Saturday, January 28, 2012

The King Of Good Bye....

Salam,

- Kekadang tu bila aku tengok orang2 yang sungguh tragis bile ber-goodbye, aku trasa sungguh kesian.
- Keyword ayat di atas adalah "kekadang".
- Kerana perasaan kesian aku itu hanyalah "kekadang".
- Kerana perasaan "biasa" aku apabila melihat org yg sungguh tragis ber-goodbye adalah perasaan nak sepak-sepak je kepala diaorang. Kamonla!!!
- Korang ni tak paham konsep goodbye betul. Setiap titisan air mata, setiap esakan, setiap dakapan, setiap gambar itu semuanya adalah perbuatan yang sia-sia je sebenarnya.
- Tolonglah faham sikit apakah falsafah di sebalik good-bye ini.
__________________
Jenis2 Goodbye

Goodbye ni ada dua jenis

A. Goodbye Gedik
Ini adalh goodbye kepada orang yang konfem kau akan dan boleh jumpa balik bebila.....
i. hanya dengan naik kereta/bas/aeroplane bebila kau teringin.
ii. lagi seminggu/sebulan/setahun/lima tahun etc = "ada time-frame"
Orang yang "trauma" dengan goodbye kategori ini, wajar di sula dengan peha Jonah Lomu.

B. Goodbye Betul
Ini adalah goodbye kepada orang yang konfem or sangat2 besar kemungkinan takkan jumpa balik sampai ke mati.
Goodbye kategori ini adalah agak parah.
__________________
Aku Adalah Otai GoodBye

1. Aku dah duduk Ozzy ni dekat 20 tahun dah beb. Setiap tahun WAJIB aku hantar berpuluh orang balik Malaysia for good.

2. Ini semuanya adalah goodbye kategori B hokay! Goodbye Betul2 nyer la. Manusia2 yang konfem aku akan lupa nama tahun depan. Yang aku takkan cham rupa. Yang aku takkan jumpa di dunia mahupun di akhirat.

3. So slowly but surely aku sekarang dah jadi macam numb masa goodbye. Aku dah tak heran. Aku pasrah je lah. People will come to Adelaide. And they will surely one day goes. Nothing I can do.

4. Believe me it is easier for you to say goodbye to me and go. Than aku yang still kat sini. Di tinggalkan. Korang balik Malaysia and live in a new environment. Tetapi aku still see the everyday places or things yang will remind aku kpd engkorang. Jetty tempat memancing, Robe Tce tempat menendang bola, court SQ, Pt Noarlunga, surau Uni, Swinging Bowl etc.

5. So excuse me if I don't give a shit bila korang balik Msia for good. I have to do it because without my coping mechanism, I can't function.
________________
Konsep Goodbye

1. Goodbye ni macam kentut.
Mula2 kau terbau busuk, tapi lama2 tu bau itu akan hilang di telan zaman. So masa kau terbau busuk kentut masa mula2 tu kau tahan je lah. Pelan2, lama2 bau itu pasti akan hilang. So kalau kau sedih gila2 macamana pon, itu takpe. Biasalah. Nanti lama2 okay la tu.

2. Goodbye ni macam kematian.
Ia adalah sesuatu yang pasti. Ia tidak boleh di elakkan. Ia tidak boleh di tangguhkan. Tak kira berapa gelen air mata kau menangis, berapa kuat kau menjerit, berapa erat dakapan engkau or berapa keping gambar kau ambik.
Bila tiba masanya, goodbye pasti berlaku.

3. Goodbye ni kene macam handyplast.
Do it quickly and abruptly. Get it over with and move on. The longer kau prolonged the proses, lagi traumatic la. Say goodbye and chow. Beware of airport, sebab dia prolonged the proses. So cepat2 check-in dan masuk. Or kalau otai cam aku, aku say my goodbye kat rumah dan pegi airport sengsorang je takpe.
_________
Jumpa balik

1. So sekiranya selepas bergoodbye sampai tergolek2 bagai, tetiba kau terjumpa balik, anggaplah ia sebagai satu bonus. Nowadays dgn fesbuk, lagilah besar kemungkinan utk jumpa balik kawan2 lama, reunion etc.

2. Tetapi adakah benar kau nak jumpa balik kawan2 lama itu? Adakah itu a good idea.

3. Aku sebenarnya suka je jumpa kawan2 lelaki aku yg lama2. Boleh bernostalgia kisah2 bangang zaman dahulu kala. Zaman asrama. Zaman matrik etc.

4. Tetapi aku seboleh-bolehnya tanak jumpa balik mana2 kawan2 perempuan aku sebab........sebab aku tak sampai hati nak tengok betapa tua dan hodohnya mereka bila dah tua2 ni. Kalau boleh. Biarkanlah aku freeze memori aku terhadap "makcik2" itu sewaktu zaman diaorang masih "awek2" di sekolah dulu, zaman matrik, zaman medik, zaman Adelaide or zaman Swinging Bowl.

5. Melainkan lah kalau korang turn-up to be hot MILF kategori Rozita Che Wan ke atas. Kalau gitu, jom buat re-union kita dua je boleh?
__________________
Gambar2 Cliche

Masa aku mula datang adelaide dulu, semua gambar aku adalh gambar standard pelancung jakun pegi oversea. Tetapi, last2 gambar aku banyak gambar kat airport hantar orang je. Same shit, different day, different shirt, ageing face. Bosan dowh.

Err... gambar2 sebelum 2003 semuanya pakai filem. Maleh den nak scan nyoor.



Kiri: 2003 kot di airport lama Adelaide, hantar King. Hitam dowh sebab sakan membola.
Kanan: 2006 masa airport baru Adelaide baru bukak. Hantar Najmi.
Posing standard ala2 ambik gambar kelas.


2012, petang tadi hantar Donk. Dah hentah brapa juta gambar cenggini telah di aplod kat fesbuk. Semua orang nak posing di tempat masuk international flight ni..... Ehh!! Khairul Fahmi Che Mat tuuuu...!!!.



Pastu kalau tak puas bergambar lagi, mesti konfem sambung lagi kat cermin ni. So typical. Tapi ni bukan goodbye manusia yg typical. Ni goodbye Dr Awang. Kawan/mentor/spiritual leader aku. Kalau kau tengok gambar seblah kiri tu, muka dia hilang. Haaa...itu ilmu ghaib namanya. Kai jgn maen2...



Atau untuk member2 yg otais, dioarang datang ambik gambar kat kedai. Baru mesra alam sikit kan. Fuyo. Boleh masuk pertandingan Dewa Remaja lagi ni.....


So to all the people yang telah belah dari Adelaide, goodbye, goodluck in your life and I don't care. Haha.


Dan kepada parents Donk Kedonkdonk, sayo nok royak anok pocik ni tok kelik Kelate slalu. Dio jupo gewe dulu male ni dan besok di Kelupo. Pahtu baru kelik Klate. Gelenyarr nok keno nikoh doh ni anok pocik sorre nih!




Sekian, mekasey, wassalam.

6 comments:

ihsan_huhu said...

siyu at NCG gold coast 2012

FakirFikir said...

Spiritual leader tu...macam ayah pin.

mangkuk statik said...

huhu: InsyaAllah aku g.Pastu jom scuba. Gi ambik lesen la boring2 tu bro..

Fakirfikir: Amende Ayah Pin. Nik Aziz la. Kalau kau pkai serban dan jubah, mmg konfem muka tawaduk mcm ahli PAS.....hahah

JAIRO said...

aku dulu time stadi sibuk dok antar org good bye kat airport.. kali time aku nak balik aku kena balik sorang2 takder yang nak di good bye pasal yang lain semua dah balik huhuhuhuhuhuhu

mangkuk statik said...

Jairo: Kau mmg loser, macam parti kau. Marilah join aku menuju jalan kejayaan.....ahahaha

JAIRO said...

eksen henci!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails