Friday, November 6, 2009

6 Senjata Merbahaya yg akan di Bawa oleh Kelantan ke Final Piala Malaysia malam ni.

Trilogi of pre-match Piala Malaysia post
first: tengok utube lagu best giler
sekend: mat salleh pon cuak kat penyokong Kelate
third: yg ni la..Senjata Kelantan


Salam,

1. Sebagai langkah keselamatan, Polis dah banned 6 barang yg tak leh masuk stadium. Barang2 tersebut, according to Utusan ialah 1.bahan letupan, 2.senjata berbahaya, 3.payung, 4.topi keledar, 5. botol dan tin minuman, 6.kiub ais serta 7.wisel.

2. Aik?? Kenapa ada 7 barang plak? Sejak biler plak wisel boleh membunuh? Ais la korang yg gi stadium malam ni minum air panas sebab ais pon tak leh masuk.

3. Jadi kpd sesape yg ada pisau, pedang samurai, bintang ninja, nunchaku, batang besi, hand-grande, senapang gajah, mesingan, kapak siam dan pisau potongbabi, tolonglah jgn bawak masuk staduim . Simpan semuanya dalam kereta. Bila gocoh start, baru kito gi amik dale kereto. Orait!!
Omak engkau!!!
4. Tapi tanpa barangan terlarang tersebut, kelantan tak risau pon jumpa N9 malam ni sebab kami akan bawak 6 Senjata Rahsia yg polis tak boleh halang kami bawak masuk dalam stadium pon.

Senjata Pertama: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Baru keluar IJN pagi tadi kalau tak silap. Kalau N9 nak hantar MB dia atau Isa Samad.......pocah purut den!!

Senjata Kedua: Lidah dan Bibir kami. Yang tak kering2 bertakbir ikut pesan tok Guru.

Senjata Ketiga: Lighter. Boleh bakar kerusi, sumbu mercun dan trak polis. Kalu abis, boleh tuju kat penyokong N9.

Senjata keEmpat: Budu. Kalau ikut arahan yg di keluarkan Polis, botol yg tidak dibenarkan masuk stadium ialah "botol minuman". Jadi bolehlah kita puok2 Kelate bawak masuk budu, sebab "budu bukannya minuman". Kalu Polis mintak, bagi kat dia suruh dia acu try minum tengok! (warning; siapkan budu spare sebab kalu polis tu ore kelate, dio mungkin pau sebotol....takdo hal..Set2 kito jugok!!). Pekong kak penyokong N9 sedak nih. Doh lah sakik keno pekong, bade penuh budu pulok tuh! Wakakakkaka.
Pilot kamikaze yg akan jatuhkan bom budu ke atas section penyokong N9. Kalu pilot ni mati kito ore2 Kelate tok soh bersedeh. Dio ore luar pong!!
Senjata keLima: Artis Janda. Pihak polis langsung tak boleh melarang kami bawak masuk artis janda ke dalam stadium. Polis hanya boleh stop kejap kat gate untuk amik autugraph, amik gamabr dan mungkin kalau tetiba rajin, check body untuk senjata2 merbahaya. Kita boleh letak artis2 janda kat satu section, dan suruh diaorang dok bersimpuh elok2 dan kontrol ayu masing2 sambil main dgn anak 2 mareka. Irresistable....utk pemain N9.
kryptonite untuk lelaki....

Woi!!! Yg ni simpan kat rumah. Jgn bawak ke stadium. Aku dah booking!!

Senjata keEnam: Ialah senjata paling ampuh. Senjata yg tak payah bawak masuk stadium pon. Senjata ini ialah DOA. Doa supaya Kelantan menang. Doa pemain2 kelantan. Doa penyokong2 kelantan. Doa Polis/FRU/Bomba yg bajet kalau Kelantan menang, balik rumah pukul 12 tghmalam, tapi kalau kelantan kalah, balik rumah 12 tengahari besok.......kot. Doa anak bini tersayang mereka supaya suami2 mereka tak mati terbunuh malam nanti dan selamat pulang ke rumah. Doa Referee malam ni, supaya tak di sula kalau Kelantan kalah. Dan lastly doa drp Datuk Seri Najib. 1Pm 1malaysia kita, supaya Kelantan memang sebab kalau Kelantan kalah dan org2 kelantan ngamuk, malu besarlah dia seba imej negara yg tercalar...
Amin..

5. Jadi camner la N9 nak menang malam ni. Satu Malaya tak bekap diaorang untuk menang pon. Serrender ajolah Jang!!!!

Sekian TerryMaKacey, wassalam

p/s: credit to Ringgo for the pictures.

10 comments:

Anonymous said...

apesal guna gmbar sama jek..bosaaannn

ihsan_huhu said...

gle r n9 pon power... ade rita rudaini tuuh!

guntheringgo said...

opocot mak lu!tersedok teman bile bace senjate ke-5:artis jande.ape ke hey nyer yeoppp..macam mane hentah la boleh jadi senjata bagi pasukan kelantan tu teman pun konpius.ilang build up karangan yg bagi teman dah nak sampai klimax dah tadi, namun zasss.anti-klimaks!

oh btw.mane yeop ma'e yg slalu ngomen blog miker ni?udah takut ke?muahaha.

mangkuk statik said...

anaon: sak mai kok la. mauahhahah.Sama ngan fesbuk tapi belum masuk blog lagila! Aku maleh nak carik lain. Bukan dapat pitis pong

huhu: janda untuk yg lain2 la kan. Aku bajet ramai yg jeles kat mamat tuh dalm team n9 tu.

mangkuk statik said...

gunther: maer tgh stadi tu. belum perasan blog ni lagi. Kang dia naik minyaklah sebelum game nanti.

maer wan said...

aku saje je simpan.. berapa NS menang?

3-0? ye ke? or lebih? aku dengar2 kat minit 75 je..

tak tau la if bolos lagi lepas tuh..

mangkuk statik said...

maer: tok guru dah pesan, kita sesama ISlam kenalah berbuat baik sesama sendiri. Sebab tu la Kelantan "buat2" kalah sebab nak menghadiah kan kemenangan kpd n9.

maer wan said...

:)

:)

:)

tiga kali senyuman..

FakirFikir said...

Ulas sikit Hasbullah Azam - apasal kena 3-1 ni. Adakah kerana pemain N9 terlebih makan masaok lomak?, atau pemain Kelantan kelicinan budu???

Dr. Bentara said...

menang kalah perkara ke-19, yang penting ada riot, hura hara dan gocoh2... dan memang ada pun! Tahniah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails