Friday, January 21, 2011

Jom berpesta lagi!!! Pesta Mandi Harus Adelaide KEDUA

Salam,

Atas sambutan yang hangat dan memberahikan pada Pesta Mandi Harus Adelaide 2011 minggu lepas (klik), maka dengan ini aku mengajak kesemua

a) Teruna idaman dara
b) Suami idaman janda
c) Suami mengidam janda dan dara
d) Duda yang gersang dan blasah semua

untuk bersama2 menjayakan Pesta Mandi Harus Adelaide 2011 KEDUA,

Lokasi: Aquatic Centre lagi
Time: Ahad 23rd January, 1130am-sampai lebam
Makanan: Kali ini kita lunch sekali. Aku masak beriyani bujang insyaAllah. Korang bawak la ape2 yg patut. Kordial pon cukup. Air kita amik dari swimming pool sudeh.

Jadi, JOM LAA!! Apalaga.
Bagi je 20 dollar kepada awek2 dan bini2 anda, tinggalkan mereka di Harber Taun dan offkan phone anda.
Bekaus is taim tu PARTAIIIII!
____________
Panduan Keselamatan:

Sekiranya after partai kita selesai, bini/aweks membebel tanya knaper tak jawap phone, cakap kat diaorang,
"Kat swimming pool memang tak leh On phone sayang. Sebab security takut ada org amik gambar awek2 Mat Salleh basah, separa bogel dan bergetah nangka tu pakai kamera phone."

Ehh...jap ...jap....jawapan tu pon macam tak selamat je!
Errr ..... Selamat maju jaya!
____________
Bermati-matian

WARNING! Besar kemungkinan anda akan MATI sewaktu pesta ini.

Alhamdullilah, minggu lepas, tak sampai 5 minit pesta bermula, sorang peserta pesta dah lemas.
Aku cakap "Alhamdulillah" sebab insiden itu berlaku betul2 depan mata semua peserta. Jadi semua orang nampak dan terus sedar akan peluang cerah mereka untuk mati cepat dan meromen bidadari2 syurga.

Tapi, tak sampai sejam pastuh, insiden lemas berlaku lagi sekali. Kali ini drpd group yg datang lambat, yang missed insiden lemas yg pertama tadi.

Apala ngkorang ni! Kamikaze betol!

RESPECT the water. CONTROL your ego. KNOW your own limitations. Takde awek utk kita impress-kan di sini wahai kawan2.

Fuyooo! Usrah dalam air. Baru mati dalam iman.
____________________
Penghargaan Kepada Abang2 Baywatch.

Sewaktu kedua2 insiden tersebut, lifeguard di swimming pool tersebut dok sebok usha aweks kot. So, diaorang tak prasan pon.
Jadi budak2 kita di selamatkan oleh geng2 kita jugak.

Jadi aku di sini ingin mengucapkan sebanyak2 trima kasih kepada Abang2 Baywatch kita pada hari itu iaitu, Dr Kamarul Hasselhorff (Perghh! Dr Kam power giler wa cakap lu!), Fid Anderson (Firdaus Ismail), dan Ammar Izzul Islam Electra


_____________
Ehh...Jangan Takut
Plak!

Aku sengaja je crite pasal mati lemas tu sebab aku tak nak ramai sangat datang sebenarnya . Kang abis nasi beriyani aku.
Jadi datang ye ngkorang ...... kalau tak takut mati.
Jangan lupa bawak towel, baju persalinan dan menulis wasiat.
Alaa....kalau dah ajal, dalam air sebesen pon boleh mati lemas kan.

Majulah sukan untuk negara Australia!

Sekian, mekasey, wassalam.

2 comments:

ihsan_huhu said...

eh jap, aku test temperature kepale aku nih.

kot2 leh kasik excuse demam esok. argh!

mangkuk statik said...

huhu: lu otak blue. Mmg kepala hangat slalu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails