Tuesday, March 6, 2012

Bau Swinging Bowl

Salam,

1. Kau boleh kutuk aku apa2 sahaje, aku boleh terima.(tipu)
Kalau kau nak kata aku tua, memang aku tua pon. Takdehal.
Aku hitam. Memang aku "tanned" pon. Takdehal.
Aku poyo. Memang aku poyo. Takdehal.
Aku kurang hajar. Memang aku kurang hajar pon. Takdehal.
Aku tak hensem. Haaa. Ni aku tau kau nipu. Aku mmg hensem pon. Cuma kau saje buat2 tak perasan. So aku terima je. Takdehal.

2. Satu je kutukan yang boleh buat aku jadi psycho on the spot. Kalau kau kata aku bau busuk!

3. Dem. Shit laaa..!!

4. Abesla pastu sepanjang hari aku akan kejap2 cium baju aku, cium ketiak aku dan aku akan tanya semua orang aku bau busuk ke tak. Aku boleh sampai siap pergi toilet cabut baju dan cium lagi. Aku mmg tak boleh siot. Aku mmg jadi mental.

5. Dah lah kerja aku mmg akan menyebabkan aku berbau kari, kurma, bawang etc. Dah memasak, takkan tak lekat bau masakan kat badan kan? Budak2 pekerja aku ada istilah utk bau ni. "Bau Swinging Bowl". So kalau diaorang kerje, dioarang dah siap2 bawak perfume dan baju extra utk salin seblum pergi kelas. Kalau tak abis classmate dioarg sound, "U smell funny".

6. Itu dioarang yang kerja 2-4 jam je. Akuuu??? Aku kerja dari pagi sampai malam kot. Aku lah yang masak. Bukan diaorang. Dah aku kerja sampai berpeluh2. So konfem aku lagi kuat bau "Swinging Bowl". Waaargh...Lagilah bertambah psaiko aku!

7. Aku tak suka berbau busuk bukanya sebab aku nak jaga saham ke hapa. Saham aku mmg dah tinggi, so setakat turun indeks komposit 20-30% tak jejas nyer. Aku just hate the thought that bau aku annoyed someone else sepertimana aku hate bila bau orang lain annoyed aku. Macam bau rokok, ketiak masam or baju masam (paling tak tahan).

8. Oleh sebab itu, sejak dari matrik, aku suka pakai perfume. Aku progres drp Dashing "Power" kepada cool water kepada Joop Go kepada CK. Banyak gilos kot perfume yang best2 tapi kau taulah sekali beli perfume ni, 10 tahun pon tak abis. So malas nak beli lain.

9. Along the way, aku discover antidoedorant spray. Zaman MRSM dulu mmg ada budak2 pakai rexona stick yang calit ketiak tu. Tapi jijik sial. Kau calit that waxy stuff pastu kau tutup cover dan calit balik besok. Siot. Bapak keji. So walaupun aku mmg Raja Peluh, tapi aku tak main la rexona.

10. So bile ada genius buat anti-deodorant spray, itu baru layan. Its effective and aku abuse menatang ni gila2 nyer. Aku bukan stakat spray ketiak je. Aku buat spray kaki kalau aku tanak kaki busuk bile pakai stokin lama2. Aku jugak selambe spray muka kalau aku tanak muka berpeluh.


Kat rumah lama. Joop dan Cool Water aku dah kene rembat ngan pak guard airport Adeled. Gone. Aku rotate anti-deodorant aku. Aku tak pakai yg sama everyday. Sebab tu ada banyak. Mortein kat hujung tu pakai biler nak jumpa awek2 huduh jer. Kasi dia lari la.


Ni shelf barang2 jantan aku kat rumah baru. CK aku beli dalam flight AirAsia. Ada 4, so aku rotate everyday. Tapi semua bosan. Next project, Hugo Boss Orange.

Aku ada bekap anti-deodorant EVERYWHERE. In case emergency bila "terbau" busuk or lupa pakai pagi tu. Sebab tu bila aku beli, aku beli 4-5 trus. Ni adalah kat kedai aku atas fridge. Dalam beg galas aku ada satu. Dalam beg swimming aku yg permanently dok dalm kereta, ada dua. Aku memang Mat Bekap. Semua bende aku akan ada bekap. Bini je belum ada bekap..............lagi.


13. So tiap2 pagi sekarang ni, aku akan overdose kan diri aku dgn perfume PLUS antideodorant. Wangi giler macam nak gi dating. Belum kira lagi hari yg aku ter-over-over-over dose sebab kesilapan teknikal ataupun hidung dah hilang sensitiviti.

14. Pernah skali bini aku punya kereta rosak, so dia kene tumpang aku gi kerja. Normally dia keluar dulu sebab dia start awal. So dia tak tau camana "bau" aku pepagi. So bile dia dok satu kereta dengan aku, apalaga. Kantoi la! Kena soal siasat la bro. Perlu ke wangi2? Sapa kerja hari ni? Apsal aku wangi sangat? Aku nak ngorat sapa?

15. Tapi aku rilek je jawap soalan2 tersebut tanpa setitis peluh pon menitik dari mana2 permukaan kulit aku. Kerana gua dah spray anti-deodorant abes beb! Oleh itu ingatlah. Sebelum nak nipu bini, gunakan lah anti-deodorant.

Sekian, mekasey, wassalam

14 comments:

JAIRO said...

aku guna DR. Mist jer

Anonymous said...

well masak memang la segala mcm mak nenek bau bercampur fuhhhhh....masak 1-2 jam pun dah cukup.....mmg kena mandi....x tahan uiyooo bau bwg ikan ngan myk lagi....

kalu keja kedai mkn mcm u lagi laweiii...hahah salute lah...aku pun x sanggup...

M said...

question..ada bulu ketiak or not? or will that helps or make any different Abang Hensem?

hime s said...

selalu je ngan tshirt kotor bau kari after keje kat sb terus jalan g uni masuk lecture.

mangkuk statik said...

jairo: what? tak penah dengar pon. Produk sabah ke hapa ni? haha

Anon: Aku menten bau wangi la sebab dah spray macam2! Hahaha. Lupa satu lagi bau yang bencei. Bau bawang putih! Tak tahan.

Marissa: Bulu ketiak will delayed the peluh drying process because it will trap the humidity there. Humidity plus the heat in that region, will create an ideal environment for bacterial growth. Hence smelly armpit. This is my armchair scientist hyphotetsis je la.
Sebab tu aku tebang every 2 week gitu. Alang2 tu, aku tebang sekali lah atas dan "bawah". Baru kemas gituuu.....hahaha

N:Kau bukan perempuan. Kau penkid. Ape kisah bau apa kan. Lagi pon saham kau mmg dah low. Dah lah tu, kosmet majoriti jantan kan? So ape diaorang kisah. Kau bau bangkai pon diaorang tak perasan kot. On top of that, kau pendek. So diorang mungkin bau, tapi tak nampak ngkau.
Pehh! Panjang plak makcik berleter. Hahahha. Jangan marah N! Nanti cepat tua. ehh....mmg dah tua. Too late! hahahaha.....tapi seriusly. Jangan marah!

gym_midas said...

lu kene nuntut ngan gua.....wa tk pakai apa pun...bau badan dh wangi....klu tk mandi dua hari pun....bau badan wa menten wangi doh.....

hime s said...

bodoh.

JAIRO said...

aku tak tau la produk dari mana bro... aku beli kat watson sabah hehehehehehehe tapi mmg ngam ngan aku yang kuat berpeluh... bau takder

aku gugel then jumpa ni www.drmist.com maybe boleh dijadikan rujukan lu....

mangkuk statik said...

gym: pehh! Kau ni ada mukjizat ke hapa nih. Haha

N:kkan aku dah cakap jgn marah...hahah

Jairo: Hahah. Of kors ler aku dah gugel. Saja buat2 taktau. Tapi product tu takde bau kan? Hampes. Kene lah kasi wangi baru 2in1.Haha

JAIRO said...

aku tau ko mmg dah gugel punyer pasal ko kan kaki stalker kat internet... aku share link tu actually khas utk reader ngko la... yup mmg takder bau.. air warna jernih jer... al maklum la badan aku ni adalah wangi secara semula jadi

M said...

yang takde bau tu ingredient nye adalah tawas ye tuan-tuan..kat kedai mamak jual murah but once commercialized dia mahal ler.. i've been using that since kecik..the advantage is that your ketiak tidak akan hitam kay..and since dia odorless..so spray ler EDT tu..lg long lasting..

gym_midas said...

maqam wa belum tinggi tu...klu yg maqam tinggi seminggu tk mandi tetep menten wangi....ahaks...

mangkuk statik said...

marissa: tawas? bunyi macma familiar. macma oldskool jer. Kantoi u dah tua!

gym: Truskan usaha anda utk naik maqam. Jangan di maqam-kan sudep!

Jemz said...

gua..punya deria bau amat sensitip..sebab tu otak gua xleh nk terima bau2 perfume yg 'keras'..terus beliau hantar signal sakit kepala berdenyut2.

oleh itu..gua pakai yg pakai yg bau runcit-runcit je..

sapa2 nk dating ngan gua..picit separuh je punat perfume tu dah cukup..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails