Wednesday, February 15, 2012

Basic Blogging Untuk Noobs Kategori Level Sifar: Camana nak letak "Warning: Adult content!"

Salam,
Salah satu entry di dalm Mini-Series Swinging Bowl: "Basic Blogging Untuk Noobs Kategori Level Sifar"

1. Untuk pengunjung blog2 dewasa tegar, mereka sudah tentunya sudah biasa melihat warning sebelum masuk blog2 tersebut yang tertera seperti berikut.......


2. Saya tak pergi blog2 cenggitu sebab saya baik. Ni baru first taim saya nampak .....pada hari ini. Waaa.....isyh...isyh...isyhhh. Kalau saya mesti saya tekan "I do not wish to continue" tau. Saya tak notti.

3. Walaubagaimanapun, bila saya try test cuba tengok camananak buat warning tersebut, ternyata ianya teramatlah susah. Jadi, untuk mana2 noobs di luar sana yang nak buat sign tersebut, nasihat saya. Jangan cuba. Konfem kalau takde PhD, takan dapat buat dengan sendiri.

4. Akan tetapi, seperti di ketahui umum, di samping memiliki kehenseman semulajadi, aku juga adalh berhati suci murni. Jadi di sini, aku mengkorbankan beberapa saat daripada hidup aku, untuk mengexplen, camana untuk membuat sign tersebut.

5. Saya hanya explain camana nak buat warning tersebut untuk "Blogspot" sahaja sebab lets face it, girls dig Blogspot jer hoccay. Wordpress ke, Xanga ke, hapecarut semuanya tu hanyalah untuk loser yang akan apdet blog dia 5 tahun sekali jer. Itu pon buat post dua baris je which are basically, "Saya emo tapi saya tanak britau dgn jelas sebab apa. Sila pujuk saya."

6. Okay mari kita mula. Adakah anda semua bersedia utk menerima curahan ilmu? Mula2 baca Bismillah. Kemudian marilah beramai2 mengucapkan "Selamat pagi Cikgu Hensemmmm"

7. Lepas tu pergilah ke dashboard anda. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk pergi ke dashboard anda, anda makankan cardboard cicah milo sebanyak 2 kilo sambil berlari setempat selama 30 minit. InsyaAllah tetiba nanti dashboard ni akan muncul di screen anda.




8. Kemudian anda klik "Settings". Nampak tak mana Settings? Nampak tak? Nampak?

9. Jadi sekarang anda berada di menu "Settings:- Basic tab". Dengan perlahan2, angkat skirt anda dan londehkan menu tersebut sampai ke bawah.





10. Kira2 di paras betis, kau akan nampak option "Adult Content?" Jadi cakaplah "Yes Pliss" kat situ.



11. Pastu last sekali, pergi ke bawah sekali di tapak kaki menu Setting tersebut dan klick pada "Save Setting".


12. Abis. Fuhh. Susah giler kan. Berpeluh saya tau tak awak. Awak berpeluh sama tak?

Sekian, mekaseh, wassalam.

6 comments:

JAIRO said...

bang camner nak tukar gambar kat profile? hehehehehehehe

Jemz said...

ini yg gua tunggu2 nih...err mcmana nak bikin grafik arrow2 mcm lu buat tuh? keh keh keh..

M said...

Cikgu Hensem.. i know how to do this long time ago already..but thanks so much for the time..hehehe..will put up soon..budak2 kecik if click the red button will get electrocuted bley? hahaha

mangkuk statik said...

jAIRO:Laa...patut la profail pic kau tak maju jaya sudah sekian lama. Bro. Kalau muka lagi hensem dgn skimask vs bukak skimask, takpayah lah nak bercita2 besar nak tukar profile pic! haha

Jemz: Grafik arrow merah pusing tu kau mula2 bukak picture tu dalam applikasi "Paint" tu. PAstu ambik marker merah yang permanent. Pastu kau lukis lah kat screen tu. Ingat yer. Marker kene permanent. Kalau tak permament, kaler dia tak melekat. Jangan lupa "save picture", sebe;um pergi ke gambar seterusnya. Selamat mencuba.

Marissa: Budak2 kecik pon nak belajar selok belok alam dewasa sekali sekala kan kan kan? Jadi jgnlah membunuh mereka. Blog kau kan blog ibu-ibu gitu kan. Selamat dunia akhirat. Fuhhh....

JAIRO said...

saya dah cuba la buat tutorial yang abg berikan.. tapi masih tak faham la.... boleh abg bagi tutor melalui bidio? dpt la jugak adik dgr suara abg... auuwww

From,
Amy
Kg. Pandan

mangkuk statik said...

Jairo: abang ada bidio 3GP jer. Mahu ke? Meh cini no u?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails