Salam,
....sebahagian drpd "my Valentine suck Ass" series......for MALE readers ONLY. 1 intro, 2 balak, 3 kurap , 4 bini, 5. cun, 6 hasben, 7 stalker intro,8 kolek info. 9, gugel
1. Fesbuk ni memang la tak leh blah. Mmg la stalker heaven! Too easy. Too efficient. Too anonymous. Everybody "can be" and definately "will be" a stalker.
2. Mungkin ramai stalker2 tegar akan kata Fesbuk ni ibarat perompak bank di bagi kunci masuk peti besi. Salah tu bro! Sebaliknya, Fesbuk ni ibarat perompak bank gi "bukak bank" dan kita ramai2 dgn penuh sukarela gi boh duit kat bank tuh.
3. Nak buat camner, setiap manusia adalah capap. Jadi kita pon selambe-rocknya pakat ramai2 boh gambar la, kasi info lah dan siap britau satu dunia, tiap-tiap ari kau dok buat apa. Bangang dak korang? Errrk..aku pon skalilah satu kapal gak la!!
4. Majoriti budak2 muda cam "aku" dan korang, main fesbuk sebab nak carik awek/balak. Tu yg boh gamba2 gojes or bajet gojes beralbum2 tuh. Yg tak cun plak, boh gamba katun la, gamba photoshop la. Tak kisah la.
5. Tapi yg tak leh blahnya, bila dah "in relationship", dia bubuh gambar dok berdating la plak! Nak kasi tau semesta alam ke
"Woii!! Tengok Gua Woi! Gua ada hawek!".
Lu apahal? Kasi tutup account fesbuk trus la! Objektif dah achieved!
Apa lu mau usha awek lain lagika? Mau pasang dua tiga ka?
6. Gua bukan apa bro. Lu kene lah jaga hati org2 yg takde awek bro. Tgk cam aku. Aku ada bini, tapi haweks, tarak. Kecik ati aku bro bila usha gamba lu.
7. Geng2 otai (bukan aku) bila berfesbuk, semua letak private. Habuk gambar or info tak kasi. Kene add as fren baru leh nampak. Sebab apa? Sebab masing2 dah macam pakcik makcik, perut laki bini dah "permanently mengandung"dan kepala dah boleh tulis hurf besar H, kasi helikopter landing. Otai2 main fesbuk biasanya utk networking, geng balik ngan memember lamer dan usha aweks. Bukan aweks "matang". Tapi aweks muda. Yes. Cam engkorang!
8. Untuk geng2 yg level pakcik tapi prasan muda cam aku nih, fesbuk ni lah yg mengembalikan aku ke pangkal jalan. Korang budak2 muda, buat lah muka cam beruk pon, still menten comel. Tapi kalau org2 .....ehem......season mcm aku nih, kalau buat muka beruk, bila amik gambar konpirm nampak cam babi utan. Tergugat keimanan aku terhadap dilusi kehenseman aku sebentar.
9. Tapi korang budak2 dok posing pelik2 kat fesbuk ni, nantilah kau!. One day nanti, bila kau nak jadi "someone", mampos korang nak caber photo2 skandal korang. Kau mungkin boleh delete dari album korang, tapi u will never know apa yg org lain simpan! That day will come beb !!!
10. Aku pon banyak gamba skandal, tapi semua photo, bukannya digital. Ade lagi aku simpan dlm beg kat ghumah aku. Bila aku tgk, aku pon ngucap! Muahahhaha. One day nanti aku bakar semua tuh!
11. Jadi one day, insyhaAllah bila aku jadi "someone", jadi Tan Sri dan nak kawin ngan artis umur 21 tahun yg body berbanjaran Titekwangsa cam Rozita Che Wan, aku boleh selambe je umum kat press dan malam tu aku boleh projek bini muda aku dgn pacuan yg tenang. Sebab aku tahu, gamba2 aku selamat di dalam beg itam aku yg berkod 527 tu.
12. Anyway, ni sepatutnya jadi intro kdp guide how to stalk using fesbuk. Skali merepek meraban plak aku nih. Dah sah tua. Otak dah sasau. Takpelah. Aku memang dah lama sedar bahwa aku ni seorang lelaki tua yg hensem dan macho gila babi.
13. Untuk project latihan amali stalking ni, aku masih tercari2 siapakah target yg kaw2. Ada apa2 cadangan? Jom target haweks la plak. Siraj fahmi dah setel. Sila kemukakan nama2 awek hawt di hati anda. Hah!!...habes cuak semua haweks...Cepat..."remove from fren" kan aku!!
Salam, mekasey, wassalam.
3 comments:
rozita wan chik la bro... detail punya
hahaa~
aku ade gak fb~ tp jrg gila bukak~ bosan je
ben: kau sungguh memahamai hatiku....muahahhaha
ayu: aikk...kata dah tobat tak nak internet dah?
Post a Comment