Tuesday, November 22, 2011

Ong Kim Swee Yang Buat Taik, Fakri Saarani Plak Yang Dapat Busuk

Gambar di cilox drp fesbuk "Kami peminat setia - Ahmad Fakri Saarani" (sumber)

Salam,

1. Bilakah kau tahu kau kene stop dah kutuk seseorang itu. Apabila semakin ramai orang kata "Udah2lah kacau budak tu! Kesian kat dia". Umpama kau kutuk budak2 OKU masa kat sekolah dulu. Mula2 tu kau rasa kelakar gila. Tapi lama2 timbul rasa kesihan kan?

2. Bro. Aku pon adalh salah sorang daripad 27 juta rakyat Malaysia yang maki hamun pemain OKU kita, Fuckri Saarani sejak dua tiga hari ni.

3. Fakri Saarani mmg ......
a. emo,
b. poyo.
c. kerek
d. gabrak di depan gol,
e. bolot tanak passing member
f. kaki pengkang skor tak reti,
g. positioning entah hapa2, kau striker dok depan lah, jgn pegi pasar!
h. kepala empat segi nak heading pon tak boleh
i. mata buta abis semua team mates pon dia nak sapu!

4. Tapi kita kena acknowledge yang dia mmg kuat, rajin berlari satu padang, stamina kuda, bersemangat dan tak reti mengalah. Sebab itulah dia terpilih main untuk Malaysia kot.

5. Dan kalau aku nak carik geng nak langgar area Petaling Street pon, dia akan termasuk di dlam kesebelasan utama aku jugak. Mamat ni kerje dia asyik sapu orang jer. Berapa orang dia dah "cium" semalam.

6. Korang semua kene paham. Dia di lahirkan di Kelantan, tapi di besarkan di Perak dan main untuk Perak, Perlis, pastu untuk Negeri Sembilan (sumber). Jadi segala kebaikan yg ada pada dia, datangnya drpd Kelantan. Tapi yang lain2 ciri2 yg taleh pakai tu dia pikap dari negeri2 lain rasa2nya. Hahahha (Gomo Kelate Gomo!!! Just joking......but seriously think about it....haha)

7. Anyway, kita kene ingat, di dalam mana2 team, tak kira camne terer or in this case camne bangangnyer player itu, yang menentukan dia main ataupun tidak hanyalah coach. Kalau coach kata NO, player tak boleh buat apa2 pon ........... kecualilah kalau dia kenal Sultan Pahang!

8. Jadi sebenarnya Ong Kim Swee lah yang buat taik kalau nak kira! Dah tau Fakri main cam palat, yang dia pegi pilih jugak tu ape cer? Siap main full time! Tak kene sub! Siap kasi ambik penalti lagi! Lu gila ka Ong? Berapa bookie sudah bayar lu? Nasib baik la cina sorang lagi dlm team kita ada Ong. Khairul Fahmi Apeks!

9. Tapi kalau kau tanya Ong Kim Swee, aku gerenti dia akan cakap
"Wa tau Fakri tidak besalah. Ini semua wa punya taik. Tapi ini taik wa boleh bikin hari2 takdehal punya lah. Wa langsung tidak menyesal. Wa bangga dengan taik wa. Satu Malaysia kene tahu, Inilah taik yang terbaik wa boleh bikin bedasarkan the......errr...circumstances"

10. Apakah circumstances itu?

11. Sebenarnya ramai di antara rakyat Malaysia yang tak paham. Kita sejak dari semifinal lagi main tak cukup orang. Ramai key player yang injured. Tu yang agak hampeh taim game semi lawan Myanmar aritu.

12. Taim final plak kita takde, Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan and midfielder Wan Zaharulnisam Wan Zakaria. Wan Zack Haikal dah lama gone. Jadi sapa lagi striker kita yang tinggal? Sapa? Sapa? Sapaaaa??

13. Jadi nak tanak Ong Kim Swee kene pakai Fakri! He got no choice. Dah takde orang lain.

14. Kau tengok camne Fakri berkerje kuat semalam. Dia lari tak henti2. Kau tengok camner Thamil Arasu dan Guru pon pancit! So walaupun Fakri mmg terang2 main macam bengong, tapi sebab dah takde orang, dia tidak di-sub-kan. During second half, bila Ong Kim Swee nampak Fakri macam lost confidence dan mid pon dah pancit, dia ubah posisi Fakri main mid plak.

15. That is the best yang Ong Kim Swee can do. Aku rasa fakri pon tahu dia main macam shit dan kalau boleh nak org lain ganti dia. But he got no choice. Aku agree dengan decision Ong Kim Swee sepenuhnya di sini.

16. Tapi aku tak sokong Ong Kim Swee pick Fakri Shaarani untuk ambik penalti kick. Mamat tu tengah down kot, kau janganlah kasi dia ambik penalti! Gila ke? Dia langsung takde konfiden semalam!

17. Anywho, everybody have done well during this tournamnet. Gameplay masa final tu was excellent cuma finishing je takde. Kalau semua first eleven kita main, sayur lah Indon malam tu. Kita menang 3-1, 4-1 gitu kot. Berbaloi korang gi Slovakia.

18. Congratulasi kpd semua. Tq Ong Kim Swee. Tq Apex. Tq Badrul Bakhtiar. Dan Tq Fakri, you have done your best. Semoga improve in the future.

19. Now the headache lawan Syria plak besok. Sapa yang boleh main? Fakri konfem dah. Kepada Ong Kim Swee, nah ambik no ni 0402 342 684. Ehh, jangan lupa boh extension no Australia. Lu boleh call wa 24/7. Striker boleh, Defend pon boleh. Haa apa? Ada had umur? Alaa....muka wa nampak muda takde hal.
____________________
Menonton Bola Berjemaah di rumah Farrant St, Adelaide

Sambil tgk bola, bakar2 satay. Aku rasa satay tak berenti2 bakar sampai extra time kot malam tu. Kpd pembakar, Tq.

Hiburan half-time. Gelak kat Lipas terjun jetty Pt Noarlunga!

Nampak tak jag air tu. Besar tu kongsi dua puluh org. Cawan ada dua. Bujang abes.


Reaksi kami, masa the final penalti kick by Badrul Bakhtiar yang terkene kaki keeper Indon pastu masuk bergolek dgn ayu. Mamat yang bersujud syukur di awal itu adlah kawan kami drpd Indonesia. Nama dia Dong! Jangan begitu dong!

Go Harimau Malaya ....meow....meow...meow
Sekian, Mekasey, Wassalam.

4 comments:

ihsan_huhu said...

aku rase fakri n don dedua halfblood indon ah

Dr. Ben said...

sakit jantung tengok

Anonymous said...

aku ingat hang jagi keeper malaysia, bila aku renung lama2 bukan hang....pelanduk 2 serupa.....

mangkuk statik said...

huhu: Donk orang JogKotaBharu...ala2 JogJakarkta

Ben: Lagi sakit jantung kalau main.

Anon: memang aku dari KB, putih, 22 tahun dan hensem macam Apex. Anda tidak konpius.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails