Monday, August 31, 2009

Merdeka Taik Kucing Hapa !!!!


Salam,

1. MERDEEKK......Ehh dah lepas ke? Alahai.

2. Angkat tangan sapa sini dah bohsan dengar crita pasal merdeka, apa itu merdeka, kenapakah kita merdeka, apakah erti kermerdekaan dll persoalan merepek lagi.

3. Aku bohsan gak. Bahkan aku bohsan dengan merdeka tu sendiri. Best sanggat ke merdeka ni? Tak trasa pon? Pernahkah korang terpikir, mungkin kita lagi baik kalau kita masih di jajah. Mungkin Tunku, Dr Burhanudin, etc semuanya telah memperbodohkan kita semua.

4. Dok bawah british lah best. Dia orang bangsa maju. Bila diaorang marah, kita dengar. Tenggok bila Kartika nak kene sebat. Diaorang berdehem skit je , kita dah kalut2 delay hukuman dah. (lama2 kansel lah hukuman ni. Tenggoklah nanti!)

5. Dok bawah bristish lah syok. Kita jadi warga british lah bro. Boleh gi UK macam pi Taiping. Tak payah passport atau visa. Nak dok England sampai mampos pon boleh.

6. Yang paling best nak tau apa? Boleh kawin minah salleh tanpa pening2 pikir pasal ilang kewarganegaraan lah atau camner nak explain kat mak pak kenape engkau kawin minah salleh. Sekiranya kita masih di jajah, kawin ngan hot blonde dari Liverpool sama jer macam kawin ngan hot amoi dari Ipoh. Asalkan convert, dah settle!!

7. Jadi one day, rakyat malaysia di bawah jajahan British empire, majoritinya akan jadi pan asia gitu sebab mix-marriage. So yg pompuannya akan jadi cun, tinggi, putih, mata biru dan tetek 34C keatas. Manakala yg lelakinya akan jadi ensem, tinggi, slim, tanned, rambut pacak2, ada tahi lalat seblah kiri, pernah kene bursitis, bini pernah misscariage gittu (ada kene mengena dgn yg masih hidup dan blum mati lagi)

8. Untuk pemain bola handalan macam aku nih pula, kalau aku main ngan Kelantan FC, silap aribulan boleh masuk English FA. Main liga bawah2 lah dulu kan. Bila dah makin power, naik divisyen atas sikit la. Lama2 Kelantan FC masuk English Premier League. Cewahhh!! Masa tu jgn la korang terhegeh2 mintak autograph atau nak "add aku as fren" kat fesbuk. Kalu nak, mintak sekarang sebab taim aku femes nanti aku bo-layan.

9. Bola UK lah best. Tenggok lah org2 sekarang. Lagi ramai pakai baju Man U dari pakai baju melayu aku rasa. Yang pakai jersey England pon berlonggok. Sapa pakai jersey Melaka, Negeri Sembilan, Sabah? Aku tak pernah tenggok pon?

10. Kita semua patut sedar. Kita dah bukan macam org2 Melayu zaman Hang Tuah dah. Org Cina dan org India dah bukan mcam Yap Ah Loi yg keja lombong timah atau Sammy Vellu yg kerje estete dah. Sepatutnya, sebagai penduduk sebuah negara yg merdeka, rakyatnya mestilah menjadi semakin kuat ciri2 nationalistik dan kebudayaan timurnya. Tapi kita ni semakin maju, semakin kita bertambah cintakan kebudayaan western plak, mcam British tu. Tak caya ke?

11 Pakaian kita dah macam mat salleh. Masa kerje kita selesa berCoat, tie dan seluar slack. Biaq pi Malaysia tu panas berdengung, bukannya sejuk cam London. Masa melepak, kita tak pakai kain pelikat, kurta atau cheong sam bile pegi pasar beli ikan. Kita pakai jeans dan tshirt. Baju melayu plak dah jadi macam kain kapan. Dipakai hanya untuk special occasion. Bezanya kain kapan nyer occasion hanya berlaku sekali jer seumur hidup. Kalu dak, sudah tentu pemakaian kain kapan akan lebih berluasa di dalam kehidupan kita.

12. Dari segi perangai plak, rata2 org malaysia plak dah tak tahu malu. Ringan2 depan2 khalayak ramai, beromen, dapat anak haram, minum arak, pakai seksi etc. Sapa tak pernah dengar org beromen sambil berembun di celah2 belukar taman tasik titiwangsa atau di balik2 pasu bunga dataran merdeka? Dah macam mat salleh dah kita ni. Kita ada banyak undang2 yg cuba mencegah bende2 ginni. Tapi semuanya hampes bila tidak di gunakan sepenuhnya. Tapi kalau undang2 jalan pon, mangkuk2 ni dapat hukuman ringgan je. Besok buat balik. Tak de hal. So baik buang je undang2 tuh. Baik kita ikut undang2 british lah gitu yg menghalalkan terus bende2 gini.

13. Dari segi makanan, kita makan Mek D, kfc etc. Dari segi entertainment, sales lagu dan filem mat salleh, always higher than local. Dalam TV pon, citer melayu ader subtitle mat salleh. Lagu Negaraku, cilok "mamula moon". Bendera malaysia, pon cilok mat salleh punye, dari sebuah negara yang kecik and insignificant bergelar U. S bloody A. . Cukuplah contoh2 tu...

14. Jadi buat apa kita merdeka sekiranya kemerdekaan tu tak mambawa perubahan positive pon kpd kita. Kemajuan yg kita kecapi sekarang, secara logiknya, bukannya hasil kebijaksanaan pemerintahan BN. It is just a normal process that we called progress. Tak kisah sape berkuasa, it will happen naturally. I bet you, if we are under British, we will be at thousand times better now.

15. Pikirlah! Dulu sebelum kita merdeka, org2 melayu mungkin own dalam 10% drpd Malaya/Tanah Melayu. The rest is British. Sekarang ni, org melayu hanya menguasai 10% je drpd asset-asset di bandar2 (source=ilang) dan 18.9% drp equity negara (static for the last 19 years). Lagi 90% dan 80% respectively, kaum lain dah rembat.

16. Renunglah!! Sebelum merdeka, kita di "divide and conquer" oleh British. Kini selepas merdeka, kita masih lagi divided among ourselves. Dan bukan sahaja tanah kita, malah budaya, minda dan paling sensitif agama kita, slowly but surely di conquer oleh bangsa asing.

17. Jadi buat apa kita menipu diri sendiri. Jom lah kita dok bawah British balik. Kau nak merdeka buat hapa kalau merdeka tu macam lahanat. Merdeka?? Merdeka taik kucing engkau!!


Hapa? Tak nak merdeka?? Aku penerajang batang tengkuk engkau kang!! Anjing Britishhh...!!!!

sekian, makasey, wassalam.

Sunday, August 30, 2009

PART 2: Woi Bunian !! Bagik balik anak aku !!

Salam,
....sambung cerita...dari part one.

9. Payah aku nak explain. Senang cerita, bila doktor tu scan bini aku, rupa-rupanya TAKDE BABY PON!!

10. Ginilah. Umpama telur ayam tu kan. Apa yang doktor nampak lam perut bini aku tu, gestational sac atau "kulit telur" ayam tu ada. Tapi isinya tak de! Tak de baby/fetus. Kalau betul ada baby, dah obvious boleh nampak sebab dia akan berdenyut2 dan kita boleh bilang dia punya fetal heart rate. Tapi dlm kes bini aku, hampeh! Kosong!
Sepatutnya gini. Nampak tak ade bende lam lubang tengah2 tuh. Tapi dalam kes bini aku, kosong jer.

11. Soalan yang pertama yg terlintas di kepala hotak aku taim tu adalah

"Are you married doctor?"

....dan soalan yg kedua..

" Doktor ada no telepon harian metro tak?"

Ni sudah cerita gempaq.
" Anak pengusaha restoran cikai di Ostolia hilang dalam janin. Berdasarkan bukti2 saintifik dan genetik yang kukuh, ia di percayai di curi oleh orang-orang bunian kerana pengusaha restoran tersebut memang terkenal dengan ketampanannya di seluruh hemisphera selatan dan suku hemisphera utara. Jadi baby dia mesti comelnya, sebab tu lah kena kidnap!"

12. Di sebabkan baby tu tak "menjadi" (blighted ovum/empty sac) maka Allah telah menjadikan bodi kita, ehh bukan bodi aku, tapi bodi korang lah org2 ponpuan, mengreject kandungan tersebut secara automatik. 95% drpd kandungan yg mempunyai genetik mutation akan dengan sendirinya gugur atau miscariage omputih royak (wiki).

13. Alamak! Silap2 baby aku tu mutant dan kalau gitu boleh join X-Men, mana tau! Aku pon boleh join X-Men sebenarnya. Saje je malas. Korang tak perasan ke special power aku? Takkan tak nampak. Special power aku adalh hensem.

14. So doktor kat emergency tu suruh balik rumah dan datang balik besoknya untuk buat scan balik. Harap2 janin yg kosong tu keluar secara natural. Tension aku. Besok ari sabtu, ari first day posa atau hari tidor mampos sampai pukul doblas. Ni nak kene bangun pepagi plak dah.

15. Sekali doktor yg layan bini aku keesokan pagi tuh, mak datuk aihh!! Lagi cun dari semalam. Ni kira taraf model gitu. Tinggi lampai blonde mata biru. Bini aku pon ternganga tengok doktor tuh. Dah lah cun, pandai plak tuh. Bersyukurlah dikau wahai doktor kerana Allah telah menganugerahkan kelebihan kepada dikau dan janganlah bersedih kerana Allah telah mentakdirkan aku lagi pendek dari mu. Kalau tak aku dah tekel buat bini no dua dah.

16. So bila awek tu check bini aku, tenggok2 janin tu masih kat dalam perut lagi. So dia bagik pill nak bagik cepat sikit proses gugur ni. Pon degil tak nak keluar gak. Jadi last kopek, bini aku kenalah buat minor procedure di panggil D&C.

17. Tapi sebab procedure tu sakit cam nak terberak kalau buat taim sedar, maka bini aku akan kene bius maser doktor tu korek keluar janin tu. Bini aku cuak lah sebab dengar kene bius.

18. Jadi sebelum bini aku kene sorong masuk bilik operation, aku pon selaku suami mithali memaafkan segala dosa nya kepada aku. Aku pon mintak halal lah segala2nya yang aku buat silap kat dia dan kalau dia mati, minggu depan aku akan kawin baru dah sebab aku tak payah edah.

Selamat tinggal isteriku yg pertama...Tunggulah daku di pintu syurga. Akan ku tiba, mencarimu di sana, dengan di tangan kananku, ku pimpin bini muda ku.....

19. Aku tau bini aku paham aku kawin tu bukan sebab nafsu serakah aku yang sebesar bukit cerakah tu, akan tetapi untuk kesejahteraan anak2 aku semata2. Kawin terpaksa lah org kata..... Sapa lah yang nak kawin bini yang lagi muda remaja dan bergetah.

20. Selama 2 jam aku dok tunggu sambil2 dok pikir baju melayu kaler apa aku nak pakai, sapa aku nak jemput, lagu karaoke apa aku nak nyanyi. Alih2 bini aku pon di sorong balik ke ward. Dah settle. Musnah lah harapan aku.....untuk makan aiskerim sebab aku posa.

Tahniah Bro! Gua paham. Gua sapport Lu. All the best. Amin.

21. Pernah tak korang dengar org2 dok kata berita buruk ni datang bertiga. Omputih pon dok kata "bad news comes in three". Tak caya silalah google. Bagi aku haishhh merepek giler ni! Sejak bile lah mangkuk2 ni gi buat lawatan sambil belajar ke Luh Mahfuz dan tenggok takdir manusia nombor wahid alif dash wau arba'a,

"musibah mesti datang sebanyak thalatha".

Semua tu kebetulan jer. Kalau Allah nak buat berita buruk 16 juta kali berturut2 pon boleh. Itu semua kudra dan iradat Allah lah kan.

22. Jadi, first dugaan aku pada minggu itu is anak pompuan aku dan yang kedua adalh bini aku. Aku sabar dan redha je lah sebab biase lah kaum hawa ni kan kaum yg lemah. Tak heran lah.

23. Sekali nak di stori-kan cerita, musibah yang ketiga plak melanda.
Blackberry ku rosak!!
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Dabel yu, ekx, waiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

Sekian, makasey, wassalam.

Woi Bunian !! Bagik balik anak aku !!

Salam,

1. 2 minggu lepas, iaitu minggu yg last seblum posa, memang la minggu yang hah-pening giler. Tiada siapa yang dapat menduga, di sebalik wajah tampan ku, tersirat kisah duka lara nestapa nescafe nestle.

2. Mula2 selasa tu, anak dara aku masuk sepital. Tak lama, sehari semalam je. Tapi injury yg dia suffer memanglah berkecai hati aku dan hati sesapa pon yang tenggok dia.

3. Jadi sebab dia anak mama, maka dia nak bini aku je la yg dukung dia masa dia sakit tu. Tak nak kat aku langsung. Masalahnya bini aku tengah pregnant 6 minggu plus demam suspected swine flu plus baru abis kerje. Jadi dia dah nak mampos keletihan dah lah.

4. Sekali taim tu lah tetiba bini aku britau aku dia keluar darah masa dia gi toilet. Untuk yg jahil, org2 pregnant patutnya tak berdarah lah sampai la baby tu keluar. Bini aku tanya nak buat camner? Laa..dia yang dok berdarah tiap2 bulan , boleh tanya aku plak. Aku kalau keluar darah dari "citttu" dah kompirm pegi solat hajat dan tobat nasuha dari segala kesilapan yang lampau, pastu baru gi jumpa doktor.

5. Miscarriage ke? Tapi sebab priority at the moment ialah anak aku tu, so aku kata kat dia
"persetankan darah2 itu at the moment!".

6. Bila balik rumah, bini aku pon buat telepon conference dengan rakan2 gossip/perujuk2 resepi/bidan2 amatur adelded . Maka keluarlah nasihat2 songsang dari sekor2. Jgn angkat bende berat la, baca ayat ni la, jgn makan bende sejuk la, bende panas la, aku pon tak paham. Sekejap ikut mazhab sekor ni tembikai jadi bende sejuk.Tapi bila ikut mazhab makcik yg lain, tembikai dah di kategorikan sebagai bende panas plak. Lalok sungguh.

7. Setelah 3 hari berdarah, pada hari jumaat tu bini aku dah sakit2 perut dah. Jadi sebagai suami mithali, aku pon bawak lah dia gi sepital setelah mengdownload anak2 aku kat rumah ciswani (TQ).

8. Aku dah tension dah masa tu sebab kene tinggalkan kedai. Keja banyak. Sekali tenggok doktor yg handle kes bini aku cun plak. Ilang tension. So doktor cun tu scan la perut bini aku nak tenggok condition baby aku. Sekali jeng ..jeng..jeng!

.......sekian, timokacih, Wassalam

Saturday, August 29, 2009

penat.

Tuesday, August 25, 2009

Promosi besar-besaran bukak posa di kedai aku!!

Salam,

1. Sorry kepada sesape yang bukak posa semalam (24/8 monday) kat kedai aku. Pedas gilos masak lemak cilipadi aku. Sampai ada yg tak termakan nasi tu sebab mintak kuah banjir!! Maklumlah first day. Lari budget la. Aku makan pon berpeluh2 macam hujan. Sekali lagi..sorri!

2. Mesti ramai yg tertanya2, camner aku rasa masakan mase taim posa2 gini yer? Senang je. Aku rasa kuah dia je. Masuk ke mulut, pejam mata dan hayati rasa masin, manis, masam etc tu. Pastu telan...ehh silap..ludah kan masuk balik ke dalam periuk makanan tersebut (sekiranya anda tak ingin membazir) ataupun kedalm sink. Pastikan dah siap2 air kosong segelas untuk menghilangkan dahaga atau kepedasan atau untuk mengkumur2 bagi ilangkan sisa2 kuah dalam mulut engkau. Pastu modified lah seikut rasa.

3. Masalahnya, untuk aku, sensor untuk kepedasan tu berada di tengkuk hensem aku ni. Jadi kalau aku tak telan, aku tak tau la pedas ke tidak masakan tu. Itu pasal, bila sianghari aku check rasa masak lomak tu, aku rasa orait je. Bila aku makan bukak posa...alamak!!

4. Sesetengah masakan tu, aku dah tak payah rasa pon sebab dah tau dah brapa banyak garam etc nak bubuh. Formula semua dah lekat kat kepala. Jadi tak lah banyak sanggat aku merasa masakan2 tu pon. Kang kalau aku dok asyik meludah ke sink setiap sepuluh saat, macam india makan sireh tuh kang bising plak mat salleh nanti.(Saudara arshad jgn terasa plak yer. Inggat semanggat 1malaysia yg di war2kan oleh PM tercinta kita)

5. Amazingly, based on last year experience di bulan posa, lepas 3-4 hari main rasa atas lidah ginni, lidah aku jadi very2 sensitive. Cepat giler pikap apa kurang. Di tambah plak bulan2 posa ginni, idung pon pantang bau makanan. Jadi bila guna lidah plus idung, insya Allah masakan beres.

6. Aku ada pernah dengar org kata biler kau dah tukang masak tahap dewata petala tujuh cakera alam, kau cium bau pon kau dah tau cukup masin ke tidak masakan engkau. Aku baru tahap prebet. Nak setakat nak rasa masin taik idung aku boleh la.

7. Anyway, promote bukak posa kat kdai aku sikit. Datangla. Sekian........

8. Sambung balik cerita. Jadi, di samping mempunyai ciri2 kehenseman yg tidak terperi2, aku pon mempunyai ciri2 keperihatinan terhadap kehendak pelanggan (yg cun). Maka kesilapan kepedasan makanan ini harus di bendung. Mana boleh jadi. Tapi aku tak nak batal posa sebab telan makanan tu.

9. Jadi dengan ini di ishtiharkan bahawasanya aku membuka jawatan kosong di swinging bowl iaitu sebagai special tester di bulan ramadhan ni. Awek2 yang berminat, di minta memberikan nama penuh, no phone, account number dan jadual kitaran haid anda di bulan ramadhan ini. Kepada kaum lelaki yg berkelayakan pula, sila kepilkan surat pengesahan doktor tentang keuzuran anda yg di benarkan di dalm syarak seperti, penyakit gastrik, belum mumayyiz ataupun hilang akal.

Sekian, terima kasih,wassalam.

Wednesday, August 19, 2009

Lelaki terkacak di dunia

Salam,

1. Dalam dunia ni, ada 2 orang jer Usin yg aku kenal. Usin Hassan Ali dan Usin Bolt.

2. Kalau kompare diaorang berdua side by side physically, memanglah jauh lagi gempak Usin Hassan Ali dari Usin Bolt. Walaupun both lahir pada tahun 1986 (22 yo), Usin Hassan Ali berketinggian 1.98m vs Usin Bolt yg pendek dan kontot 2cm, so 1.96m je. Dari segi berat pon Usin Bolt (86kg) kalah ngan Usin Hassan Ali (90kg).

Usin Bolt (kiri) dan Usin Hassan Ali (kanan)

3. Usin Hassan Ali juga lagi gempak kerana dia berkebolehan untuk memasak 8 roti canai dalam masa 9minit 58second. Usin Bolt boleh buat ape? Lari 100m dalam masa 9.58seconds? Hek elleh! Bukannya boleh kenyang perut aku pon kalau kau boleh lari laju laju.

Kameraman yg dok belah line pelepasan tu macam homo. Die zoom semacam ke bontot racer kaler merah tu. Aku rasa lagi satu inci muncung kamera tu nak masuk lubang bontot mamat tuh.

4. Jadi ramailah org kata Usin Bolt "is the fastest man alive "la, "world record holder " la..bla bla bla. Boleh belah!!!! TAK LOGIK LANGSUNG !!!!

5. Ginilah senang cerite. Adakah pemenang Miss Universe tiap2 tahun tu gadis tercantik di seluruh alam semesta ( kau kata Miss Universe= Semesta alam lah kan?). TIDAK. Sebab ada bini2 org, janda2 hot, awek sekolah tingkatan 2, minah arab bodi power tapi pkai purdah, alien dari planet Zuhal, juara tahun lepas, juara tahun lepas lepas lepas dan ramai lagi yg tak participate dalam competition tu kan. So mana logik tu gadis tercun di seluruh semesta alam.

6. Samalah macam tittle "the fastest man in the world". Percayalah cakap aku, semasa kau dok baca blog ni, somewhere in the world rekod Usin Bolt yg di kecoh-kecohkan tu telah di pecahkan oleh Wak Kartono yang berlari kencang 9.2sec ke jamban umum di kota jogjakarta kerana dia nak tercirit sebab blasah tempe basi pagi smalam. Ukule Niyongabo seorang nigger dari Burundi plak berabuk-rabuk lari 8.9sec diperambat rimau di Afrika. Muhammad Bin Azam Nur plak, seorang pelajar darjah satu SRK Kubang Kerian, mencanak lari pulang ke rumah 7.1 sec sebab Wonder Pets dah nak start dah.

7. Bezanya, Usin Bolt lari masuk TV dan di rekodkan. Org lain lari tak masuk TV. Tu jer. So tok sah kecoh2 lah Usin Bolt!!

8. So, based on the same logic, ada kemungkinan lelaki terkachak di dunia ni adalah...aku. Cuma tak masuk TV lagi jer, so orang tak tau. Melopeh lah korang awek2 seluruh dunia sebab tak dapat aku!!

Sekian, terima kasih, wassalam.

Aku yg hampeh......

Salam,

1. As a parent, kadang2 kita rasa kitalah yg menjaga kesejahteraan anak2 kita. Makan minum, pakaian, pelajaran, keselamatan dll. Masa adik aku kawin aritu, ade macam upacara ikrar gitu, di mana mak pengantin perempuan melepaskan anak kepada jagaan suaminya dan anak meminta keampunan dan mintak halal susu tetek , makan minum etc dari emaknya dan bapaknya. Hmm....

2. Tapi hakikatnya, kita ni sebagai parents adalah hampes. Segala-galanya, Allah jua yg menentukannya. Kita hanya boleh mencuba sedaya upaya kita dan berdoa dan bertawakkal yang Allah berikan yg terbaik untuk anak2 kita.

3. Dan sekiranya kita di uji oleh musibah yg melanda anak2 kita, kita berharap supaya bukan sahaja anak kita, tetapi kita sendiri sabar dan redha atas ujian tersebut.

4. Dan ketahuilah, tiada yg terindah dalam dunia ini selain daripada memeluk cium anak kita dan mendengar diaorang kata "I love U papa/mama".

5. Dan ketahuilah, tiada yg paling menyakitkan di dunia ini selain daripada melihat anak kita meraung menangis di landa kesakitan. Seboleh-bolehnya, mana2 parents pon mahu beban kesakitan tu di tanggung oleh mereka, bukannya oleh si kecil.

6. Bagi aku, mati lagi baik. At least dah tak sakit dah kan? Entahlah.... Itu bukan pilihan kita pon. So, bersabarlah wahai hati.

Wassalam.

Friday, August 14, 2009

Selsema Gila Babi


Salam,

Definasi bodoh aku = org yg tak pandai
Definasi jahil aku = org yg pandai tapi tak cukup ilmu ttg sesuatu perkara.


Siapakah anda?

1. Apa ke jadah yg orang malaysia dok kalut2 sangat pasal selsema babi ni. Aku baru balik dari malaysia last weekend dan aku boleh tenggok manusia2 jahil dok cakap lam TV dan manusia2 jahil dok report dalm paper pasal selsema babi itulah inilah. Kat airport pon bersepah2 manusia2 jakun yg dok pakai face mask kehulu kehilir.


2. Aku tau kat malaysia org panggil H1N1, tapi semua org tau tu hanyalah nama POLITIK sebab menteri kesihatan tu takut kalau pkai istilah "selsema babi" atau "swine flu", org2 melayu pakat2 hunus keris dan pergi serbu tempat ternakan babi untuk mengethnic cleansingkan babi dari bumi malaya. Aku paham. Tapi nama tu tak rock la bro. Dan jgn risau, org melayu sejati takkan brani gi dekat kandang babi la

3. Tapi bila media malaysia guna istilah H1N1, kita pon turut terikut pakai. Dan bila media dok sebok2 cerita pasal sorang-sorang meninggal pasal selama babi ni, maka kita pon turut terpengaruh dan terpedaya denagn dakyah2 palsu ttg selsema babi ini.

4. At the moment of this writing, dah 59 org malaysia yang kene selsema babi telah gol dan org2 yg jahil akan berkata
" eh bang ensem, selsema biasa tak bunuh org pon, tapi selsema ni boleh membunuh. Jadi TAK hensem lah abang ni bila abang tulis dlm blog seolah2 selsema ni tak bahaya"


5. Ketahuilah (check it out here and here), selsema "BIASA" adalah one of the leading cause of death in the world. SETIAP TAHUN 5-15% drpd manusia di atas dunia ni kene selsema biasa dan 3-5 juta drpd mereka akan kene jangkitan yg teruk. Out of that, 250, 000-500, 000 akan kembali ke rahmatullah EVERY YEAR.

6. Sekarang ni (at the moment of writing from Wiki), selsema BABI telah membunuh 2229 org je di seluruh dunia. Jadi rileks la bro. Apa mau kecoh2. Tengok Ostolia dah 109 org gol, takde heboh pon. Infected no is 28 987 org versus Malaysian cinonet 2253 ketul. Lebih dari 10 kali ganda. Ozzy ni ranking no dua, "countries with most confirmed cases per capita in the world". Ada kes face mask naik harga atau habis di kedai kat sini ke? Satu haram tak de.

Balak ni memang la bodoh dan jahil!! Kalaulah aku, aku dah bagi awek tu topeng mulut aku tu. Gentleman la cikit. Pastu aku mintak no phone jadi senang la aku nak call ke SMS ke britau bila stock topeng baru dah sampai. Tapi lagi la sempoi kalau awek tu bagik adress dia dan emak dia , so senang untuk aku deliver anytaim dan sambil2 tu boleh lah kenal jalan ke rumah mak pak dia buatnya kalau aku nak hantar rombongan meminang nanti. Bukan setakat penutup mulut je aku boleh bagi, bantuan pernafasan mulut ke mulut pon aku boleh bagi, sekiranya di perlukan. Maklumlah, ikut semangat 1malaysia dari PM kita yg tercinta no 1224 juta perenggan C, , kita hendaklah prihatin terhadap kesejahteraan hidup sesama warganegara kita. We lap U najip!!

7. Ozzy tak kepoh sebab depa tak jahil. Mat salleh membaca dan berfikir, bukannya mcam kita...eh silap engkorang! Depa tau selsema babi tu macam selsema biasa je. Both can kill but only kalau ada faktor2 merbahaya seperti kanak2, penyakit2 kronik mcam asma, sweet urine and tall blood. Kalau kau sehat wal ketupat liat, korang tak payah lah risau2.

8. Untuk org2 yg lembap, ginilah senang citer. Selsema babi ni ibarat "memandu kereta laju gila babi" la. Adakah ia boleh membunuh kita? TIDAK!! Buktinya tengok Shumacher, Alex Yong dan sapa entah yg bawak keta 120 masa kabus tebal visibility 5 metre di malam hari sewaktu pegi melben cup aritu, tak mati pon. Tapi kalau kau bawak keta laju gila babi DAN cium buntut lori, bantai rusuk kangaroo, sauk tiang lampu, makan jalan sebelah sampai badan terbelah dua, perut bocor terkeluar usus berjela-jela atau kepala terpenggal sebab putus bila kena cermin kereta sewaktu kau tercampak keluar dari kereta sebab tak pakai seat belt......Yes itu baru bole mati.

9. Jadi...ehh apa point aku yer..alamak, baca balik no 7 tu la senang citer. So kene ade faktor lain2 baru boleh mati okay! Jadi kalau kau memang dah tak sihat dan berpenyakit, bawak2 la ngucap dan tobat banyak2 kalau kena selsema babi atau tidak babi. Untuk org yg sihat pon, tak rugi seposen pon untuk betobat dan ngucap banyak2 gak.

10. Jadi korang rakyat malaysia toksah la kalut2 nak tau kat maner hotspot infection la (stupid shit!), suruh kerajaan kontrol harga penutup mulut la, nak tutup sekolah atau uni dan order beribu2 studemt balik hanya di sebabkan dua tiga kerat infected (suruh budak tu la yg balik bahlul!), kansel travel ke obersea untuk interbiu student2 petronas sebab org2 petronas takut kene swine flu kat ostolia dan mati sedangkan di malaysia pon boleh kene swine flu la bro...lu tak baca paper ke...Aku inggatkan org petronas ni pandai2??

11. Apa yg org malaysia sepatutnya concerned ialah 59 org yang akan mati tiap minggu pada bulan depan masa org balik raya nanti. Inilaj masalah kronik negara kita year after year yang sepatutnya diberikan perhatian.

12. Itulah sahaja kemerepakan aku pada kali ini. Tapi satu soaln untuk korang budak bijak pandai pikir sket. Mengapakah ozzy nyer case dekat 10 kali ganda drpd malaysia (check no 9) tapi mortality rate/kadar kematian hanyalah 1 kali ganda malaysia sahaja (59 vs 109......hmm...
Cuak tak..muahhahahhaha.....uhuk uhuk.....

sekian, makasaih, wassalam

p/s: tenkiu Utsman MadMike for ponting to me the "hotspot" on fesbuk....baru gua prasan lekuknya.

Thursday, August 13, 2009

KASTEMER2 SEMUA SILA AMBIL PERHATIAN.......

Salam,


Sekian, terimakasih , wassalam.

Wednesday, August 5, 2009

Balik Kawin!!

Salam,
1. Besok iA aku balik malaysia untuk gi kawin adik aku. Aku tak balik masa abang dan adik aku kawin aritu. Jadi Mak aku telah menghint2kan supaya aku balik, so aku pon selaku anak mak, terpaksa lah balik.

2. Lagipon inilah chan untuk aku jumpa balik sanak saudara aku yg telah lama ku abaikan. Aku rasa dah dekat 10 tahun kot aku tak jumpa nenek aku. Last tepon dia pon mungkin setahun setengah yg lepas, itupon setelah di paksa oleh mak dan bini aku. Gile aku ni cucu yg kejam!!

3. Lagi baeek, ada sepupu2 aku yg aku tak pernah jumpe lebih dari 15 tahun dah. Ntah camne la rupenya diaorng ni. Penting sebenarnya bende ni. Ntah2 silap aribulan, diaorang datang stadi sini dan aku "termengurat" kang, sapa yg susah?

4. Aku tau mesti ada di antara korang budak2 kocik yg baca bende ni dok terpikirr, biar benar dah berbelas-belas taun tak jumpe sedara mara? Berapa sebenarnya umur abang mangkuk ni? Saya tenggok abang mangkuk masih tetap macho, hensem dan bergetah je sekarang ni?

5. Cakap pasal masih bergetah ni, aku balik kali ni solo. Jadi ini sudah chan baik. Line clear.

6. Untuk awek2 yg rindukan aku, jgn khuwatir. Kepulangan ku hanya untuk 2 hari sahaja. Kerana pada ahad ni, aku ada urusan yg lagi penting drpd keluarga. Aku akan mengembeleng tenaga bertornament futsal di Adeled. Yeaaa..

7. Tapi..one thing. Aku sekarang ni tetiba plak sakit tekak! Jadi silap aribulan aku boleh kene kuarantin di sepital melaysia. Alamak. Camne ni.

8. Ahh!! Persetan itu semua. Aku nak balik gak. Kalaulah aku kene kuarantin, aku akan bajet2 dekat ngan taim flight aku balik sini dan aku akan menyelinap keluar dari sepital untuk ke airport dan fly balik sinni. What is the worst thing that can happen? Mesti masuk metro

"Pengusaha restoran swinging bowl dari australia telah meloloskan diri sewaktu di kuarantin di sepital sungai buloh pagi tadi. Usaha mengesan beliau sedang giat di lakukan oleh pihak berkuasa. Pesakit di katakan seorang yang macho, hensem dan bergetah. Sesiapa yang melihat beliau, silalah hubungi saya, Cik Rozita Che Wan di talian bernombor 012345678, kerana saya ingin melutut merayu kpd beliau untuk segera mengperisterikan saya. Sekian, terima kasih dan wassalam"

Monday, August 3, 2009

Mengapakah berita2 di Australia bodoh macam cipan? Kesian cipan tak pasal2 jadi ikon atau mascot kebodohan? Apa salahku kata si cipan!!

Salam,

1. Maafkan daku cipan.

2. Berita Ozzy ni bodoh! Sudah tiada di dalm memoriku bila last sekali aku tengok warta berita ozzy. Last sekali aku tengok berita adalh kira-kira 3 bulan lepas......di Malaysia.......sebab nak usha pembaca berita mana yg cun. Yes, berita maikel jekson ninggal pon aku denagr dlm radio dan bca internet je. Malas aku tengok Tv. Tak de bertambah ilmu aku sikit pon compare to the knowledge from wiki. Me laiki wiki!!

3. Kalaulah aku rajin, lepas baca BH, Utusan, metro, kosmo dan star, baru lah aku bukak goggle news Australia. Usha2 headline je. Berita2 tu tak payah baca. Aku tau dah ceritanya.

4. Seriesly, berita ozzy sudah tidak mengujakan aku. Isu2 yg sama sejak zaman pak kadok dok ulang2 sampai muntah2 aku dok baca. Pasal tax ni naik, tax ni turun, skandal politician (sekadar taik idung compare to malaysia), penyalahgunaan wang kerajaan (wang yg di songlap oleh mane2 politician malaysia yg glamer (tak leh sebut nanti abang ISA panggil aku) lagi banyak dari wang yg di songlap ozzy sejak azali hingga ke tahun 2034), bank interest turun/naik, bank fees, pooty, pooty, pooty, pooty, pooty.

5. Seriesly, kalau aku tak follow berita ozzy ni, besok aku takkan mampus iA, tahun depan pon tak iA, next year pon tak iA, next next year pon tak iA. Isu2 kat ozzy ni samada tak effect aku ataupun kalau effect aku pon takde ape aku boleh buat. Aku bukannya boleh ngundi kat sini pon. Tapi tak kisah pon. Biasanya omputih ni bila buat keputusan tu, biasanya waras dan cun je. Depa tak buat kerje gila macam orang malaysia!!

6. Cuba kau buat donno dengan berita malaysia. Bila kau balik malaysia nanti baru, ehh!! sejak bila ade smart passport, my Kad, Touch n Go, LCCT, PPSMI, HENSEM GILE AZAM, PKPLN, 1Malaysia, SPRM, Puteri UMNO dan mana pegi Islam Hadhari, 4U2C dan Sammy Vellu?". Silap aribulan celik mata besok, PM kita bukan org bumiputra dah. Baru korang terkincit.

7. Isu2 di ozzy ni isu2 lekeh. Tenggok la headline the advertiser arini "Dead Sea" pasal air takde. Cerita lain? Ute-gate? Kyle Sandilands kene buang? Fatal $10 dare? Babysitter bunuh toddler? Pooty pooty pooty pooty! WOW!! Babi gila lagi best!

8. Tenggok headline Malaysia. ISA, bodek bini gedempol, keris kontot membodek, teater pon sempat bodek, 1Malaysia, 1Malaysia, 1Malaysia, 1Malaysia, 1Malaysia, 1Malaysia, hadhari...ehh silap 1Malaysia, 1Malaysia, 1Malaysia. ehh macam boring gak kan?

9. Tapi sebenarnya, disebalik racun2 otak yang ditaburkan wartawan2 pembodek, banyak berita2 hal ehwal rakyat yg dilaporkan mcam kes buang anak, rogol, rempit, ragut dan sebagainya.

10. Tapi di ozzy ni lain la plak storinya. The Australian je yg betul2 paper national. Lain 2 state memapunyai paper2 mereka tersendiri sebab assobiyyah kenegerian mereka, masyaAllah lagi hebat dari kami ore2 kelate.. Malangnya bagi kita di South Ozzy ni, kita dapat "The Advertiser" sahaja.

11. Aku tak tau la samada korang perasan dak, bila korang belek2 Advertiser tu, berapa banyak kandungan akbar tu adalh "berita" sebenarnya? "Berita" tu maksud aku adalh bende yg berlaku semalam yang relevan dan penting untuk di laporkan kepada umum secepat mungkin. Kalau kau tolak world news section yg ada 2 pages tu, aku rasa mungkin 5 % je adah berita dan 80% drp berita tu adalh pasal pooty.

12. Yang lain2 adalh crap rencana/article pasal sapekejadah kene kanser la, kommunity isu pekebende lah, hero mane yg selamatkan anak kucing terbakar la, etc yg klau report ari ni ke, besok, tulat, tungging ke, takde ape beza pon. Contohnya cuba tenggok headline mukadepan arini. Punya la loser. Pasal "Dead Sea" ni tahun depan report pon tak pe.

13. Dan banyak "rencana2/article2" yang di muatkan di dalm Advertiser ni adalh barang2 recycled dari konco2 suratkabar lain yg turut di punyai oleh Rupert Murdoch. Aku pernah pegi melben dan baca paper sana, pastu biler aku balik adelded, aku jumpa artickle yg sama sebijik sebijon di tempel dalam Advertiser. Malu la sikit bro..

14. Masa aku muda2 dulu (last week), masa flight from adeled-KL aku pernah terdengar sorang mamat malaysia ni yg perasan mat salleh habis la, dok baca advertiser sambil borak2 ngan mat salleh seblah dia yg dok baca NST kot. Diaorang ni bukan kawan-kawan, masing2 stranger. Sekali dia cakap ke mat salleh tu
"I like the Advertiserrr. It is the best paperrr in the worlddd!"
mat salleh tu jawap
" ohh reallyy..hmmm"
That's the last sentence I heard from them that night.

15. Even mat salleh pon tau Advertiser is shit. Sorang mat salleh pernah britau kawan aku, "Advertiser is only slightly better than toilet paper". Occasionally u can read it, but most of the time just wipe your ass with it.

16. But like I said. Mat salleh ni pandai dan waras. Depa tak gi ngamuk tunjuk perasaan nak paper lagi classy dari "the tiser" pon. Sebab depa tau depa tak de berita best pon. So what better ways to report shitty news if not from a shitty newspaper?

Sekian, mekasih, wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails