Wednesday, March 11, 2009

Empatloji kopi kuat: Woi! Hari2mau cerite sama ka!

Salam,

1. Aku dah bagitau dah dulu dan dulu dan dulu dalam trilogi aku. Korang tak nak caya. Ni bace kat BH pasal "kemaruk ubat kuat" yg cerite lebih kurang cam aku cerite, antara lain, tentang ketidak-effektif-fan kopi tongkat ali.

2. Di dalam artikel "Berhati2 guna ubat kuat" pulak, pihak farmasi kementerian kesihatan keluarkan warning tentang kopi yg campur sildenafil (viagra), tadalafil (cialis) dan vardenafil (levitra). Kopi ni di banned kerana depa campur ubat kedalam kopi. Jadi tu dah jatuh undang2 macam jual "ubat/medicine". Tapi kalau campur tongkat ali, tu hanya di kira sebagai "herbal", jadi kementerian buat donno je.

3. Bahaya apabila ubat/medicine di campur ke dalam kopi ialah tidak semue org boleh amik ubat ni kerana ade "side effek" dan ader "contraindication" biler amik ubat ni. Ape ke menatang bezanyer antara dua tu korang tanya?

4. "Side effeck" ni biler org mkn ubat tu, ader kesan2 yang tak best telah di alami oleh sesetengah orang. Contohnya ade orang sakit kepala, muntah2, cirit birit, gatal2, pompuan tumbuh misai, laki naik tetek, mati dll. So ini TAK DAPAT DI AGAK sape akan kene dan effek pesen aper akan kene terhadap seseorang individu.

5. "Contraindication" pulak adalah orang 2 yang "pantang" /tak leh amik ubat tu. Contohnya saper ader sakit jantung , pantang/jangan amik viagra, saper ade G6PD is contraindicated untuk amik aspirin, saper pregnant is contraindicated/tak leh untuk Xray and so on.

6. Cara mudah nak ingatnyer, biler ngorat awek cun yang anda usha kat kedai swinging bowl,

Effect: anda berjaya tekan ayat dan sekarang dah berbahagia ke anak cucu.

Side effect: awek tu buat bodoh, awek tu hadiah pelempang free, awek tu awek usrah yang bagi tazkirah tentang akhlak buruk anda selama dua jam setengah, awek tu sebenarnya bapuk, awek tu minta belanja makan murtabak mahal aku yg ayam $7.50 atau lamb $6.50, ie semuanya kau tak leh nak bajet.

Contraindication: Anda jangan mengada2 ngorat awek tersebut sekiranya muka anda tak hensem (tapi kalau pandai tekan ayat jalan je), anda tiada pulus sebab duit biasiswa ari tu dah abis sedekah kat tabung amal kawin empat SB, badan anda kuat bau kari sebab dok masak seharian sampai awek tu perli "awak ni pakai perfume made in india ke?", anda telah beristeri empat, awek tu bini orang, awek tu bini tokey SB yang ader kat belakang tu dok potong ayam ngan pisau besar bapak.

7. Mak ooi panjang nyer aku melalut. Kembali kepada cerita asal. Kopi yg di campur ngan viagra dan adik beradiknya tersebut di banned kerana silap aribulan orang boleh mati kalau minum kopi tersebut kalau contraindicated.

8. Nama2 tak lehbelah kopi yang di banned tersebut adalah Coffee Hari2-mau Power X2, B-Fit Coffee, Spring Cafe, Ali Baba Coffee 10 in 1, Kopi Kucing Galak, Kopi Pahlawan, Kopi Tenaga Tok Lebai Plus, Mentalk Candy Ginseng & Coffee, Kopi Bagus AAA dan Evo Green Mix For Healthy & Vitality.

9. Jadi sekiranya anda memiliki kopi2 tersebut, anda di kehendaki menyerahkan kopi itu kat aku untuk di musnahkan ASAP!! Dia ada cara special untuk di musnahkan yang korang budak2 kocik tak tau.

sekian mekasih Wassalam

3 comments:

Dr. Bentara said...

Masing-masing dengan minat dia sendiri. Gua minat Metal. Lu minat tongkat ali. Next entry boleh lu tulis pendetailan terhadap setiap kopi tongkat ali yang diketahui? Kat wikipedia tak leh jumpa la...

ihsan_huhu said...

sape2 yg ade kopi2 tuh try r snif,

mane r tau leh high ke xyah bli dadah mahal

mangkuk statik said...

ben: gua pon dah boring ngan tongakt ni. Next post gua nak cerite pasal kacip faimah lah plak.
huhu: kau tu tak yah pakai dadah pon dah high 24/7...tengok tu, komen pon melalut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails