Wednesday, June 24, 2009

ANDARTU : siri menyelak rahsia wanita.

Salam,
part two di sini:

1.Ada tiga bende yang org pompuan cukup takut, cukup trauma dan cukup phobia hinggakan langsung sikit habuk pon mereka tak sanggup untuk memikirkan possibilitinya berlaku kepada mereka.

pertama:
Untuk yg belum berkahwin. Andartu!
kedua: Untuk yg Telah berkahwin. Poligami!
ketiga: Untuk yang belum/sedang berkahwin atau menjanda. Missed Sale!

2. Jadi sempena minggu exam kat adeled ni, maka aku ingin mengsabotaj budak2 pompuan nyer performance denagn mengtraumakan mereka dengan topik ANDARTUUUUUU!! Cuak la kau...jgn tak cuak!

3. The main problem mase aku pikir2 pasal topik ini adalh, camner nak define Andartu ni? Pada umur berapakah seseorang itu di panggil Andartu? Bilekah korang anak2 dara perlu start risau? Bila aku research2, aku tak jumpa pon sesapa yang telah defined takat umur andartu ni. Hampeh sungguh korang ni!

4. Ni macam org kata "jgn bwak kereta laju2 di jalan raya", tapi dia tak bagi speed limit yg specific. Jadi, tafsiran "laju' itu diantara seorang mat rempit dan Tuan Guru Nik Aziz, akan berbeza gila babeng lah kan. Samalah macam bila orang kata kat kau "kawin la cepat2". "Cepat2 tu" tu bila? Lepas tadika ke, lepas SPM ke, lepas Matrik ke, lepas Uni ke, lepas kerje ke, lepas beli kereta untuk mak ayah ke, lepas tolong adik beradik ke, lepas beli rumah ke, lepas balik umrah ke......Silap2, by the time kau figure out the answer, kau dah Andartu.

5. So sebagai langkah keselamatan, aku cadangkan, kita set-kan umur andartu kepada apabila "orang lelaki lain, yang kau rasa sebaya atau lagi tua dari kau, panggi kau kakak". Kerana itu maknanya, regardless of your real age, kau sebenarnya dah nampak TUA. So apabila kau sudah "nampak tua", maka org lelaki akan kureng skit inisiatif untuk meng-tekel kau la. Jadi saham kau atau possibiliti untuk engkau berkahwin, mulai dari saat bersejarah tersebut, akan go down, slowly but surely.

6.Ginilah. Walupun ini adalh siri menyelak rahsia wanita, tapi aku nak bagi korang jengok sikit rahsia kaum lelaki. Secara generally atau kasarnya, untuk org2 lelaki cam aku ni, minat atau kasih sayang mereka kepada kaum wanita adalah

BERKADAR TERUS DENGAN (directly related)
a. ke-cun-nan
b. keimanan
c. perangai2 baik2 cam baik hati, pemurah, rajin, pandai jaga hati org tua etc
d. kemantapan body

Maksudnya untuk pembaca yg tak terpelajar ialah lagi cun, lagi alim, lagi baik akhlaknya tapi mempunyai aset tersembunyi yang berharga, maka lagi best lah.

DAN BERKADAR SONGSANG DENGAN (inversely related)
a. umur
b. berat badan
c. ketinggian decible suara bila menjerit
d. duration berleter
e. kepandaian berhujjah masa gaduh
f. skill membaling pinggan/objek menyakitkan dengan tepat

Jadi lagi tua, lagi berat, lagi kuat memekak, lama plak tu stamina memekaknya, asyik dia je menang masa bergaduh dan bila kalah gaduh, mampu membunuh atau mencederakan organ2 vital dengan hanya satu balingan padu, maka siaplah korang. Say welcome to andartu. Say Hi to poligamy!!

7. So, itu pasal aku suggest kan kita letakkan definasi had umur andartu ikut point no 5 tu. Jadi, kalau kau kau jenis orang yang nampak muda jer dan first time org sebaya atau lagi tua dari kau panggil kau "kakak" ialah maser kau umur 45 tahun, so be it. Nasib kau baik. Bersyukurlah.

8. Tapi kalau kau baru umur 15 tahun tapi budak2 sekolah rendah kompius kau ngan mak cik kantin, atau budak2 sebaya ngan kau mase kau pindah sekolah baru inggatkan kau ni cikgu maktab buat praktikal atau makcik2 kat kampung mencalonkan engkau jadi ketua wanita UMNO cawangan mereka, maka nangislah kau banyak2. Lepas abis nangis, kita susun strategi camner nak atasi masalh ini.

TBC

Salam. mekasih , wassalm.

7 comments:

nazee said...

Alhamdulillah takder gambar aku....

Lutfie said...

aik tak ramai plak komen.anon2 dah ada life nampaknya.LOL

mangkuk statik said...

nazee: sabar...sabar. nanti naiklah gamabr glamer kau tak lame lagi.

lutfie: anon ramai kene amik exam. Lepas exam nanti abis la ku kene sula.

Capik! said...

hahahahah! aku rase post nih ok jer, kalo ade anon2 yg tak puas ati gak dgn post ni agaknye dierang terase kot ;p

GheySA said...

rozita che wan kira andartu ke janda hot?

ihsan_huhu said...

hahaha.. sungguh bernas sekali idea ko kali nih.

ps: terpakse r aku panggil awek2 sekeliling as 'cik adik' kang diorg igt aku ckp diorg nampak tua, gemok, kuat berleter, mampu membaling piggan etc hahaha

mangkuk statik said...

capik; aku rasa timing post aku kali ni cun kot. Tak clash ngan time datang bulan. Itu pasal sonyap jo jang.

Ghey: kadang2 biler aku dok usha2 RCWan yg bermekap tebal tu sorang2 di malam hari selama 2-3 jam, terasa seolah2 ada iras2 mak nyah sebenarnya janda tuh. Tak caya cuba kau tengok sendiri. Jadi status RCWan sekarang ni adalah "metroseksual-tu" (tu = tua).

Huhu: Kau memang layak panggil awek2 keliling kau cik adik. Bukan out of respect, tapi sebab kau memang dah tua dah bro...muahhaha. Sedor diri skit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails