Monday, August 9, 2010

Pengistiharan Protocol Buka Posa Di Swinging Bowl 2010


Salam,

Dengan ini, gua selaku Penyimpan Motor Besar Raja-Raja Adeled mengumumkan

A) Swinging Bowl akan di buka seperti biasa di Bulan Posa ini, iaitu dari pkul 11am-7pm dari Senin ke Kamis. Pada ari Jumaat pula aku buka dari 11am ke pkul berapa2 aku suka, tapi lepas bukak posa lah kan.

B) Untuk sesapa yg tak posa, adalah amat di alu2kan utk lunch di kedai. Kami akan buat donno je. Tapi offer ini adalah hanya utk cikaro sahaja. Sekiranya ada balakaro yg datang lunch, gambar anda akan di ambil dan di post di fesbuk dan aku akan tag semua org!

C) Tiada lagi 3 Dollah meal during bulan posa. Jgn mengada2 mintak plak. Kang kalau aku sepak kau, abes slim posa aku plak nanti! Kurang pahala tak pepasal. Aku nak masuk syurga! Aku nak romen bidadari-bidadari. Tolong jgn sabotaj plan aku! AMINNN!

D) Akan tetapi Special untuk Bulan Posa ni, korang perlu bayar 5 Dolllah SAHAJA untuk bukak posa di Swinging Bowl dan korang boleh makan (insyaAllah!)......
i- Nasi boleh tambah sampai Kembung
ii- Up to 3 lauk, tapi Satu drp lauk tersebut mestilah Veges!
iii- Air Sirap free boleh minum sampai terkencing. Cincau pon free kalau ada. Bandung pon ada tapi kenelah bayar skit cost dia. Sirap pakai air paip je. Tapi bandung pkai susu lah bro.
iv- Kurma boleh layan sampai lawas.

E) Sekiranya lauk or nasi ada lebih, korang boleh tambah berguni2 lauk pon takdehal. Nak tapau utk sahur seminggu pon boleh, aku tak kisah.

F) AKAN TETAPI, kalau lauk macam nazak je taim dekat2 bukak posa tuh, Aku RESERVE MY RIGHT utk catu lauk satu or dua sorang yer. Sebab kesian kat org blakang. Harga pon aku akan turun accordingly ke 3 or 4 dolllah.

G) Penting ni! Anda di Galakkan BOOKING awal2 sekiranya nak bukak posa di kedai. Ini akan memudahkan aku utk bajet brapa banyak lauk dan nasi nak masak utk korang berbukak. Jadi tak lah tetiba korang datang tetiba lauk/nasi takde kan. Kesian aku tengok nanti. Aku ni kan berjiwa sensitip.

H) Maka, silalah booking paling lambat pukul 2 pm pada hari tersebut. Group booking lagi chantek. Nak booking seminggu or sebulan terus lagi lah hensem macam aku. Sila SMS booking detail anda pada nombor2 Brader2 SB di bawah.

Abang Taff- 0402342684
Abang Hawt- 0402 342 684

Abang Manja -04- 02342684

aBangLa - 04023426 ext 84


I) Aku akan cuba sedaya upaya masel2 aku yg perkasa ini utk meng-smooth-kan the proses. Akan tetapi kesulitan mmg akan berlaku dari masa ke semasa. Jadi untuk sebarang kesulitan-kesulitan dan senjata-senjata sulit yg mungkin akan terdedah, aku memohon maaf siang2.

Tolonglah maafkan aku yer. Aku tanak berdosa. Org berdosa masuk neraka. Aku nak masuk syurga. Aku nak romen bidadari-bidadari.
___________________________

Selamat Menyambut Ramadhan Everybody !
Pertingkatkan amalan masing2. Kurangkan buat kerje tak pekdah ..... mcm baca blog aku contohnya.! Jgn masuk sini dah bulan Posa nih!
Syuuhh....pegi bca Al-Quran lagi baik!

Korang tanak masuk syurga ke? Kang klau masuk syurga, korang boleh ...... err .... nevermind.

Sekian. Mekasih. Wassalam.

5 comments:

Capik! said...

kuih2 plak takde ke bro? cm tahun lepas?

mangkuk statik said...

Capik! bab makan ni cepat jer ngomen. Kata carbo-diet!Kau pegi lah meng-ayat nina tuh. Klau dia rajin, aku akan sponsor dan kasi free.

ihsan_huhu said...

xdek nk pkai artis utk persembahan time bukak pose ke? betew tuh mcm free je

nkecik said...

aBANGLA tu sape? nk ngorat bole?

mangkuk statik said...

huhu: betew posa ke?
nkecik: aku dah lamaaaa dah cakap. Kau tu bosia! Pantang nampak balak, mesti nak mengoffer dirik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails