Tuesday, October 13, 2009

Awat lagu nie??

WARNING: POST KERAS....kelucahan terlampau.

1. Di malaysia, ramai giler org nak jadi omputih konon. Cakap omputih, tgk cerite omputih, rambut blonde, dressing omputih, perangai (minum dan bergomol2) macam omputih dan yg aku nak kutuk specifically mlm ni adalh dengar lagu matsalleh.

2. Tuan2 dan puan2 paham ke ape yg korang dok dengaq tu? Ape mat salleh tu dok kata lam lagu tuh? Habaq mai sikit, aku nak tau.

3. Banyak kali dah aku nak tergelak tenggok org melayu bertudung kiut nyanyi gedik kuat2 lagu yg ader istilah...".....make love to U" macam lagu BoysIIMen atau Air Supply tu contohnya. Nak je aku tanyer....
"Really....Do you really wanna bersetubuh with somebody?"..."WOWW!!"

4. First time aku tersedar pasal lirik2 lucah ni ialah masa aku form five kat MRSM dulu. Taim tu aku pegi camping ngan kelab kembara maktab aku. Masa tu ada budak2 "KL" bawak hifi besar kapal atas bas dan dia pasang lagu drpd kaset grammy award tahun 2001 kalau tak silap aku..........tapi ternyata aku silap sebab aku form five tahun 1991, so grammy tahun 1991 la. Muahhahahha.....bapak tua giler babi aku ni. Patut layan lagu BoyzIImen dan Air Supply. Takpe...aku masih tetap ensem. Cukuplah Alhamdullilah.

5. So ader la sorang budak anak duta mana ntah pasang satu lagu omputih dan dia kata kat aku,
"Dengar ni bro...lirik dia lucah giler dan tak bermoral...camner bole lepas masuk malaysia uncensored?"

6. Aku pon dengar la lagu tuh. Best jer. Tapi haram jadah satu bende lucah pon aku tak pikap. Maklumla, omputih aku taim tuh, kalau written tip top, tapi kalau spoken, meletop. Ape yg aku dengar hanyalah the chorus.

7. Tapi bila aku dengar balik lagu tu lam utube sambil ngelat check the liric kat sebelah info dia tuh, baru aku tau betapa DAHSYAT lagu tu....Korang cekidaout!!



8. "all I wanna do is make love to you...." Gile babi catchy kan? Ke aku sorang jer yg tua bangka ni yg suka lagu nih.? Tak pe la....tak payah kesian kat aku. Tapi lirik dia mak aii....

9. Secara ringkasnya kisah sorang wanita yg pikap sorang balak ntah mane2 tepi jalan, pastu terus bwak gi hotel. Kat situ depa project sakan. Pagi besoknya bohsia tu pon belah, tinggal nota je untuk balak tu..."kita dah best buat projek mega.....jgn cari daku dah ". Baeek!! Pastu nak di jadikan cerita, diaorang terjumpa balik satu hari. Masa tuh pompuan tu bawak baby yg mamat tu terkejut sebab "he saw his own eyes" a.k.a mata macam dia. Dah sah2 anak dia. Tapi pompuan tu kata, "Sorry babe, aku mencintai lelaki lain" Tapi laki dia mandul, so dia gunakan mamat "one night stand" tuh hanya untuk pregnant je sebab dia nakkan anak. SADISSSS!!

10. Barulah aku paham lagu tu.
"All I wanna do is make love to you"
..bermaksud."Apa yang aku mahukan ialah bersetubuh dengan mu".....
Bukannya "All I wanna do is loving you"..."Apa yg aku mahukan ialah mencintaimu". Jauh bebenor lari tuh.

11.Kalaulah aku yg bodoh omputih, yg tak dapat pikap lagu ni tak pe la kan. Tapi apabila pihak Jabatan Penerangan pon ter-miss, itu sudah serius. Habis ternoda telinga2 rakyat malaysia.

12. Muahahahhahaha....boleh belaahhhhh..Percaya la cakap aku. Sekor haram pon org malaysia tak protest lagu tu sebab semua buta Inglish. Asalkan lagu bunyi best.....lantakk!

Sekian, teriymakasey, wassalam.

6 comments:

FakirFikir said...

Post yang menarik dan baik, walaupun bahasa kesat macam batu. Bagus, ini sumbangan untuk semua.

Anonymous said...

ala bkn lagu mat salleh je
yg lagu melayu pun dah ada

not as hot as everyone think

Anonymous said...

lagu melayu pon cam haram je bahasanyer.. bukan takat omputeh..
tapi dari segi positifnyer org2 melayu kita ni nak gak blaja bahase laen walaupon kekadang tak paham n main hentam je...
hahahaaa~~

maer wan said...

betol betol betol.. (gaya upin ipin)

banyak bebeno lagu omputih yang lirik sungguh keji, contohnya:
1. My Humps by Black Eyed Peas. Aku rasa nak lempang je biler dengar bebudak kecik yang kencing pun tak betol lagi nyanyi lagu nih. Apakah dia ingat 'humps' itu bonggol jalanan? Dan kenapa tak censored? Adakah kerana perkataan 'my' yang seperti 'com'my'??
2. Chop Suey by System of a Down. Liriknya "Father, Father, why have you forsaken me? In your eyes forsaken me. In your heart forsaken me". Lirik nih dah sah2 translation kata org2 yg dikatakan Jesus sebelum dia disalib (kata2 asal dalam Ibrani "Eli eli, lama sabachtani?". Adakah tak dibanned sebab dia ada janggut yang panjang umpama tok guru?

pastuh, yang sibuk dibanned ialah based on pandangan mata je, ie. konsert tak boleh sexy2 sangat. (Sexy siket2 ok, kot?)

Bab lirik.. selagi tak use the word 'bi*ch', 'f*ck', 'as*' semua lepas..

mangkuk statik said...

fakir; Dah lah bodek aku tu. kau nak tender mana satu ni..habaq mai sikit!

anon dan ayu: Ye ke gitu? Aku ketinggalan banyak bab lagu2 melayu ni. Jom kita protes depan jabatan peneranagn minggu depan.

ayu: teringat aku mase aku form 3 sekolah kat kampung, cikgu paksa semua org nyanyi atau baca poem in ENglish kat depan kelas sorang2. Terketar kawan aku nyanyi lagu mat saleh kat depan tuh.Adekah menambah skill kawan aku dan budak2 kelas aku dalam berbahasa ingeris? Shit not. Pikir2 balik, what a stupid teacher she was..Muahahah anak murid derhaka aku ni.

maer: contoh yg bernas. tak perlu aku elaborate lagik. Asalkan replace fak atau beach ngan bunyi hon atau trumpet "censored" sound dah kira lepas dah. Lawak sungguh.
tapi nak buat camner?

ihsan_huhu said...

ramai je rakyat mesia yg layan lagu hindustan tp xpaham pon. tuh blom org yg gile lagu2 bahse2 ntah pape yg lagi r xpaham

layan je.janji buyik die bes. boleh tolog lawas time berak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails