Monday, January 23, 2012

Kenapa Orang Lelaki Tidak Pernah Menipu Di Dalam Percintaan.

Salam,
...salah satu entry di dalm siri panduan cinta xxx

1. Seringkali kita terbaca di status fesbuk or twitter, menonton di dalam filem atau drama Melayu, atau mendengar luahan2 emosi di dalam radio, kaum hawa dok komplen,
"Kenapa orang2 lelaki ni suka menipu?",
"Masa mula2 bercinta dulu berjanji nak sehidup semati. Sekarang ni nak se-shopping pon jgn mimpi!"
"Kata dulu sanggup merentas lautan api. Sekarang ni nak merentas lautan manusia di Mydin itu pon kata takut terbatal air sembahyang sebab tersentuh wanita bukan muhrim lah, kata takut termalu sebab beratur di line wanita lah. Macam2 songel plak pacik ni sekarang."
"Janji nak membahagiakan I. Janji itu dan ini. Tapi last2, semua itu adalh tipuuu.. I benci. I benceyyyy nyerrrrr!!...",
pot pet pot pet......

2. Jadi di sini wahai cik adik dan cik akak sekelian. Aku nak beritahu. Mintak tolong sikit hoccay. Tak baik tuduh sembarangan tau. Tidak ada kaum lelaki yang "menipu sewaktu bercinta" hoccay! Fakta.

3. Hujjahnya.....

_________________
Setiap Amalan Itu Bermula Dengan Niat.

1. Hadith pertama di dalam Hadith 40 susunan Imam Nawawi hoccay.

2. Percayalah. Sewaktu kami berjanji di awal percintaan dulu, kami memang sumpah langsung tak berniat untuk memungkiri di kemudian hari. Niat kami adlah ikhlas tulus suci murni

3. Bila kami cakap kami sanggup merentas lautan api, memang kami sanggup merentas lautan api lahh!! Menangkap grenade, mengusti harimau, menunggu di pintu syurga, mengira butiran pasir di pantai, menghiris awan, berbulan madu di atas pelangi, memetik bintang, mencuri bulan, memadamkan matahari, mencium Rosmah Mansur. Itu semuanya benda2 imposible yang kami sanggup lakukan demi membuktikan kami benar2 cintakan anda wahai gadis2 sekalian.

4. Tidakkah ngkorang perasan berapa banyak lagu2 cintan yang telah kami nukilkan buat korang? Kau ingat senang2 gitu je ke nak buat lagu jiwang? Itu semuanya kene datang dari lubuk hati beb! Dalam tu beb. Daalaaaaammmmmsss.

5. Dan sifat kaum lelaki ini adalah universal. Tak kira kaum apa pon kau dia dalam planet bumi ini, semuanya konfem akan ada lagu jiwang. Konfem akan berjanji bukan2 kpd kaum hawa.

......daalaamm..

6. Jadi persoalannya di sini, apekes, kita kaum lelaki ni jadi macam automatik suka berjanji macam2 kat kaum wanita? Jawapannya senang sahaja. Ini semua salah orang pompuan jugak.
_____________________
Ini Semuanya Salah Orang Perempuan

"Men can't live without food. Women can't live without complement".

1. Tiada wanita yang tidak suka di puji. Dan apabila tiada sebarang habuk pon yang boleh di puji pada seseorang wanita itu, diaorang akan PAKSA jugak orang lelaki ini untuk memuji mereka. Tak kiraa!!!

2. Dah tau diri tu gemuk, boleh lagi nak tanya, "Abang rasa I ni tak payah diet kan?". Dah tau kau dah tua, boleh plak buat2 terkejut bila tengok gambar dia yang orang tag dalam dalam fesbuk " Ehh! I nampak tua la dalam gambar ni. Why? Ni mesti sebab dia pakai flash ni. Lain kali I nak org off-kan falsh lah before ambik gambar I!".

3. God save the Queen......

4. Jadi apabila orang2 lelaki berulang2 kali di PAKSA "mencover-line", demi menjaga hati wanita yang di cintai itu, lama2 ianya menjadi tebiat. Penipuan di dalam percintaan itu menjadi lumrah. Sehingga akhirnya kaum lelaki boleh menipu awek2 ataupun bini2 mereka selambe rock je tanpa mengalami sebarang kenaikan suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah.

5. Itulah betapa tak baiknya kaum wanita ini mengajar kita bende2 tak senonoh sebegini.
____________
Kami Tidak Bersalah.

Oleh sebab itulah, kami kaum lelaki, apabila memungkiri mana2 janji masa mula2 bercintan dulu, adalah tidak bersalah kerana

1. Pertamanya, masa kami berjanji tu kami memang berniat ikhlas. Langsung tak berniat nak menipu uolss pon hoccay.

2. Keduanya kami tidak bersalah sekiranya kami tidak mengkotakan janji2 kami kerana lets face it baby. Most of the things are impossible hoccay! Kira macam bila bernazar bende pelik2 lahkan. Nazar tu kira burn la. Lagipon masa kami berjanji tu, kami sedang "tidak siuman" kerana demam cinta. So janji2 tu tak valid. Nak petik bintang pakai apa? Nak duduk atas pelangi camana? Nak tunggu di pintu syurga camana sebab berdasarkan prestasi semasa, memang konfem akan melalui pintu neraka dulu. Nak berjanji cinta awak sorang camana apabila awak tu dah krepot pastu tetiba ade gadis muda remaja berbodi ketat nak kat saya plak. Takkan saya nak tolak? Tak baik tau.

3. Ketiganya, kami tidak bersalah apabila menipu di hujung2 percintaan itu sebab korang paksa kami hoccay. Di dalam ilmu feqah, apabila di paksa, kira dosa tu burn gitu jer. Macam dipaksa minum arak dan sebagainya.
__________________
Oleh Itu Bergembiralah Wahai Kaum Adam

Jadi, marilah kita bersama2 berjanji se merepek mungkin kpd orang2 perempuan ini sebab seperti yang aku telah hujjahkan disini, itu tidak di kira.
Kita tidak akan bersalah.
Kerana kita orang lelaki memang tidak pernah menipu di dalam percintaan ........ secara sedar dan sengaja.

Sekian, mekasey, wassalam

p/s:
1. Hujjah ini valid untuk 99.99% lelaki. Lagi 0.01% tu mmg lelaki kaki penipu. Itu pon still salah org perempuan sebab terlalu mudah untuk di tipu. Oleh itu, hujjah ini sekarang menjadi valid utk 100% kaum lelaki.
2. Ini semuanya adalh sarcasm. Kpd kaum hawa dan kaum-yang-menyerupai-kaum-hawa, tolong jgn emo lelebih plak. I love uolss.

6 comments:

yenny said...

cium rosmah tu klaka hihihihihi...

JAIRO said...

patut entri ni di publish kat majalah INTREND

M said...

hahaha lawaks..u always tis funny eh

mangkuk statik said...

yenny: now u know betapa tinggi nya kasih sayang Abg Najib kita terhadap isteri cun-nya.

Jairo:Majalah ape tu. Macam majalah wanita jer. Astaga Jairo. Kaubaca ke tengok gambar awek jer?

Marissa: Not always. Masa funeral, masa sengkek, masa demam dan masa rozita che wan kata " i suka lelaki muda sahaja", i tak funny pon.

ihsan_huhu said...

dem terlambat komen.

Zinedine Zaiddin said...

ini memang mangkuk hayun...hahahahahahaha

tapi aku rasa hujah pompuan wajar dipersalahkan tu boleh digunapakai jugak sebenarnya. kih3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails