Salam,
1. Besok iA aku balik malaysia untuk gi kawin adik aku. Aku tak balik masa abang dan adik aku kawin aritu. Jadi Mak aku telah menghint2kan supaya aku balik, so aku pon selaku anak mak, terpaksa lah balik.
2. Lagipon inilah chan untuk aku jumpa balik sanak saudara aku yg telah lama ku abaikan. Aku rasa dah dekat 10 tahun kot aku tak jumpa nenek aku. Last tepon dia pon mungkin setahun setengah yg lepas, itupon setelah di paksa oleh mak dan bini aku. Gile aku ni cucu yg kejam!!
3. Lagi baeek, ada sepupu2 aku yg aku tak pernah jumpe lebih dari 15 tahun dah. Ntah camne la rupenya diaorng ni. Penting sebenarnya bende ni. Ntah2 silap aribulan, diaorang datang stadi sini dan aku "termengurat" kang, sapa yg susah?
4. Aku tau mesti ada di antara korang budak2 kocik yg baca bende ni dok terpikirr, biar benar dah berbelas-belas taun tak jumpe sedara mara? Berapa sebenarnya umur abang mangkuk ni? Saya tenggok abang mangkuk masih tetap macho, hensem dan bergetah je sekarang ni?
5. Cakap pasal masih bergetah ni, aku balik kali ni solo. Jadi ini sudah chan baik. Line clear.
6. Untuk awek2 yg rindukan aku, jgn khuwatir. Kepulangan ku hanya untuk 2 hari sahaja. Kerana pada ahad ni, aku ada urusan yg lagi penting drpd keluarga. Aku akan mengembeleng tenaga bertornament futsal di Adeled. Yeaaa..
7. Tapi..one thing. Aku sekarang ni tetiba plak sakit tekak! Jadi silap aribulan aku boleh kene kuarantin di sepital melaysia. Alamak. Camne ni.
8. Ahh!! Persetan itu semua. Aku nak balik gak. Kalaulah aku kene kuarantin, aku akan bajet2 dekat ngan taim flight aku balik sini dan aku akan menyelinap keluar dari sepital untuk ke airport dan fly balik sinni. What is the worst thing that can happen? Mesti masuk metro
"Pengusaha restoran swinging bowl dari australia telah meloloskan diri sewaktu di kuarantin di sepital sungai buloh pagi tadi. Usaha mengesan beliau sedang giat di lakukan oleh pihak berkuasa. Pesakit di katakan seorang yang macho, hensem dan bergetah. Sesiapa yang melihat beliau, silalah hubungi saya, Cik Rozita Che Wan di talian bernombor 012345678, kerana saya ingin melutut merayu kpd beliau untuk segera mengperisterikan saya. Sekian, terima kasih dan wassalam"
4 comments:
lalu kuranglah sorg pencabar aku utk MVP tournament kali nih
takpe, dia tembak radar scanner tuh kat muka je kat KLIA.. nak check suhu badan. kalau merah, tandanya panas (akan ada reading suhu)..
so, bak kata bapak aku: "banyak2 kan lah makan ais, atau gula2 mint before lalu pengimbas tuh"..
but jangan risau, pengimbas tuh senang nak nampak, so, senang la kalau kau nak lari gi toilet, turunkan suhu muka kat toilet..
lagipun, misi2 tuh semua kalau kau kata kau dari Adelaide, bukan Melbourne, senang je lepas..
:)
huhu: Most "Very" Prone to injury award ke? Takpe la. Amik la kau sorang
maer: So atas nasihat anda, maka besok aku akan naik kapal terbang pakai cawat tanpa spende. Kat atas aku pakai pushup bra je cukupla kot. Baru bole menten turun body temperature.
balik cepat-cepat, kami memerlukan dikau buah hati pengarang jantung, lol.
Post a Comment