Sunday, October 11, 2009

Bagan Pinang di belah dua............

makbul doanya....Alhamdullilah..
Salam,

1. Seperti yg di jangkakan semua org, BN menang di DUN Bagan Pinang. At last, lepas berape kali kalah lam PRK (pilihanraya kecil) ntah. Menang besar dgn majoriti bertambah plak tuh 5435 (dulu 2333)

2. So standby lah semua org dengan berita-berita yang akan datang mencurah2 dari langit seolah2 hujan di musim tengkujuh. Berita pasal kemenangan ini akan di ulas, di kupas, di tetas berbulan-bulan atau bertahun2, kecualilah kalau ade lagi wakil rakyat yg gol lepas ni (tunggulah minggu depan..)

3. Segala kekalahan demi kekalahan di PRK yg dulu, akan di ketepikan. Inilah sebenarnya keputusan yg mencerminkan pendirian rakyat sebenarnya. Yang mengyuarakan isihati orang Melayu. Yang mengambarkan pilihan rakyat Malaysia pada ketika ini. Keputusan yang dahulu tu semua sudah tak boleh di pakai. Itu cerita lama katanya. Sekarang ini, pada ketika ini, SEMUA rakyat malaysia telah menerima sebulat hati gagasan BN yg berprinsipkan 1Malaysia dan menolak pakatan pembangkang buat selama-lamanya.

4. Sekarang ni dah pukul 1115 mlm di Ozzy, atau 945 mlm di Malaysia. Di Utusan dan BH dan keluar berita pasal kemenangan BN. Kalu lah BN kalah, pukul 12 tgh malam ke atas , bila org semua dah tido, baru masuk lam berite online. Itu pon sebaris je. Kalau aku usha dlam bernama/Utusan/Berita takde keputusan by pukul 10 malam Msia time, aku dah tau pembangkang mesti menang punya.

5. Sebaliknya, media di pihak pembangkang umumnya dan pihak PAS khasnya, akan merepek2 pula pasal campurtangan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), ketelusan undi Pos tentera di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di PD sebanyak 4571 undian, ke-berat-sebelahan pihak media perdana yg mengfitnah PAS sebauh parti politik yg ganas atau pengundi PAS semuanya dah mati di tetak oleh penyokong BN dgn pedang samurai.

6. Pihak PAS patut sedar, jika sekiranya SPR itu benar 100% telus, undi Pos itu tiada, media pulak neutral dan penyokong PAS tak mati kene tetak ngan pedang samurai sebab dapat tangkal kebal dari Tuan Guru, PAS TAKKAN MENANG JUGAK PON!!

7. Kaedah mudah untuk kira. 5435 majoriti kemenangan MINUS 4571 undi pos EQUAL TO 864 majority win by BN. Memang org Bagan Pinang tolak PAS. So toksah bising2 la pasal isu tu.

8. PAS kene terima hakikat, mereka hanyalah boleh cuba untuk berkempen. yang menentukan kemenagan ialah Allah. Mereka nak buat camner kalau Allah dah takdirkan org Bagan Serai khas atau org NSembilan amnya, semuanya buta hati tak nampak ke-korupsi-an BN.

9. Mereka tak nampak camner BN begitu ketandusan pemimpin yg berwibawa sehinggakan pemimpin yg tercemar pon mereka jadikan calon. Tengoklah calon BN di permatang pasir, di KT etc.

Eden ucapkan trimaa kasseyyyyyy kpd oghang bagan pinang!!

10. Memang benar Isa Samad telah di hukum dan dia menerima hukumanya dengan tenang hati. Tapi sudikah korang meletak anak dara/mak we/bini korang serumah dengan seorang perogol yang telah menjalani hukuman penjara dan hukuman sebat dengan hati yg tenang juga? Perogol tu pon dah di lepaskan dan selayaknya mendapat kepercayaan orang ramai.

11. Kenape nak letak anak/awek/bini dgn perogol sedangkan org lain pon ader. Eh silap...bekas perogol. Kenape lah nak letak Isa Samad juga. Kalaulah Isa Samad tu calon yg terbaik, camner lah rupenyer calon2 lain yg di reject ye tak? Tiadakah decent people in UMNO selepas pemergian Imam Hadhari mereka?

12. Tapi bak kata aku tadi, nak buat camner org NS bodoh tak reti internet....ehh ye ke aku cakap gitu.....jap aku check. Ehh bukanlah..."buta hati" lah.

Sekian, teriymakasey, wassalam.

p/s supremo bloggo go extreme no 12

5 comments:

ihsan_huhu said...

btol2. nampakya Bn berjaya mengambil pengajaran daripada kekalahan terdahulu. bak kata pepatah, hero kalah dulu.

tahniah kpd tan sri isa samad. makan rasuah pon boleh dpt tan sri, or should i say makan rasuah baru boleh dpt tan sri?

maer wan said...

Thanks for the doa tuan guru tuh.. hahaha..

Weh, kalau ye pun nak kutuk sebab PAS tak menang, jangan le sampai kata org NS buat hati..!

OK apa, kira dia dapat second chance apa..? Afterall, dia kena dgn Komiti UMNO, takde la sampai kena kat mahkamah macam brader Nuar sorang tuh. Oh lupa, mahkamah tak adil.. kan?

Bila menang kes kat mahkamah, baru la adil. Ptuih!

Sama je dua2 tuh. But org NS takmo PAS menang sebab apa yg diaorg boley buat pun? Kalau menang pun, bukannya boleh PAS memerintah. Now, 10 DUN seats kat DAP, 1 je kat PAS NS. In the end, jadi macam kat Selangor je kalau bagi menang pun.. Koman2 pun, oghang nogoghi den dah pikir panjang sobab kalau PAS yang monang, nanti DAP yo yang pogang kuaso. Buang bogheh yo.

Anyway, aku dah ulas secara agak terperinci kat blog aku pasal keputusan tu. Dah memang agak dah Isa tuh akan menang, ramai yang agak. But still, berita2 poyo yang meloyakan akan tetap buat aku muntah gak la lepas nih.

mangkuk statik said...

huhu:mane ada rasuah2 dah huhu. kan Pak hadhari dah bersihkan dan samakkan ahli2 umno dari gejala negatif tersebut. Tak 1malaysia lah komen kau tuh.....mauhahahhaha

maer: Baguslah kalau DAP perintah nogori. Aku nak tenguk samada Yamtuan besar NS ader teloq untuk tak melantik MB DAP macam Sulatan Perak....
Ke Sultan NS boleh di beli....dengar2 cerite begitulah...
muahhahahhahahah

maer wan said...

Buat apa lantik DAP jadi MB?

Anyway, Yamtuan memang bangang la kalau biarkan diri dia dibeli, sebab NS punya royalty bukan macam negeri lain, ie. jawatan Yamtuan tak semestinya turun ke anak dia.

Disebabkan dalam pemilihan Yamtuan pun ada demokrasi utk orang NS, sebab tuh Yamtuan tak berani buat keje giler, sebab nanti anak2 dan cucu dia melepas chance. Negeri lain? Aku no comment la..

Susunan demokrasi royalty NS (secara ringkas la):
Rakyat pilih buapak (ketua adat),
ketua adat pilih orang atas dia (apa ntah nama?),
orang atas dia pilih Undang yang Empat,
Undang yang Empat pilih Yamtuan.

So, secara ringkasnya, takde la hereditary.. So, tak timbul isu, Yamtuan nak senang2 buat keje giler/pelik (eg. kawen org seberang yg kemudian buat hal), sebab nanti dia and family tak merasa la berada kat tampu kuasa tu..

:)

aLiph aL Turkistani said...

Assalamualaikum..

Dear respected elders and brothers whom especially living close to Broadview and every single muslim in Adelaide, regardless what nationality, background, colour, language spoken, as long as you are muslim, You are invited to sit in a gathering of taalim(teaching) wa(and) taalum(learning).

Taalim : Syarah of Ahadith in Riyadhul Solihin Imam An-Nawawi
Conducted : Syeikh Ibn Wasif Al Lebani
Date : Friday, 16th October 2009
Time : 7.30pm
Vanue : 1 Maple street, Broadview

Targhib al-quran: Say to them: Can those who have knowledge of Deen and those who do not have knowledge of Deen be equal? (Az-ZUmar 39:9)
Targhib ahadith : Abu Said Al Khudri RA narrates that Rasulullah SAW said : A believer's thirst for knowledge is never quenched. He continues to hear and learn until he enters Paradise. (Tirmidhi)

*nnt aku try wt lg skali hari sabtu..sbb rmi gk mntk hr sabtu..bg mase aku pujuk syeikh haitham..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails