Sunday, March 15, 2009

Datukship part 1: Atuk hang la!

Salam,

1. Pertama2nya, sampai arini ader lagi org dok tanyer "camner hal kat malaysia dah settle dah ke?". Hal pekejadah? Hal bini aku kene ngorat tu ler.. Ramai sungguh org2 bace blog aku yg suspen biler bacer post tu. Sekali lagi dan buat kali yg terakhir aku ingin inggatkan, Bahawasanya alhamdullidalh Allah telah menjadikan aku ni hensem. Jadi aku tak risau bini aku lari. Nak ngorat ker, sihir ke, bomoh siam ke, minyak dagu ke silakanlah. Kalau dier lari sekali pon, aku boleh cari lain insyaAllah. Sekian Mekasih Wassalam. Tutup kes.

2. Cerita baru. Aritu maser program SLB/orientasi budak baru (konsert ben & alim), ader la dua tiga ekor VIP/dif-dif kehormat datang ke adelaide ni (woi..saper tau dif tu amende?). Nasib baik tak datang kedai aku. Aku ni bukan aper. Aku ni bohsan sikit nak melayan kerenah org2 penting atau perasan penting ni.

3. Sudah menjadi adat kebiasaan org melayu dan juga jgn lupa, sunnah Rasullulah untuk menyambut atau melayan tetamu dengan sebaiknya. Tetamu ada hak untuk duduk di rumah kita selama 3 hari tanpa dipersoalkan langsung oleh kita. Tetapi tetamu juga hendaknya menghormati tuan rumah dan menjaga adab mereka sendiri.

4. Tapi aku ni ader penyakit hati kot. Aku cukup menyampah nak layan org2 "besar" ni. Aku tau ader org yg suka berkawan ngan org2 besar ni, "Pasang cable" org kata. Tapi aku bukan camtu. Aku seboleh-bolehnya tak nak terhegeh2 jumpa petronas, MARA atau JPA officer mintak kontrak makan atau jumpa maner2 "org besar" untuk mintak project. Aritu ader sorang timbalan MB telah datng makan kedai aku. Ade konco2 dia suggest aku amik gambar ngan datuk tu dan letak kat kedai. Terima kasihlah. Aku tak jumpa dan salam datuk tu pon dan dier belah gitu jer. Babai....kurang ajar sungguh aku ni!

5.Mungkin ego aku kuat kot. Tapi hakikatnya pertolongan mereka ni menyebabkan kita terikat dgn org tersebut secara tidak langsung. Jadi one day, kite kenalah balas balik. Tu yang aku maleh. Jadi sebab tu bagi aku org2 besar, datuk2, tengku2, tan sri2 dll ni, boleh belah lah! Aku tak nak jadi "hamba" kepada sesiapa pon dlm dunia ni, kecuali hamba kepada Allah, hamba kepada ibu bapa aku dan hamba seks kepada bini2 aku.

6. Tu lah yg aku bukak kedai niaga sendiri. Konon 2 jadi boslah. Tapi hakikatnya, kita always terikat kepada org lain. Aku terikat kepada tuan kedai aku, pembekal2 supply aku dan terikat dengan korang customer aku. Korang2 ni sebenarnya boss aku tau dak! Inggat dak "customers is always right"? Nanti aku stori panjang tentang falsampah tu.

7. Sebenarnya, aku pon pernah jumpa sorang Datuk TKSU sebuah kementerian di malaysia maser nak bukak kedai ni. Mase tu rennovation dah nak siap dan kedai lagi sebulan nak bukak. Kontraktor dah mintak duit, tapi aku dah pokai, duit negative beribu2 lam bank dan aku dah abis pinjam duit merata. Aku desperate. Sekali datuk ni somehow tau aku nak bukak kedai, so die hallo bini aku dan suggest buat meeting ngan dier (ntah2 datuk ni yug dok ngorat bini aku!! ciss).

8. Aku pon fly balik malaysia dan buat presentation kat ministry tu. Tup tap tup tap, the deal is off with the ministry because I decided not to go through bcoz banyak hassle yg merbahaya. To be honest, that datuk is a good person. He seems to be sincere nak tolong aku. Mungkin sebab die berkenan ngan bini aku tapi back-off biler tengok aku ni kacak. Mungkin sebab aku ni melayu. Dan yg pastinyer sebab aku ore kelate! Jupo guu...nate' mu. Racist sunggoh ore kelate ni!

9. Banyak datuk2 yg baik ni. Tapi banyak lagi datuk2 yg "baeekk" nyer. Aku dah banyak tenggok datuk2 senator, ahli parlimen, pengarah agensi kerajaan dan dekan-dekan fakulti yang merendah diri dan peramah di kedai aku. Tapi aku ader juga jumpa datuk2 yg ek'. Kadang2 tu mereke sebenarnya bukan ek' , tapi prosedur "made in malaysia" lah yg membuatkan mereka terpaksa ek'. Apa ke jadah kau nak cakap ni bro?

10. Maksud aku , memang menjadi kebudayaan di malaysia, org2 bawahan kene entertain org2 atasan. Jadi contohnya biler datuk2 vice chancellor Universiti Nurhaliza (UN) datang, maka abangkakak dan makcikpakcik postgrad drpd UN terpakselah terhegeh2 melayan VC mereke. Mintak aku bukak kedai awal lah, hidang makanan la, masak special lah dll. Bile time bayar pulak, semua konco2 nya dok berebut-rebut nak bayar. Boss mereka dok cungkil gigi dan usha dari jauh jer. Woi datuk bangsat! Aku tau kau dapat elaun perjalanan, makanan dan keraian (entertaint)beribu-ribu ringgit. Budak2 bawahan kau tak dapat pon. Jadi kau lah patut belanje semua org! (excuse my french..I use it to demonstrate my strong feelings against this stupid practise)

11. Aku pasti, bende yg same berlaku di malaysia dari serendah2 tahap, kepadalah pucuk pimpinan teratas negara. The boss never pick-up the bills. So the rich is getting richer and funnily the poor have to feed the rich. Minda kita ni sebenarnya telah di kongkong. Kita org malaysia terlalu takut dan taat kepada org atasan. Org atasan kita patuhi tanpa bantahan drpd boss kita, kepada boss kepda boss, kepada ADUN, kepada MB kepada PM dan kepada Sultan.

12.Kita org melayu ini adalah keturunan melayu Hang Tuah. "Apa titah, patik junjung" prinsipnya. Org cam aku ni plak di kira "melayu biadap" oleh sultan selangor dan raja nazrin. Kalaulah betul hang tuah kate "ta' melayu hilang di dunia", aku nak kata, " woi tuah, kalau melayu yg tinggal di dunia ni melayu cam kau, aku nak join aska portugis dan tembak sekor2 biar mampos."

13. Sepatutnya aper2 yg di titahkan oleh boss, kita pikir jap, logiknya, halal-haramnya, impaknya, keberkesananya etc, then kita protes jika salah atau taat jika benar. Ni biler Sultan Melaka kata "wahai org melaka, ayuh maju menyerang kapal si benggali putih ini. Jgn risau. Kita ade ilmu kebal!". Malangnya org melaka tak de ilmu kebal. Mereka ade ilmu bebal je! Maka mereka meyerang kapal portugis heads-on dengan selambe rock. The rest is history.

14. Bagus gak org cam tu kojol. Kalau tak depa ni akan beranak pinak dan menghasilkan anak cucu cicit yang lagi bebal. Malangnya, org cam kita ni pulak di lahirkan drpd keturunan penakut yg dok nyorok kat atas pokok kelapa dan dalam reban ayam maser org lain gi perang. Tu yg menghasilkan kau dan aku yg penakut hampeh ni. Takut kat bini, takut kat boss, takut kat hantu, takutkan polis, takutkan datuk2, takutkan sultan etc. Satu jer org2 kita ni tak takut. Kita tak takutkan Allah. Tak takutkan balasan di akhirat nanti. Tu yg kebatilan, maksiat , pecah amanah, penyalahgunaan kuasa, blog2 durjana mengumpat org dalam bahase french dll besepah2 tu......

TBC...

Sekain. Mekasih .Wassalam

5 comments:

Dr. Bentara said...

Orang berpangkat kena muliakan dia juga ikut sunnah Nabi s.a.w. tapi tak perlu excessive.

Tapi protokol ofis lebih2 ni memang gua pun menyampah. Nak kena pakai necktie. Then nak tuck-in baju tayang bontot. Pebende tu?

Anonymous said...

dif: diderive drpd perkataan arab dhif (dhod, ya, fa) yg meaning nyer tetamu...

utk penjelasan lnjut sila rujuk pakar arab en safwan

Anonymous said...

hahahaha...enjoy baca entry yg nih!

FakirFikir said...

Aku terasa hati, terkilan sungguh hang kata "Aku cukup menyampah nak layan org2 "besar" ni". Aku tau hang memang nak sindir orang macam aku.

mangkuk statik said...

abg ben: ehh...kat office kau kene "tuck-in baju tayang buntut" kata kau. Utk laki ke pompuan? Aku nak keje kat office kau leh tak?

na2kap: syukran, jzk. Baru aku tau.

n: aku raser kau dah terlebih telan pill tu. Tu yg ter over enjoy tu!

fakir: Hang ni "besar" tang mana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails