Tuesday, November 25, 2008

Pemburu bohsia dan futsal

1. Wei wei wei. Ingat tak ari tuh aku mintak tulun carikan penganti bohsia aku. Korang memang lahabau. Sekor jer nak tollong aku. Jadi sebab aku dah janji kat post tu nak bagik 20 dollah baucar utk the best suggestion, aku declarekan mr/miss anon yang beremail di ardwerkz@yahoo.com sebagai pemenang. TQ beri much. Teh tarik aik cheong tu bini aku ader sekampit kat opis dier. tak best pon kate nyer. Tapi masalah utamanya adelah, dier dah siap2 campur susu skali kan. Jadi satu paket utk satu glass. Mahal lah cost dier jadi nyer. Anywho, thanks for the sugestion mr/miss ardwerkz. Aku akan mail kau dan kau leh dtg tuntut hadiah anytaim.

2. Kalau ader org tanye saperkah world champion football sekarang. Jawapanyer mestilah Itali kan sebab dieorang menang 2006 FIFAworld cup kat germany aritu. Disebabkan takder world cup 2007, 2008 dan 2009 Itali akan pegang title the best team in the world sampai South Africa 2010 lah kan.

Jadi kalau org tanyer sape kah champion futsal kat adelaide tahun ni, jawapan nyer mestilah ehm ehemm..team ensem ni

Kami menang 2007, dan di sebabkan 2008 tak de futsal tournament, aku dengan kembang lubang idung nyer mengnobatkan team aku sebagai FUTSAL CHAMPION 2008!! Jgn jeless bro. Tahniah huhu, fahmi, jibo, apam, omar, lee, Allahyarham muk dan gua. yeaaaaa. we are the champion, no place for looserss. Nanti kiter buat meeting sesamer kiter nak set saper dapat piala best player dan top scorer futsal 2008. Ihsan Huhu makaseh for the picture dan tolon sebarkan khabar gembira ni ke seluruh pelosok Adelaide. Ehh sorang tolong bagitau muk yer....gilo budak ni tak der kat adlaide pon leh menang.

Aku tau pass ni akan kedengaranlah suara-suara sumbang mahram yg protes dan akan ader timbul dalam otak2 lucah budak2 ni utk buat last minit tournament. Lu bole blah!! Miss posa boleh di qadakan, telajak dateline buat futsal tournament tak boleh di qadakan, sebab takde dalil aqli dan naqli pasal kes ni. Terimalah kemenangan kami ni dengan hari yg terluka..mauahhaha.

Sekian. Mekaseh sebab bagi kami menang free. Wassalam.

Ulat bulu dah naik daunnnn!


1. Miracle do happen. Harge minyak murah giler beb. Jom semuer beli banyak2. Kalu tak de keta pon boleh beli minyak, pastu simpan cam saham ler. Harap2 harge brg2 mentah aku jatuh sikit pass ni pasal transportation cost jatuh lah kan. Biler cost aku murah, boleh lah aku jual murah sikit kat korang........muahahhahah.. boleh blah. Its one way street babeh. Once its up, it stays up. Otak aku mungkin mereng , tapi nafsu aku yg pegang stereng. Nafsu nak kayo dan nak kawin dua..ceewaahh. Kau ingat murah ke nak kawin 2 sekarang. Kena bagi gula2 kat pak mentua sikit, kat bini tua sikit dan kenduri kendara, maner aku nak cekau fulus?

2. Ader org dok tanyer "ape ke jadah kau ni asyik citer nak kawin 2 jer, nak sangat ker?" Muahahhaa. Yes pliss. Tak de lah. Aku tau ramai yg tensen biler citer pasal kawin 2 ni. Poligami ni isu yg leh bawak kepada perpecahan keluarga, perpecahan pinggan dan perpecahan kepala. Tapi sebab aku degil dan suka sakat org2 yg anti poligami ni, aku nak citer gak pasal poligami. Kalu leh, tiap2 post aku nak kaitkan dgn kawin dua tiga atau empat muahahha.

Aku happy kawin ngan bini aku sekarang. Alhamdullillah. Tapikan kalau aku leh kawin satu lagi tak ke double my happiness. Worst case senario, katakan bini muda aku sewel. Satu happi satu tak happy , jadi aku jadi neutral balik cam zaman bujang dulu la...in the state of hampeh-ness. Penyelesaian nyer mudah. Kawin no3. Kalau worst case senario bini no 3 aku "masuk angin keluar asap" gak. Aku carik no 4 utk neutralkan yg no 3. Kalau pisang berbuah 3 kali, yg no 4 ader angin kus-kus pulak, aku akan tetap happi. Camner lak tu? Kan ader satu jer bini tua yg baik tapi ader 3 bini muda yg mereng?

Kawin bukan matematik my fren. Maner ade org kawin 4 ateh dunia ni yg tak happi. Maner dier, cube tunjuk kat aku. Ader 4 org bini beb, best giler tuh...Ader 4 macam paras rupa, 4 jenis cara masakan, 4 otak utk fikir masalah keluarga, 4 org yg generate duit utk famili (kalau bini2 keje la kan), 4 kampung untuk balik beraya dan 4 kitar haid yg berbeza-beza. Impossible utk tak best. I rest my case your honour.

Senang nyer dalam hati, kalau jadi lelaki.......

Sekian. mekaseyyyyyyyyy. Wassalam

Tuesday, November 18, 2008

Mari mari adik kakak abang pakcik..dah ader poll terbaru

1. Sorry, aku busy sikit semenjak dua menjak nih. Ni pon aku curi2 maser update.

2. Ulasan poll lagu. Mekasih kpd yg menunaikan tanggungjawap mengundi.
-Cayalah no satu dgn 46%(12 undi) nyer ialah tak pasang aper2 cam sekarang. Senang keja aku. Aku memang dah agak dah.
-No dua pasang lagu jiwang at 30% (8 undi). Rock kaparkk ruless
-No 3 Fiona 24/7 at 23 % (6 undi). Ni nak dengar lagu fiona ker nak dengar lisa nyanyi ni?
-No 4 Death metal at 15% dgn 4 undian. Ni tak lain abg ben ngan lutife; mula2 kat rumah, pastuh pakai comp uni lak!
-No 5 Al-Quran at 11%. Korang ni aper nak jadi. Suruh bace liat, nak suruh dengar plak malas. Terpaksa lah aku mengambil tindakan drastik utk menenangkan jiwa ku yg bergelora ni. Kalau bini aku tanyer kenaper, aku nak salahkan poll korang ni!
-No 6 Hindustan at 7% dgn 2 undian. Satu Arsyad, satu lagi Usin. Org lain maner? Racist la korang nih. Kari mau, maruku mau, capati mau, teh tarik mau, kain pelikat mau, toll mau, lagu industan apa pasal tarak mau?
-No 7, 3% dgn 1 undian jer nasyid jiwang utk carik calon bini. Muahahhaha. Korang ni budak2 laki, tak nak carik bini educated ker? Ker sabar menanti awek2 malaya yg "educationally challenged". Kawin bini educated lah best. Nanti dier mesti senang dapat kerja, pastuh dier akan bizi ngan kerja tak lekat kat rumah, makan minum anak maid indon yg jaga, anak pon cakap bahasa indon, piala Thomas pon sokong indon, nak jumpa kena buat lunch date, balik rumah dah gelap lama-lama muka bini pon dah tak ingat kalau jumpa siang2. Itulah sebabnye saya nak kawin 2 tuan hakim!! Ehh terpraktis kuat2 lak.
Tu lah , kalau kawin bini kurang education (ni aku generalised lah ni) nanti bini dok terperap kat rumah 24/7, jumpa tiap2 ari dan dijaga segalanyer, so tak kukuh lah alasan nak kawin satu lagi...betul dak?


3. Poll terbaru. Ari tuh ader konco2 MAS aircrew dtg makan kedai. Skali ader org naik angin sebab brader2 MAS yg beruban panggil dieorang "kakak". Dieorang kata dieorang masih muda lagi, jadi tak patut la di panggil kakak. Jadi aku suggestkan aku buat poll lam nih, nak tau aper pandangan korang. Individu yg traser ati dan yg meng-volunteer diri untuk di poll-kan adalah "kakak" Lisa dan "kakak" Seri. Saper Lisa dan Seri ni? Boleh usha sini.
Pekerja cemerlang yg kanan tu Lisa dan yg kiri Seri. Di waktu kedai tak laku, kepala mereka di gunakan utk sangkut kuali2 basah oleh brader Kamarun.

Jadi persoalan yg di tanyakan adalah "Wajarkan Cik Lisa dan Cik Seri di panggil kakak oleh krew MAS yg beruban?" Pilihan anda adalah seperti berikut
a) Wajar. Beruban tak semestinyer tua. Ntah2 silap pakai minyak rambut, tak pon genetik. Tengok APAM!.
b)Patut. MAS crew dilatih untuk bersopan santun. Adalah menjadi adab melayu untuk menghormati seseorang dgn di panggil panggilan abang atau kakak.
c)Memangla. Kalu panggil "cik adik" kang ader org perasan pramugara tu nak ngorat lak kang.
d)Bagus apa. Kalau panggil puan lisa/sri nanti ader org kene sawn babi lak ari tu.
e)Tepat la tu. Sedarlah diri sikit, korang dah tua!!
f)Tak patut. Kalau saya , saya panggil makcik Lisa dan makcik Seri. Dah layak jadi mak tiri saya dah ni

Aku ni bila pramugari panggil aku abang , aku tak kesah pon. Kalau panggil sayang pon aku tak kisah.
Sekian.Makaseyy. Wassalam.

Thursday, November 13, 2008

Fellowship of Death

1. Aisey men. serius nye muker brader2 nih. Ni meeting aper kat SB nih. Nak kater ader makan free, makanan nyer tak nampak dan muker sorang2 mcam nak baham org jer,tak ceria pon.

2.Nak kata mesyuarat PIBG bukan sebab semuer bapa2 jer, nak kata persatuan peminat 4U2C pon bukan sebab presidentnye aku tak der (dok sibok masak) dan nak kater mesyuarat UMNO takkan buat kat kedai aku sebab aku org PAS dan kalau nak hulur duit bawah meja kat kdai aku org leh nampak sebab meja aku glass lutcahaya.
3. Sebenarnya ni brader2 dan pakcik2 ni kumpul nak buat tabung khariat kematian kat adeladie ni. Disebabkan jumlah org melayu (drpd malaya dan temasik) di sini makin ramai dan juga usia masing2 termasuklah aku dah makin tua, selain drpd fikir camne nak kawin 4, 3, atau 2, kami kenalah pikir pasal kematian juga.


4. Jadi sekiranyer dana ini tertubuh, sesaper member atau sedara terdekat mati, dier layak terima bantuan kewangan utk menguruskan mayat tersebut. Kos utk kebumi mayat aku dengar dieorang cakap ada lam $4000. Mana nak cekau masa tu. Dan bile tertubuhnyer fund cam ni, kita org melayu yg beragama islam boleh demand sikit la ngan government mintak pulus sikit dan kiter leh mintak tanah kubur lebih ker, mintak tak buat autopsy ker dan sebagainyer lah.
5. Macam ni nyer persatuan baru best sebab semuer org masuk tanpa kepentingan. Tak kan ader org berebut nak jawatan dalam persatuan sebab nak bagik resume cun, jadi dapat kerje cun dan dapat bini cun. Semuer org akan buat kerje lam persatuan sebab kalau kita tak tolong org biler org tu mati, org lain ntah2 tak tolong keluarga kite lak biler kita gol. Jadi semua org jujur dan ikhlas dlam join tabung khariat kematian ni
6. Kecuali lah aku! Susah giler aku nak ikhlas join tabung ni sebab aku dok pikir kalau ader org mati aku leh tender kenduri arwah. Tu sudah cun. Aku tak lah mengalu-alukan kematian korang kan tapi kalau dah rezeki tuh tak kemana org kata! Jgn maree yer...
7. Lainlah kalau aku yg mati dulu.
Sekian Makaseh Wassalam.


Tuesday, November 11, 2008

Mak dah kata jgn main api... budak niii!!



courtesy of syed http://obskuramata.blogspot.com/

1. Tarik nafas panjang2 azam. Control kepoyo-an diri sendiri kerna poyo itu sebenarnye riak!!

2. Maser aku berbini muda ehh tershasul...muda2 dulu (last week), pernah aku tertinggal kuali panas ngan minyak kat dapur. Biler aku baling barang nak digoreng, trus terbakar. Aku panik terus padam api dan aku baling penutup periuk atas kuali . Few seconds later after api dah padam, aku dok kat luar terketar lutut sambil isap marlboro lights..pergh nekmat. Kira burn masak ari tuh... tapi aku wonder naper jadi camtuh?

3. Sekarang aku masih belum berbini muda dan sudah pencen merokok, tetapi aku dah jadi tukang masak sepenuh masa. Insiden yg sama berulang lagi, tapi aku dah kurang panik sebab
-pertama maner la tau ader awek cun usha aku jadi ilang lah macho kalau aku panik atau
-kedua atas kepala aku ader stainless steel canopy jadi kurang possibility kedai terbakar (refer gambar syed) atau
-ketiga aku dah season. Matang dan tenang dalam membuat tindakan didalam apa jua situasi. ehemm gatal tengkok plak.

4. Biler aku dah tak panik, aku mula lah mengada2 buat experimen. To cut short story shorter, biler kuali panas yg berminyak dah berasap2 di campakkan air atau bende yg berair (eg:udang basah), it only needs a spark to ignite the flame. The spark in my case, is abundantly provided by all the kerak from the ass of my kuali. The ferocity of the flame is proportional to the amount of water used. Jadi sekarang aku leh buat api camtuh bila2. Tu yang aku leh posing lam picture syed pastuh ngan alip lak tuh.

5. Jadi selaku model/cook professional, aku nak beri peringatan. Ingatlah, jika perkara yg samer berlaku pada diri anda, JANGAN...

-JANGAN sekali2 baling air lam api yg tengah menyala sebab dier akan jadi lagi besar kecuali air dlm kuantiti yg banyak eg satu baldi. Tengok pic syed, tu baru setengah gelas air.
-JANGAN lupa padam kan api dapur to cool down the kuali, no heat no flame.
-JANGAN try replicate cam aku kat umah. Terbakar nati naya. The picture was taken under strictly controlled situation at all time- ye lah tu!!
-JANGAN ingat api besar maser masak buat masakan lagi best. Sama je cam tarik teh tarik panjang2, kedua2nya untuk show jer.-JANGAN panik, lari terjerit2 macam awek kecuali kalau anda adalah sememangnyer awek sejati atau awek bukan sejati ..auww.
-JANGAN lupa mengucap. Terbace doa kunut , hadis atau memberi khutbah spontan boleh di terima.
-JANGAN lupa check danger pada keliling anda mcm curtain, wallpaper atau n kecik yg menyibok nak masuk frame (gambar syed).
-JANGAN gunakan api yg tengah menyala untuk nyalakan api rokok atau buat BBQ.
-JANGAN mengada2 carik kamera nak amik gambar. Sedarlah diri lu tak sehensem diri gua.
-JANGAN lupa no tepon bomba, ambulan dan polis kat australia adalah 000, dan no tepon model lam pic tuh 040234...sat bini aku lalu...nanti aku sambung.
-JANGAN tak tau yg model lam pic tu sebenarnyer terpaksa mengcontrol ke-enseman dlm kepanasan dan mengorban kan beberapa helai bulu roma untuk menjayakan pengambaran tersebut. Dah lah bulu roma aku terbatas. Lainlah kalau arsyad, ilang bulu roma tangan leh transplant pakai bulu dada.
-JANGAN tergelak kalau aku mati terbakar esok-lusa...Mak dah kata dah...jgn main api!!

Sekian. Makacih to all but no thanks to alip and syed sebab tak edit bagi muka aku ensem cikit!! muahahhaha.
Wassalam

Friday, November 7, 2008

Penantian buat bohsiaku. Sebuah cerpen UPSR

Peperiksaan akan bermula pada hari ini untuk mangkuk2 yg malang. Kah Kah kah aku takde exam yeaaah. Sebagai seorang yg prihatin, aku buat soalan pemahaman karangan kat bawah untuk korang praktis jwp soalan exam.

Penantian buat bohsiaku
Tatkala ku dengari engkau dalam pelayaran ke Australia tempohari, hatiku terhenti sedetik dua. Oh bohsia ku, tidakah engaku memahami betapa selama ini aku gundah gulana menantikan kehadiranmu disisiku. Maka keputusan mu untuk merentas samudera bukan untuk terbang di awangan telah membuntukan ku. Ku tahu dikau sedar,pelayaranmu bohsiaku akan menangguhkan detik gembira penyatuan kita selama 3 minggu.

Walhal, sekiranya dikau menaiki penerbangan MAS, kita akan ketemu dalam masa kurang drp 6 jam. Sekranya wang ringgit jadi penghalang, pernerbangan yg berkesinambungan sedia di tempahi di alam siber. Dari bumi Malaysia ke bumi gold coast atau melbourne mengunakan jetstar atau air asia, sebelum kembali berterbangan ke bumi Adelaide tercinta ini. Semua ini dlam masa tidak lebih drpd 2 hari.

Saban hari yg mendampingi ku hanyalah penganti mu yg kebohsia-an-nya tidak selincah gerak tarimu., tidak seharum dedaun kasihmu. Yang ada hanyalah kepalsuan yang hambar dan lesu.

Malamhari ku termimpikan mu, dinihari ku masih terasa kelazatanmu di peghujung lidahku dari mimpi semalam.
Bermain main di benaku detik pertemuan kita nanti. Pertama-tamanya, akan ku hirus dikau dengan air yang hangat sehingga luntur warna perang ke-emasanmu, sehingga keluar jbau-bauan harumu. Dan akan ku padankan dikau dengan pasanagan yg setandingmu di bumi asing ini, susu condensed milk home brand. Malang pasangan yg benar2 secocok denganmu hanya wujud di tanahair kita. Cap teko, cap junjung atau dutch lady memang selayaknya. Kemudian akan ku isi dikau bohsia ku dengan telitinya ke dalam kole ku, dan akan ku tarik, dan tarik dan tariikk dikau dengan sebaek baeeknyer.Akhirnya, akan ku hirup madu kasih mu sepuas-puas sehingga ketitisannya yg terakhir.
Dan apabila semuanya telah berlalu, akan ku kumbah-kan dikau bohsiaku kedalam mangkuk tandas myers shopping centre. Selamat tinggal bohsiaku, terimakasih atas nikmatmu, ujarku sambil tekan button flush dengan hujung bootku.

Lu boleh blah. "Arshad teh tarik bohsia lagi satu!" jeritku di dlam tandas itu.

Sinopsis utk yg bengap
Teh tarik bohsia yg best tu akan sampai lagi 3 minggu naik kapal. Best camner pon akan jadi air kencing jer akhirnya. Teh tarik arsyad ada di jual di dalam tandas myer!( bahagian lelaki ke poompuan aku tak ingat sebab maser tu aku dok lalok pening kepala nak cari ilham tulis blog..aku raser tandas OKBD).


Pengajaran drpd cerpen

1. Boss SB dah lalok, esok lusa mungkin gol. Jadi tolong beli ramai2 jadi kurang ke-lalokan nya atau datang kedai untuk mengucapkan selamat tinggal dan bermaafan.

2. Boss SB jiwang. Mesti ader mende dalam makannya yg menyebabkan dier jiwang. Jadi saper nak jiwang jom makan kedai.

3. Kedai SB tak laku sebab tu boss SB ader maser buat kerepek sambil merepek dalm blog.

4. Boss nak carik bohsia ni..semacam jer ayat2 dalam karangan tu!

5. Flush toilet boleh ditekan dengan kaki kalau jijik nak tekan pakai tangan.

6. Jangan bercakap sewaktu buang air. Aku rasa makruh kot. Sepatutnya sunat berdehem2.

Soalan pemahaman

1. Berikan dalil aqli dan naqli hukum qada hajat. (1.524 markah)

2. Susu pekat manis manakah yang paling sesuai untuk digunakan di dlm teh tarik: Cap teko, junjung , dutch lady, nestlea, home brand atau yang lain. Berikan hujah penyokong dan hujah bantahan bagi setiap contoh yg di bandingkan (150 markah)

3. Berapa helai kah jumlah bulu dada boss (0 markah)

4. Berapakah jumlah saman royalti yang akan boss terima daripada syarikat Teh Boh Malaysia Bhd kerana memandai-mandai ubah nama teh mereka dan mengunakan paket asal teh boh utk jual teh bohsia? (5 juta markah)

5. Pada pendapat anda, adakah boss SB kencing sambil duduk, berdiri, berlari atau menari? (markah bahagi 2 markah soalan no 1)

6. Di manakah boleh di dapati tiket murah balik malaysia pada 24/12/08 untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 dan penerbangan kembali untuk 1 dewasa dan 1 bini muda pada 6/1/09? (markah free)

6. Berapakah jumlah huruf a di dalam cerpen diatas?(0.000000 selepas 2 hari tekan no 0..00012 markah)

7. Khas untuk budak2 bengap yg tak leh jawap soalan2 kat atas. Sila copy jer cerpen diatas balik ke dalam kertas jawapan anda. Cikgu akan bagi markah pass nyer sebab mak2 anda semua cun-cun dan cikgu suka tolong melayu (untuk lingkup!).

Sekian. Padan muka ada exam. Makasih. Wassalam.




Wednesday, November 5, 2008

Buruh kasar yang mangkuk

SAlam
Ehh letih dah aku buat lawak. serius sikit.
Dah nak masuk 6 bulan dah kedai dibuka. Ader pekerja aku dah pulang ke rahmatullah dan ramai akan menyusuri hujung tahun nih. Jadi utk ingatan aku yang dah nyanyuk nih, aku listkan pekerja2 SB ikut tututan start kerja lebih kurang.
1. arsyad macha teh tarik special..
2. hiswani jawa murtad yg jiwang
3. aini sastera lalok
4. intan jawa sijangkang
5. aishah tangga batu
6. ihsan huhu makan berak dier pastu tido
7. aznan umno melaka
8. azmi ustad KIK
9. mat syah "the destroyer" yg "belum kawin lagi"
10. asri che ali
11. CD abang DVD
12. kamarun datuk K
13. syazila siti nurhaliza
14. rozanizam dr chef
15. lisa andartu che ali
16. N suraya angkasapuri kerdil
17. farah katun maksima
18. usin macho galah bernyawa
19. safwan lawyer khalwat
20. bear jambu SDAR
21. N besar Kelate sesat di Kedah
22. seri Kelate sesat di Adelaide
special mention.:
CD, sani blonde dan fakir fikir. Tolong maser aku setup mula2.
Din roti canai master.

Ader tertinggal ker? AKu terhutang budi dan gaji kat korang semua. Klaau tak der korang aku dah gulung tikar lama dah. Aku harap aku tak gulung tikar mase cuti 2-3 bulan ni sebab student tak der. Sedap jer aku kutuk korang kat atas yer. Kutuk lah aku plak. Aku tak kesah pon....untuk buang sesapa yg kutuk aku!

Pantun 3 das
erra fazira bersimpuh ayu
mengkemut buntutnya, menahan kentut
korang semua datang to the rescue
dengan pertolonganya, hilanglah semput.

badak dikacuk dengan labi2
anak mereka di panggil ba-bi
terima kasih daun keladi
ade rezeki kubayar gaji.

anak katak di pijak mak limah
pecah perut, tahinya jingga
sehingga badan di kandung tanah
budi baikmu ku kenang sentiasa


lesen L:
nadia dan nisa. Application pending.








Woit! brapa gelen dah masuk dalam singki. klau gua bankrap, gua saman lu safwan. Ehh lu lawyer ker, solli yer solli. Mintak no tepon. Ader member sorang tuh nak tau aper procedure2 utk kawin dua. Aku ni kawan yg prihatin jer. Satu lagi aku nak registered trade mark tahi lalat aku boleh ka?Apo den kesah ngan teh tarik aresyad! Tak do ko bondo spesel pon! Tengok den taghik tak do mandang air nyo pon!Aduh, konno tangan den.PAneh..paneeehhh. Omakkk setat kancil tu copek kito konno poi ghumah KJ! Aduihhh KJJJJ..KJJJ tolon bawak den pakai halikoptar ko sepital bole?

Sekaian.Makaseh.Wassalam

Sunday, November 2, 2008

Poll carta lagu swinging bowl

Impak drpd series lagu pilihan gempaq SB (fiona, huarghh dan hidung tamilku), aku di hujani dengan macam2 komen yg aku pon jadi biol tatau nak pilih maner satu.
JAdi susah2 aku buat poll lah berdasarkan komen2 bernas yg aku listkan dibawah. Sile undi poll di seblah ni. Ingat korang boleh mengundi lebih drpd satu pilihan.

1. "ABg Ben raser lu kene pasang lagu death metal kuat2 sampai keluar tahik telinga. Jadi kalau gua komen lu nyer CKT masin ker, teh tarik lu cair ke lu tak dengar jadi tak trasa lah kan". Lu datang kedai gua lagi skali gua bagik lu "special" baek nyer kawan2 nyer harga. Arsyaddd....susu basi tuh simpan lam fridge yer. Ada "special order".

2. "Biarr senyap je lah bang. Suasa sepi di kedai abang mengingatkan saya kesepian yang kita akan alami di alam kubur nanti. Tak pon kekadang tuh safwan trasa mcam beriktikaf di dlm masjid sambil mengmuhasabah diri". Itu kalau tak kene seksaan kubur lah kan. Adus..aircond aku takjalan ke ari nih.

3."Lisa nak abng pasang lagu fiona 24/7 jugak. Kalau tak I akan nyanyi kuat2 all day sambil berdiri atas counter abang mcm lam cayote ugly tuh!".Pergh..sabau sabau, maner aku letak air yasin aitu hah? Ader budak nak kene di renjis2 sikit nih..

4. "Abang pasang lah lagu nasyid yg mendayu2 dan penyanyi dier jambu2 tuh. Jadi ramai lah sikit sisters2 usrah datang senang arsyad nak pilih calon isteri". Ehem..abg pon sama...sama sama minat lagu nasyid cam tuh.

5."Lagu feeling lah bang, baru org layan lagu sambil makan slow2, jadi kedai nampak ramai org. N raser, silap2 terus lelap kat kedai. Kita leh charge cam hotel lak kan!". Wooo, yahudi pon tak pikir jauh macam tuh. Ideea yg bagus. AKu raser IQ kau memang lagi tinggi daripda ketinggian kau dalam cm.

6."Industan lah bro. Tak pon tamil ker. Dr mahathir dalam chedet.com pon setuju bagik datuk kat syah ruk khan atas sumbanganyer menglamerkan melaka. Abang pasang lagu industan , gerenti Indian satu adelaide lepak kedai abang. Maner ade kedai kat adelaide ni pasang lagu industan. nyillekk. Silap2 Bollywood pulak bagik abang datuk! " Neehhhiiiiiiiiiiiiiiiii usen sahab. Nanti menyusahkan kau ngan arsyad asyik tukar baju 5-6 kali satu lagu. Lagipon kalau hanya awek industan datang lepak kedai no hal. Tapi biler balak2 industan datang tuh, aku raser mcm OKBD lak..orang kurang bulu dada.

7."Yanti rase pasang jer al-Quran all day. Kita dapat barakah dan ketenangan drpnya insyaAllah". Alhamdullillah. Betul tu istriku. Sama macam poligami, ader barakahnya dan ia mendatangkan ketenangan kepada jiwa suami yg bergelora.

Sekian. makasey. Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails