Wednesday, December 3, 2014

Jangan Balik Rumah Kecuali Dengan Merangkak

Bersama rakan sebaya
Salam,

Ramai sangat org tanya aku, cemana aku boleh menten fit selama ni.
Maka kini, di umur 40 tahun ini, wahyu telah tiba utk menyampaikan kan secret aku selama ini kepada umat manusia. Mohon masing2 pergi ambik wuduk sebelum meneruskan membaca blogpost ini.......kerena ambik wuduk itu adalah sunat. Tanak ambik pon takpe. Pemalas.

Prinsip aku senang je. Jika aku keluar main sukan apa2 je lah, aku akan make sure aku takan balik rumah selagi bateri aku tak abes. Aku akan main gila2, sampai kaki ni dah tak larat nak melangkah. Kalau tak cukup, aku akan jogging sorang2 keliling padang nak perabih bateri. Sampai balik ke kereta terhoyong-hayang pastu merempit pergi ke stesen minyak carik coke sebab hypoglycaemia.

Kalau hari yang aku kerja, sebelum balik aku akan check level energy aku dulu. Kalau bateri ada lagi, aku pergilah main bola dulu ke. Tapi biasalah budak2 melayu ni lembik. Skit2 kansel main bola, so aku kene always carik sumber2 peluh yang lain yg aku boleh buat sengsorang mcm swim ke, panjat Mt Lofty ke, etc utk perabih bateri. Kalau bateri lepas kerja dah abis, tapi aku nak main gak, aku akan try recharge energy level aku. Tido jap ke, makan junk food ke (ice-cream the best), pastu baru pergi main.

Therefore, aku kene always prepare for any activities in a spur of the moment. Sebab tu, aku akan always carry my magic bag everywhere. Permanently ada dlm lambo hijau aku or skang ni van Mitsubishi ALLEPAT pinjam drp al-Liph (gambar2 bawah ni aku ambik masa kemas van kau la ni bro. Jgn risau, skang dah bersih, boleh guling2 sambil berYahanana sampai maqam kasyaf bro)

Bag comot sebab pakai kay. Buat apa bag cun bersih tapi tak pakai. Poyo je lebih.
Jangan underestimate bag aku kay. Nampak selekeh cam kene gelek lori dua tiga round pastu rendam dalam tong budu, tapi bila kau bongkar isi dia, fuyooo......

Macam tipu je semua boleh muat dlm bag tu? Okay la. Okay la. Kasut2 tu aku letak dlm plastik woolies kay. Happy?
Utk senang citer aku bahagi2kan barang2 aku ni di dalm dua kategori.
1. Angkatan Tentera Darat
2. Angkatan Tentera Laut
_______________________________
TENTERA DARAT

Kategori pertama ini adalah untuk apa2 aktiviti diatas darat, kecuali aktiviti2 buaya darat. Itu dalam bag lain.

Mungkin akan ada orang bertanya, bau kasut2 ni cemana? Well, tak usah meneka-neki. Sesiapa boleh dtg booking dgn aku utk sessi mencium kasut aku secara percuma. Guarantee syokkk! Tangki oksigen kecemasan tidak disediakan.

Kasut 1 aku beli sebab kasut jogging/bola kat SQ aku (kasut 5) dah nak rosak. Aku juga gunakan kasut 1 ni utk game liga bola sepak 7-a-side every Tuesday yang sungguh bodoh. Main atas rumput, tapi dia tak kasi pakai kasut bola padang, iaitu boots 2 (dah koyak) dan boots 3.

Kau tau tak betapa licinnya main bola pakai sneakers atas rumput. Bangang la mat salleh ni. Konfem ni mat salleh yang sama yang mengwajibkan strippers pakai high-heels waktu pole dancing. Tau tak betapa licinnya pentas tu. Pastu bila guling2 atas pentas tu, peluh pulak jatuh atas lantai. Fuhh, struggle akak2 stripper nak menten balance. Respek sis! Suka tengok errr....athleticism akak2 semua. Nah singgit!

Kasut 4 pula adalh bekas kasut kerja, tapi stelah tumpah kari dua tiga periuk, di gunakan utk main kat SQ. Skang dah rabak dan dah takde cushion langsung. Tu la kasut punca injury tumit aku skang ni. Dah 2 minggu patah kaki ni....uwaaa.. Nak mama! Sumpahan betol la kasut ni.

Barang2 lain adalh support stuffs utk Tentera Darat aku. No 6 shinpad, No 7 Stokin dan No 8 Pump Bola. Kalaulah aku cerdik sikit dan charge setiap kali bebudak melayu ni pinjam pump aku ni, aku rasa skang ni aku dah boleh upgrade pakai Vellfire dah ni. Biasalah melayu. Kasut bola Ebay, jersey Ebay, bola Ebay. Pump bola? "Abey Azey pinjey boley?". Puii..
Letak kat depan sebab sayang baru beli. Wahuhu 

Barang kat depan ni plak adlah barang2 utk jogging/hiking. No1 adalh biceps holder. Orang2 taff cam aku memang susah skit nak lari sebab biceps besar suka goyang2 with a mind of their own. Abis lari balance. Macam awek2 yg mempunyai asset yang err... berprestasi tinggi. Kan nampak cam struggle nak lari gitu. Alamak kantoi usha! Astaghfirullah. Husnuzon la skit bro. Aku usha utk academic research lah.

No 2 adalh sport headphone yg sangat penting sebab earphone iphone tu bila telinga aku peluh, dia tanak lekat nyer. Tak semangat lah berlari kalau tak boleh dengar lagu Fiona 4U2C. No 3 itu pula adalh ubat warmup masel. Maklumlah, masel aku besar, lambat nak hot. Kene massage2 gitu sambil pejam mata teringat ladyboy Phuket.
_____________________________________
TENTERA LAUT

Dem. Kecik la plak gambar ni. Malas lah nak re-upload.

Ini rare. Budak2 melayu konfem takde. Sebab rasa2nya takde langsung swimmers kot skang ni. Aku bukan cakap swim satu lap pastu bersidai rehat kat tepi kolam setengah jam, sebelum buat satu lap lagi. Pui. Itu bukan swim. Itu org panggil cubaan utk tidak lemas.

Aku bahagikan tentera laut ini kpd dua sub-kategori. Kategori kolam dan kategori laut.

Kalau kat kolam aku pakai swim pants (takde dlm gamabr) dan goggle tu je. Sepatutnya aku pakai baju masa swim kat kolam sebab six-packs aku ini telah menjadikan body aku tidak hydrodynamic. Resistance tinggi sebab body tak smooth sebab ketul2 six packs gitu. Tapi apa salahnya belanja six-packs kat aweks2 mat salleh berbikini sekali-skala. Aku pemurah gitu. Usha lah. Give and take gitu.

Tapi kalau kat laut, aku akan pakai baju surf hitam tu, sebab laut Ozzy sejuk kot. Kenalah keep the body warm, baru boleh tahan lama berendam.  Snorkel tu plak utk guna 2-3 kali setahun je, bila ada masa pergi Pt Noarlunga.

Semua barang2 yang kanan drp baju kuning tu adalah barang2 persalinan selepas swim. Fresh shirts, fresh socks, shampoo utk buang air laut atau chlorine drp rambut, losen whitening aku tak tinggal, air kalau dahaga, panadol kalau injured dan ...ehhh kenapa ada ubat gigi dan berus gigi plak? Utk time bini halau keluar rumah ke sebab mementingkan sukan drp famili? Salah tu bro.

Haaa...ini adalh secret otai2 swimming. Apakah masalh utama bila kita pakai goggles or snorkel? Fogging kan. Cara utk kasi goggle/snorkel clear adalh, kau comor ubat gigi skit. pastu mixed dgn air, pastu kau rub the toothpaste into the lens. Biar 5-10 minit, viola! As clear as daylight utk usha anak2 ikan atau anak2 mat salleh di dalm air.



__________________________________
THE CHALLENGES

Paling berat sebenarnya adalah utk istiqamah. Nak menten wajib bersukan setiap minggu at least. Ramai org tidak berdisiplin enuff utk jaga the routine. Ada ketikanya kita bizi giler or letih giler, so kita ngelat.

Bahayanya bila kita lama sangat tinggal exercise, kita akan jadi banyak lemak. Trasa macam best jer. Tak rasa perlu exercise jer. Rasa macam sihat jer. Tu yg bila tetiba kene kerja sikit, stret pancit. Nak dapat balik fitness tu, mmg struggle lah. Lebih2 lagi bila dah tua gini. Berapa ramai orang aku jumpa, belum 30yo dah give-up exercise terus. So sad.

Truthfully, my main motivation utk istiqamah adalah aku kene fit utk kerja macam aku kerja. Kalau aku tak fit, cemana cerita? Sapa yg nak masak, potong ayam/daging, angkat barang, kemas kedai, etc. Aku bukanya jenis boss yang dok atas kerusi depan cash register kira duit sambil tepuk2 perut boroi dan cungkil gigi.

My second motivation is aku suka join tournament ke, main liga ke gitu. So aku ada motivation utk obtain my fitness sebelum time utk tournament or main match utk liga. Jadi tak kira cemana lembiknya kaki aku, cemana low nya energy aku, aku akan paksa diri aku utk main bola or hike Mt Lofty 2-3 hari sebelum game.

But of course tak lojiklah aku nak maintain main hari2. Ada harinya yang aku dah cukup letih gila from kerja, memang balik rumah merangkak2. Nak mandi pon tak larat. Tidur gitu jer pakai baju dan seluar kerja. Memang konnfem bini aku bisinglah. Busuk cadar aku!! Lantaklah. Kalau nak aku salin baju, please come here and kau bogelkan aku kay. Aku dah pancit.......oh wait. Energy surge detected........

Sekian, mekasey, wassalam
The wife be like......Apa? Letih? Nah jaga baby!

Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya solat yg paling berat bagi orang2 munafik adalah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka tahu pahala dua solat tersebut, pasti mereka pergi ke masjid utk mengerjakanya meskipun dgn merangkak.......", Bukhari 657, Muslim 651
Inilah merangkak yg lebih afdhal.

4 comments:

Dr. Bentara said...

tips yang bagus: sebelum balik rumah kasi habis tenaga. Tapi malam Jumaat camana?

mangkuk statik said...

Dr Ben: Kau pon tahu kan, kalau malam jumaat bekalan tenaga terputus, kita pakai emergency generator. Aku still ada dua tiga biji. Kau nak?

isabelle frankly said...

Saya sungguh kagum bila abg hensem bwk whitening lotion kat dlm beg tentera laut tu.
Eh

mangkuk statik said...

Isabele: Bak pepatah Mongolia, Usaha tangga kejayaan. InsyaAllah one day aku putih. Jgn jeles kay. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails