Sunday, February 5, 2012

Crazy Horse Di Hari Maulidur Rasul

Salam.

1. Sempena menyambut hari keputraan baginda Rasulullah S.A.W pada hari ini, aku and frens telah pergi melawat Crazy Horse untuk menghidupkan sunnahnya.


2. Mula2 seriously aku tanak pergi sebab macam2 aku dah pernah dengar pasal Crazy Horse ni kan. Aku tanak lah kan terjebak. Kang kalau aku dah gian, susah lah beb. Siang2 tetiba hilang dari kedai sebab pergi mengkuda. Abisla duit kertas aku nanti.

3. Akan tetapi setelah di goda oleh syaiton2 maka, aku pon follow je lah. Bile lagi nak pergi Crazy Horse kan? Lagipon $50 je bai. Maka dengan hati yang suci murni, aku pon merempitlah ke Adelaide Northern Horse Riding, atas je skit daripada Munno Para on Main North road.

4. Sebagai anak dara gadis sunti di dalam arena mengkuda ini, mula2 kami telah di berikan basic taklimat tentang psychology kuda dan teknik menunggang untuk noobs.








5. Koboi yang mengajar kami bernama John Wayne. Selambe je dia tinggal pistol kat rumah. Kang kalau Red Indian serang, sayur la mamat ni.






6. Kuda yang di berikan kat aku ialah kuda ini. Nama dia Yoshi.




7. Dalam banyak2 kuda kat situ, dialah paling tua, paling serabai dan paling kecik. Tengok tu. Yang hujung sekali.



8. Langsung tak macho macam Pepe yg kat tengah tu. Ni thorougbred. Ex-racer.




9. Kuda awek ni pon lagi cun. Dem.




10. Tapi aku chill je. Sebab aku memang nak kuda mandom. Sebab aku sebenarnya agak cuak skit naik kuda. Banyak sangat dengar citer kat sepital orang patah tengkuk la, lumpuh lah, patah tulang lah, mati pon ada.

11. So mula2 aku ingatkan aku ni agak safelah kan. But, have you ever heard the expression, "Asian can't drive". Well, apparently "Asian horse can't menkuda" as well.

12. Yoshi ni ikut sukati dia je. Nak suruh start jalan lembap giler. Pikap takde. Pastu dua kali dia tetiba stop di tengah2 jalan. Puas aku tendang2 perut dia suruh jalan. Rupa2nya dia dok melepas. Pastu kencing pulak. Nak suruh dia masuk gear dua (trotting) macam haram. Gear box dah karat. Pastu bila lari skit, trus semput dan jalan balik. Hampeh.

13. Budak pompuan yang tarik kuda aku siap mintak maap lagi "I am sorry that you have Yoshi. He is not as active as other horses. Maybe next time you can try another horse". Sori lori. Biar slow asalkan selamat.

14. Pastu dia ni suka giler sondol2 budak mat salleh tu. Berapa kali budak tu libas muka dia. Horny lah kuda ni. Last2 Yoshi gigit budak tu sekali. Terjerit budak tu. Adoyai Yoshi! Kau ni buat malu asian seantaro dunia la.




15. Pastu last kopek, tengah aku chill2 bajet koboi atas kuda tu, tetiba dia bucking!! Terlompat2 buat wekang sambil reverse. Cabut lari budak pompuan yang pegang tali tu. Aku just secara refleks try to maintain jangan jatuh la. Mula2 aku ingatkan dia spooked. John Wayne dah pesan, kalau kuda tetiba gabrak, kita kene rilek je. Slepas beberapa saat, dia pon chill. Tapi whutdeheck just happen.

16. Rupa2nya Yoshi tadi cuba nak tendang kuda kat belakang dia. Kuda kat belakang tu kuda betina nama Tula (pic bawah, kuda kaler putih). Once upon a time, Yoshi ni bajet nak ngorat Tula. Sekali kene rejek. Jadi Yoshi skang ni pantang Tula dekat sikit, trus dia emo. Ape la bro. Kau hitam. Dah lah kau asian. Ada hati nak ngorat kuda putih pulak tuh. Oberbajet la brader. Kau bukan Naqib Zainal Abidin, raja amoi Adelaide.



17. Nasib baik aku tak jatuh. Nasib baik jugak dia tendang tak kene Tula. Tapi kalau dia tendang kena jawa atas Tula tu takpe. Dia dah biase kene penendang kat tulang belikat. Dia mmg suka. Tendang hari2 pon takpe.

18. Yoshi...Yoshi...kau memanglah Crazy Horse!




But thanks for the ride bro...



Sekian, Mekasey, Wassalam.





3 comments:

JAIRO said...

kat utara sabah banyak kuda... tiap hujung minggu drg bawa kuda ni p race.. tapi saiz nya kebanyakkan macam yoshi hehehehehehe.. kalau nak pakai kuda spesel mahal harganya bro.. kalah harga keta kot hehehehe

Penk said...

woi mengumpat!!!

mangkuk statik said...

Jairo: dem aku lupa kau org sabah. Sabah awesome gile. Dok sana 4 tahun. Awek2 sabah.....pehhhh. Aku rasa state paling ramai awek cun adalah sabah. Tolong carikan aku awek 2-3 org? Tenkiu bro. Hidup UMNO! Haha

Penk: kau dah tau tak kira ngumpat dah. Ia di kira mengata pulak! Hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails