Salam,
1. Hari ini adalah hari bersejarah di adelaide. Pertamanya, aku score gol maser frenly tadi lepas masuk 5 minit pada separuh masa kedua. Malangnya aku injured 10 saat kemudian. Kalau tidak, 1 gol 5 minit, jadi 45 minit main aku akan score 9 gol. Naya pihak lawan tu! Aku sakit lagi ni. Kesian kat aku takde bini muda nak urut aku malam ni.
2. Keduanya, hari ni adalh hari di mana 2 artis malaysia telah mencemar duli, untuk membuat persembahan di adelaide ni. Org2 lama adelaide telah menganjurkan program untuk menyambut pelajar baru di hostel makyah adelaide yg bertempat di suburb "taman abang roslan" atau "you panggil tempat I ni rosepark je lah".
3. Kedua2 artis tersebut bukan calang2 artis. Mereka adalah succesful artists drpd 2 genre yg totally opposite. Artis pertama adalah artis genre mainstream drpd kumpulan nasyid yg di kenali ramai terutamanya oleh awek2 usrah yg pakai tudung labuh dan abg2 usrah yg berjanggut hensem. Artis kedua pula drpd genre sidestream, adalah pendokong group deathmetal yg TIDAK dikenali oleh maner2 awek pon samada yg pakai tudung atupun tidak (kecuali bininya), tetapi di tabik spring oleh mat-mat metal tegar seantaro malaya.
4. Aku layan dua2. Ketika aku dok merakam album nasyid dalam shower rumah aku dan membuat konsert deathmetal maser aku teran taik nak berak, kedua2 artis ini telah merakamkan album di studio dan membuat konsert di bersepah2 tempat. Jadi bukan calang2 artis lah ni.
5. Biasenyer klau ade event camni, kita amik budak maner2 ntah pastu suruh buat show nasyid la, nanyi2 lagu indon la, tah ape2 lagi. Ni real artis beb! Show free plak tu. Malangnya aku tak leh gi sebab kene bukak kedai. Big mistake. Ade la sekor dua dtg tadi. Syukur. mekacih ye.
6. Sebenornya, aku nak tengok camne aksi mereka kerana sorang nasyid dan sorang metal. Gilo ko. Ni sudah aksi terlampau taraf aksi terlampau seorang pramugara, aksi terlampau seorang ahli politik muar dan bukit lanjan ni. Ini sungguh terlampau macam kari perasa kurma, macam korek idung pakai gigi, macam kentut dijadikan perfume, mcam paris hilton pakai purdah, macam KJ masuk PAS, macam bini hanya sorang dan macam main bola 5 minit dah score 1 gol....gilo terlampau hebat!
7. Diperkenalkan artis pertama, bro Alim Masnan drp group Brothers
Aper terlopong tu. Tutup mulut masing2. Gilo power. Alim yg kedua dari kiri yg dok korek taik telinga tu la. Woi bro lain kali korek kat rumah la!
8. Dan artis kedua pemain gitar kencang drpd group Langsuyr, Abg Ben.
Woi tutup mulut tu! Gua tau lu org terpegun. Bro Ben gitaris paling kanan yg paling dekat ngan kamera tu la.
9. Kedua2 abang hensem ini status mereka adalh seperti aku, BELUM BERKAHWIN dua, tiga atau empat lagi. Jadi kalau berkenan bolehlah hallo-hallo aku yer.
10.Dan Terimalah, eksclusive di SB, hasil colloboration mereka ini.
Lol. Apekejadah bro. Gua inggat abg ben yg dah pakai kopiah dan hensem berbaju melayu tu nak bernasyid tadi! Ni sudah silap klip la.
11. Yang ni la sebenarnya
Alamak ni drpd folder favorite aku. Camner terpost ni? Kantoi. Pergh ..memori 1989 maser aku stay-up stadi mase SRP dulu.
12. Berita palsu rupanyer. Video hangit tersebut belum release lagi la. Dierorg tengah edit ngan digitally mastered kot. Nanti aku post lain kot.
13. Di dalam kolobrasi mereka pada hari ini, basically mereke mempersembahkan nasyid. Alim nanyi lagu brothers dan abg ben main gitar. Jadi, langkah seterusnya yg aku nanti-nantikan adalah abg ben still main gitar tapi alim kena nyanyi lagu langsuyr pulak. Huyooo...tu baru terlampau.
VENUE: manalaga. Di kedai yg tokeynyer "Suka Berbini-bini","U panggil kedai I SB dah lah"
TIME: lupa bawak jam
DATE: TBA.
12. Amacam ben ngan alim? Bisa?
Sekian, mekasih, wassalam.
9 comments:
gua ada satu lagu siap untuk alim nyanyi. Metal tapi tak berapa ekstrim. Lu dengar sini http://www.soundclick.com/bands/default.cfm?bandid=727810
tajuk GAZA
aku terlena masa nak tgk diorg ni nyanyi.baru nak horns up.tapi bangun2 dah habis.dah packing gitar.
Lutfie: pantang dengar al-quran dan nasyid je kau tido yer.
Ben:
1. Gilo babi best. Catchy and feeling. Aku tak leh pikir camne kau leh buat lagu camni.Aku setuju cakap kau, metal tapi tak ekstrim.
2. Tapi kalau org dengar org tak kata nasyid lah kan. Org kata lagu GAZA tu macam lagu search wings yg bukan cintan macam jerangkap samar, opera hidup(best gilobabas), melayar bahtera (Srch) gitu.
3. Still okay, sebab yg penting lagu best jadi org akan dengar. Pastu biler org menghayati liriknya (kalau boleh paham) org akan dapt message kau tu.
4.Tapi aku tak pernah denagr alim nyanyi solo lagi. Jadi aku kurang pasti jika lagu kau tu boleh masuk ngan suara dier. Kalau amy atau awie (10 tahun lepas) bolehlah.
5. Kenaper kau tak nyanyi sendiri bro? Bukan kau dulu vokalis gak ke?
6. Kau budak ipoh takkan tak kenal mus kot. Mintak dia nyayi la bro?
7. Nak mintak aku nyanyi bole gak. Tapi aku ni hensem sangat. Nanti org kate lagu kau ni naik sebab aku hensem bukan sebab kau susah susah buat kasi cun!
aku br igt nk uplod clip diorg perform smlm...
tp tgk2 kemere aku gagal dikesan sp skang..
argh!!!
adus... pandai la ko mempromosikan kitorg pd 2 alam yg berbeza.. Tp aku cukup terhibur dgn gaya penampilan ayat2 cintamu itu.. So, aku akan boktikan yg aku sebenarnya tak le sesyahdu manapun bernasyid, leh layan gak jerit2 bro.. Aku penah jd qari sekolah bro.. setakat jerit2 makam tinggi tu bolehla gak... Cuma aku tak sgt arah dunia gelap lagi.. (Dark Sider) Tunggula nanti...
huhu: kamera kecik cinonet memangla senang nak ilang. Lain kali belilah kamera gedabak macam kamera alip, sayid dll ahli kelub portography tu.
alim: Kau pon bole jerit2 ke? Memang la kau ni macam abg ben. Ni lah di katakan "air tenang jangan dikatakan tiada buaya". Muka civic, tapi hati bergelora...
muke sivik hati bergelora. kui3. huahuahua. anyway bos, artis dah ade kat adelaide tuh, bleh la kot sesekali live show kat SB :P ok dak abg ben & abg alim ? :D
sbnrnya i can't really recognize abg alim ni yg mana satu sbb kenal saleh brothers je, abg pada my colleague kat smkaks ngan kisas. tp bile usya2 balik video clip brothers, barula tau abg alim nih yang sore ala2 manje gitu. hehehe. abg bos, try usya nih, antara nasyid2 yg aku layan zaman muda2 dulu :P (oopss, lupe lak ko tak lyn nasyid leleh ekk:P)
http://www.youtube.com/watch?v=ZHvXVZ5GVOM
isuzu: terima kasih sebab bagi aku termuntah. Terpaksa samak telinga aku dengan fiona.
babeng..1989 ambik srp.. aku mase tu tgh usha akak2 nursery lagi kut.. haha
Post a Comment