1. Aritu aku gedik2 check Alexa rank aku. Ni adalah salah satu ranking popularity website kat internet la konon. Ranking aku adalah no: 7,459,808.

2. Hek eleh! Aku tak heran pon. Aku tak payah check pon dah tahu. No satu Google, No 2 Fesbuk. Pastu Twitter. Pastu semua bawah2 tu konfem semuannya porn sampailah ke site no 7,459,807.
3. Jadi kira2nya, blog aku adalah website sopan paling popular selepas Gugel, Fesbuk dan Twitter. Syabas!l Syabas! Clap! Clap! Clap! Slap!
4. Jadi siapakah pencinta2 ilmiah yang selalu singgah blog aku ini untuk menghirup ilmu aku barang secangkir dua? Mari kita tengok Top Queries...

6. Tapi sapa "Ahmad" yang perkasa? Dan sejak bila plak aku jual pill Vimax/pill jantan? Aku mana main pill2 ni. Aku adalah jantan sejati yg tidak memerlukan sebarang pertolongan kot (ehems).......biasanya.

7. Jadi terima kasih kpd anda semua yg sudi singgah ataupun yang "tertipu" langsung "tersinggah" blog ini selepas searching "nescafe mengecilkan payudara", "skandal bini" dan "bra". Di harapkan isi2 blog ini dapat memenuhi citarasa2 normal dan citarasa2 horny anda secukupnya.
Sekian, mekasey, wassalam.
2 comments:
ahmad is a legend
Kekeke. Ok la tu. Ada orang dapat lagi pelik2
Post a Comment