Wednesday, May 6, 2009

Tiga Dalil Mengapa Aku Sudah Semestinya Ensem

Salam,

1. Lamer giler aku tak update sebab baru dapat konnek internet semalam sejak pindah rumah. Untuk budak2 yg sibuk bertanye, alhamdullilah rumah baru best, tidak aku belum abis kemas lagi (nak tolong ke?), belum aku belum jumpa antu lagi tapi kalau jumpa aku nak suruh dier gi ke maple street broadview untuk kacau arsyad yg bilik sebelah blakang tuh (tolonglah gigit dier!) dan tidak, aku tidak hengin untuk buat house warming.

2. Kembali kepada tajuk di atas. Ade beberapa anasir-anasir m.nasir yg cuba mempertikaikan keenseman aku sejak akhir2 ini. Jadi terpaksa lah aku mepertahankan kehenseman aku denagn hujjah2 yang jitu untuk mematahkan retorik-retorik kosong mereka selama ini

3. Aku ngaku tak ramai yg cakap aku ni ensem..hmmm tak elok nipu..sebenarnye TAK DE sekor pon yg cakap aku ni ensem termasuklah bini aku sendiri. Tapi aku yakin dan percaya bahawasanya ini semue adalah cubaan untuk menjaga keimanan aku supaya tidak di songsangkan dengan riak atau ujub, dan juga taktik bini aku untuk mengelakkan aku memperalatkan wajah sempurna aku untuk kawin lagi satu..ehh silap lagi tiga.

4. Akan tetapi, ramai yg cakap anak aku muhammad (si mamat) ensem lah, kacak la dan macam2 lagi yang naik rimas aku nak taip sebab......aku jeles. Dah lah tu, awek2 drpd kecik2 ke besar2 tua bangka dok terhegeh2 main ngan dier....cisss..Tetapi di sebalik kekeciwaan aku itu timbullah......

DALIL PERTAMA mengapa aku semestinya ensem:
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI BIOLOGY, aku adalh penyumbang setengah daripada 46 kromosome muhammad dan aku adalah sole provider of the vital Y-chromosome yg menjadikan mamat tu lelaki. Jadi selain daripada membekalkan alat kemaluan kpd mamat, genetik aku juga tentunya menjadi faktor utama dalam meng-machokan mamat kerana kalau dapat genetik bini aku, maka tentunya mamat akan menjadi kalau "best case scenario" seorang khunsa atau kalau "worst case scenario" seorang mak nyah. So, in summary, anak hensem dan macho mestilah mendapat genetik yang ensem dan maacho dari ayahnya. ie: heridatary.

5. Tetapi aku yakin akan timbul arguments drpd budak2 yg perasan pandai di adeled ni yang ke-henseman tak tak terbukti datangnya drpd chromosome X kerana loci (lokasi) genetik keenseman most likely terletak di merata2 chromosome yang lain dan juga berlakunya mutasi shift atau drift sewaktu mitosis dan meiosis, mengakibatkan genetik heridatary ni tak 100% perfect. Untuk org2 yang bangang (anda semua)....ni maksudnye kalau betul anak kita dapt setengah gene drpd bapak dan setengah drpd mak, mengapakah rupe anak2 mereka tak 100% serupa. Sebabnya adalah kerana ade sikit kelainan di dalam setiap proses pengabungan antara 2 gene yang berbeza itu. Itu kuasa Allah untuk jadikan kita berbeza2. Jadi in summary, org leh kate kalau anak ensem, bapak tak semestinye ensem.

6. Tak pe...no hal lah...beralih kita ke ....
DALIL KEDUA mengapa aku semestinya ensem.
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI SASTERA, banyak di kaitkan sifat anak kepada sifat bapak seperti "di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi" atau "bapa borek anak rintik" (borek dan rintik tu pekejadah?) atau istilah "anak bapak". Kalu bahase omputih plak kite sering mendengar "like father, like son" tak pernah lak dengar "like mother like son" kan. Takkan kite tak caye omputih? So in summary, if son ensem, father ensem to also. Tenkiu.
7. Tapi aku tak lah claim 100% sifat anak aku dtg dari aku. Walaupun ramai org kate muka muhammad macam muka aku seperti cikgu2 muhammad, bini2 postgrad dan macam budak junior yg kate kat nina "ehh tokey SB tu muke dier sebijik mcm anak deir kan kan kan kan kan". Biasenyer klau org tanyer, aku akan cakap "Segala yg baik dtg drp Allah dan segala yg buruk di asbabkan oleh bini aku". Kalau dari segi sastera, walaupon tiada istilah mat salleh "like mother like son" tapi depa ade istilah "son of a bitch". Di mana BITCH tu maksudnye betina atau di kenali juga sebagai perempuan. Jadi istilah SOB ni bermaksud "celaka nyer manusia" dan ia di kaitkan sebagai "son of" emak nyer. Jadi sastera telah membuktikan segala yg jahat datng dari emak nyer and this indirectly imply that segala yg baik dtg drpd bapaknya. Yesssssssssss!

8. Tapi ade org kata satera ni merapu dan org aliran satera ni org bodoh yg tak leh masuk sains stream maser porm 4. Tak pa...hang ingat hang terrer ka! Jom kita ke....
DALIL KETIGA mengapa aku semestinya ensem.
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI MATEMATIK punya konsep algebra yg di ajar oleh cikgu rokiah seksi berkebaya ketat dulu,
If X=Z dan X=Y
Therefore X=Y=Z.

Jadi sekiranya kita replace X= "Muka Muhammad" dan Y= "Muka AKU" dan Z=Ensem
So if, "Muka Muhammad"= Ensem , is true
and because, "Muka Muhammad"= "Muka AKU" , is also true,
therefore "Muka AKu" =Ensem

Sesungguhnya muka Aku is trully ensem mathematically.

9. I rest my case your honor!!! You guys can shadupp now! kuah kuah kuah kuah kuah kuah kuah kuah kariiiiiii..

Sekian, makasey, wassalam.

12 comments:

Dr. Bentara said...

Hujah yang kuat, bernas, benar dan kukuh macam tembok konkrit. Takde sapa boleh sangkal lagi!

Tahniah dan selamat maju jaya. Majulah sukan untuk Adelaide!

ainishamsi said...

mamat mmg cute. tuh tak dinafikan.

tapi bukan sebab muka dia macam boss, tapi sebab dalam muka dia ada kelembutan muka kak yanti.

tenkiu

Khairul Azmi said...

Wahai Abg Azam,

Borek tu maksudnya berbintik-bintik. Rintik tu pulak maksudnya polka dot (bintik-bintik jugak tapi lagi besar dari rintik).

So, kalau nak guna peribahasa 'bapak borek anak rintik', boleh rujuk contoh ni:

"Kuat betul dia main rasuah," kata A. "Alah bapak dia pun main rasuah juga. Samalah macam peribahasa, bapak borek, anak rintik," balas B.

Peribahasa tu nak guna kalau nak cakap anak dia tak elok sebab bapak dia memang tak elok dah. Hohoho...

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi tu dah mantap dah. Tak boleh disangkal lagi... Hahaha...

Aku bekap ko, sebab hujah ko bernas.

yang benar,
Azmi

ihsan_huhu said...

aku bekap kak yanti

nkecik said...

muhammad ensem.. setiap kali aku tgk muhammad, aku cakap;

"naseb bek mak ko lawa."

btw abg azam,
X= "Muka Muhammad" dan Y= "Muka KO" dan Z=Ensem

X=Z tapi X=/Y so Y=/Z

(=/ tak sama)

wahaha!

you-know-who said...

wahahaha..dah ade bekap kak yanti..baru boleh serang...
abg azam..dulu abg azam penah kate "bini aku kate aku ensem"
skrg abg azam kate.."SEBENARNYA
TAK DE sekor pon yg cakap aku ni ensem termasuklah bini aku sendiri"
muahahahaha...terbukti lahhh..sengaja dibesarkan juga perkataan "SEBENARNYA"...
muahahahahaha..terima kasih kerana jujur

you-know-who said...

eh nak tambah...muhammad tuh budak..mmg la comel dan cute..takkan lah org nak kate kat dier.."wei muhammad, ko tak ensem laahhhh"..
bayangkan betapa down nyer muhammad...dan betapa tragis nyer kehidupan kanak2 beliau..

mangkuk statik said...

abg ben: aku baru check dlm kamus maksud "hanya jauhari mengenal manikam" = "hanya ahli dlm bidang tersebut tahu pasal tu" ie: hanya org hensem yg tahu pasal kehenseman ni...terima kasih.

aini: hentikanlah lesbo fantasi kau ngan bini aku tu. Wei..entah2 kau yg hantar sms ngorat bini aku!! Cepat ngaku!!

Azmi: Cayalah. te ri ma ka sih cik guuu! Tengok semue org. Org pandai2 pon sokong aku...headboy KISAS lagi...Apa lagi lu mau bising!

huhu: ini bukan demokrasi..Ini adalh ikut logik akal. Kalau nak pakai undi..jadi macam USA lah ...org bodoh pon bole jadi preziden sebab org2 bodo pakat pangkah dier!

nkecik: pandai betul kau cari weakest link dlm hujjah aku yer. Syabas. Persamaan matematik yg sebenarnyer ginni:
x= muka mamat, y= muka aku
although y=/x
but y >x,
so muka aku>muka muhammad
untuk budak fail math...tanda ">" bermaksud lebih superior dari..

Makcik who:
Kadang2 antara laki bini tak perlu cakap. Dah automatik tau dah. Contohnyer biler aku jeling2 bini aku mase tengah2 malam anak dah tido dan kami dok tengok TV berdua jer....bini aku mesti tanyer..."Nak ke?" Aku kate "Boleh gak!! Yeaaaaa" Nanti bini aku kata" Nak susu fresh milk ke susu condensed milk boh dalam nescafe kekanda malam ni?".........hampeh!

Reader said...

Pre-requisite knowledge before reading this article are as follow:

1. Biology SPM ar equivalent
2. Additional Math SPM or equivalent
3. Literature Component SPM (Malay and English) or equivalent

Note: You are not required to get A1 for all the subjects mentioned above. However, it is really important that you recall all the technical terms used in this article, for optimum comprehension of the subject matters discussed.

mangkuk statik said...

reader: mak oii aii bahase omputih kau cair macam kicap cair cap kipas udang yg aku beli kat asian grocery kat henley neach road dua setangah hari aritu. 10-Q, 10-Q

Anonymous said...

laaa..mati2 aku ingat bapak borek anak rintik tu sama macam bapak burit anak pantek..haha..

Forever Handsome macam Azam,
Astro

isuzu_aizu said...

wah!!! ko mmg hensem aa azam!! full stop.:|

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails