lah kan. Karang pengsan plak. I just tell them straight, this is serious. And it is important yang mak diaorang pegi buat follow-up/chemo selepas ini.

13. After tanya2 kawan2 doktor, chemo or radio untuk renal cell carcinoma sebenarnya ineffective. But new studies have found "targeted cancer therapies" drugs yang shown better results. Makan sekali sebulan je. But the downside is mahal giler. RM4000 lebih sebulan dan kene ambik for 2 years.Total cost is about RM100, 000. Gilos. Mujur diaorang ada duit skit. Cuba pikir, kalau org2 miskin kat malaysia camana? They will be left to die just like that. Kesian.

14. So skang ni mak sedara aku still tengah recover from the operation. But the recovery has been very slow sebab she "don't understand". Masih takut2 nak buang air/bergerak sebab sakit kat parut takut "terbukak", refuse untuk jalan causing sembelit chronic sampai muntah2 etc. Psychologically she assumed the "sick patient role". Mindset dia, "Saya sakit, jadi saya kene menjadi macam orang yang tengah sakit". Susah lah gini.

15. I don't know how long she wil live. But I expect the worse but hope for the best.
___________
Moral.

1. This kind of cases (kanser dah teruk baru jumpa doktor) adalh sangat2 common di Malaysia. Orang2 kita suka ignore signs2 dan symptoms2 yang memang obviously indicate something sinister is going on with your body.

2. Any lumps, bengkak, nanah, sakit, berdarah etc, kau kene cepat2 jumpa doktor. Bomoh are motherfuckers. Don't let them fuck you.

3. Apabila ketumbuhan sudah besar gajah, maka sebesar gajah lah jugak kebarangkalian kau akan mati. Oleh itu jumpalah doktor masa bende tu kecik lagi. Anak rimau lagi mudah di bunuh daripada bapak rimau.

4. Kanser, samaje macam penyakit2 chronic yang lain. Tak boleh sembuh dgn jumpa doktor sekali aje. Kau kene follow-up berulang2 kali. Kau akan di test, di cucuk, di korek di setiap rongga tubuh badan, sampailah kau sembuh or ....... mati.

5. Akan tetapi, banyak kes juga yang kau langsung tak sedar yang kau kene kanser, untill its too late. Kanser buah pinggang dan kanser ovari adalah antara contohnya. By the time kau detect, biasanya dah teruk. Nakbuat camnana. Pasrah je lah. Tapi lawan tetap lawan.

6. The only good thing about cancer is, you know roughly how long do you got. Nobody dies from sudden death in cancer. U die slowly. So you can make peace with anybody in this world and make peace with Allah. Cherished whatever left in your life. And in time say your goodbye to your love ones.

7. Wow. Bunyi cam best je aku memandai cakap kat sini kan. Kalau sendiri kene baru tau. But seriously, kalau aku ..... Aku pegi Palestine, pinjam AK-47 sesapa pastu bunuh sebanyak mungkin askar Israel. InsyaAllah, syahid......

Sekian, mekaseh, Wassalam

8 comments:

ihsan_huhu said...

fullamak. baru aku nk respek ko igt semua diagnosis tu. nk sebut pon boleh sembelit 2 minggu. sekali ada gambar daaaaaaa

syateessupercantik said...

nak nangesss :(

abang azam, paling teruk smoker kena cancer apa eh?

mangkuk statik said...

huhu: ehh..aku hapal kot. 53 yo pt with long history of hypertension presented with incidental findings of lump on right side of abdo...bla2..AKu explain satu2 pasal the extend of this penyakit kat ayah aku dekat 5-6 kali kot sebab dia dah pelupabut interested nak tau the detail. Sampai aku terpaksa explain kat ayah aku, apakah itu lymphatic system (sebab ada Lymph nodes involvement kan). PAstu explain kat adik aku, sepupu aku etc. Aku kene mintak separuh gaji drp doktor dia ni...

Syates superjendol: Lung cancer lah. All type of lung cancer is bad. If lucky and detect early and reponsive to chemo, maybe boleh heal.
Tapi kalau lambat, average masa kau ada is 20 bulan. 5 year survival rate for stage 4,is less than 1%. Meaning, selepas 5 tahun, daripada 100 org pesakit, kurang daripda sorang masih hidup. That is scary.
http://en.wikipedia.org/wiki/Lung_cancer
So sates, stop smoking. Kau ni ape nak jadi! Nak jadi bohsia ke? haha

JAIRO said...

aku baru2 ni ada buat blood test utk detect mana tau ada kanser ker tidak... result nasib ok.. still sihat walaupun agak overweight hehehehe pasal jumpa bomoh tu aku ada kawan bini dia terang2 doktor cakap ada fibriod (ngam ker ejaan aku tu?) nak juga nak jumpa bomoh... aku kata pi operate cepat sementara belum membesar tapi dok tunggu sampai setahun gara2 tahun nak operate.. last2 kopak banyak duit.. dah la bomoh yang dia jumpa konon boleh buat pembedahan batin kata ada makhluk halus turut menumpang kat tubuh bini kawan aku tu nak kena operate tapi kena bayar rm300 utk pengerasnya... 1st operation ok katanya tapi kena ada follow up utk pastikan semua hilang... mau jugak dekat seribu member aku terbang... hehehehehe apa yang jadi fibriod tu makin besar then bomoh tu dapat beli henpon touch screen yang baru hahahahaha last2 p spital jugak operation baru la ok... skrang ni kalau aku tanya dia pasal bomoh tu dia akan jawab dengan kata2 menyumpah hahahahahahahahahaha syabas.. lepas ni aku nak jadi bomoh la.... lebih untung dari buat MLM

btw, aku doakan agar makcik lu cepat sembuh....

mangkuk statik said...

Tq jairo.
1. Ejaan dia fibroid.
2. Ginilah pasal bomoh ni. Polisi aku, jumpa doktor dulu. Berubat sampai abis ikhtiar di hospital. Then jumpa bomoh kalau doktor dah tak boleh buat apa2.
3. tq for your doa. Akan ku doa kau pon masuk PAS sebagai tanda penghargaan aku. hahaha

JAIRO said...

engko ni biro keahlian parti PAS ker?? hahahaha

Jemz said...

psl takut nk jumpa doktor ni mmg aku setuju. cthnya, arwah mak gua..berani takat jumpa doktor kat klinik je..kat klinik tu apa la sgt, takat demam2 ok la.dan doktor klinik tu salah diagnos sakit arwah mak gua plak..obat yg dibagi ofkos la painkiller je..berterusan sampai 2-2 belah kidney dh fail..time tu dah kronik baru g spital.sempat berdialisis selama 8 thn sebelum dijemput berjumpa yg maha Esa. AlFatihah.

mangkuk statik said...

Jemz: pehh. Painkiller mmg ada yg boleh merosakkan kidney. Ini sudah jadi kes negligence ni. Boleh saman doktor tu. Semiga arwah mak mgkau di masukkan di tempat orang2 yg diredhaiNya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails