Thursday, September 30, 2010

Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah...

Salam,

1. Aritu ada sorang budak tu bersemangat tanya aku.
"Bro! Apa rahsia kau bole menten "gini"?"

2. Aku mula2 nak goreng la apa2. Pakai susuk ke, bela hantu raya ke, botox, jamu, urutan batin bla2. Tapi sebab dia macam semangat giler, aku jadi kesian. Aku pikir jap seminit je, aku dah tau naper aku "gini".

3. Rahsia aku ada DUA je. Pertama Genetik. Kedua Environment. Dan kedua2nya ini adalh ketentuan takdir Allah ke atas aku. Aku tak mintak. Aku tak berusaha. Tetiba Allah bagi gedebuk aku jadi "gini".

4. So nat wat camner? Korang cubalah camner pon. Korang TAKAN boleh jadi macam aku "gini". Korang TAKAN boleh menten hensem, macho, taff, superstar bola, chick magnet, membangkitkan kek dan selera wanita seperti aku walaupun aku dah baya pakcik2 engkorang.

5. I am a freak of nature. Mcam Angelina Jolie, Jared Leto etc. Kadang2 aku pon jadi malu. Sebab dah berjuta kali orang tegur aku sebab diorang masih kenal aku yg tak berubah sangat ni, tapi aku tak ingat pon sape makhluk Allah tu sebab diaorg dah tua, botak, boroi, beruban, montel dan bertetek labuh.
_____________________________________
Gambar by AliphAnwar TempePhoto Inc.

6. Mari kita cerita tentang ENVIRONMENT aku dulu.

7. Aku memang "naturally tough"! Kat bodi aku, hanya satu je muscle yang aku kene workout sikit. Zakar. Eh silap....6 pek aku. Itu pon aku buat 50 sit-up after mainbola lebih kurang 3 kali seminggu. Lain2 muscle aku datangnya secara "natural" dari kerja dan sukan aku. Aku tak pernah work-out ke pegi gym gitu. Too gay!

8. Kecik2 dulu aku naik beskal ari2 ke sekolah. Ari2 main bola. Pastu tiap minggu aku gi TaeKwonDo. Every weekend aku kene tolong bapak aku berkebun. Angkat baja, mengcangkul, tanam pokok, siram pokok etc. Dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.

9. Mula2 aku maki2 gak dlm hati. Letih la. Patah tulang aku. Child abuse lah etc. Sekali bila aku akil baligh, aku baru perasan bila usha cermin. Fuck me! Aku jadi taff sial! Pastu no more komplen bila kene berkebun! Lagi rajin ada la!

10. So bla bla bla, aku menten main bola sampai skang. Pastu aku keje kat Adeled ni plak kerja2 fizikal. Cleaner la, angkat photostat machine la, kilang ayam la etc dan sekarang ni kat Swinging Bowl.

11. So tak heran la aku bole menten 6 pek sejak azali sampai skang. Cuma kebesaran 6 pek tu turun naik lah kan mengikut peredaran zaman. Macam zakar la. Ada kalanya besar. Ada kalanya sangat besar. Gitulah lebih kurang.
_________________________________

12. GENETIK pulak.

13. Although mak pak korang bagik 23 chromosomes sorang masa meiosis tuh, tapi gabungan choromosomes tu berlainan untuk setiap anak (kecuali identical twin). So itu pasal adik beradik boleh nampak lain. Ada yang lebih cun. Ada yang lebih slim. Ada yang lebih pandai. Ada yg berkopek besar. Ini semua anugerah Allah. Redha sajalah.

14. Tapi sebab mak pak aku dua2nya bergenetik awsome, kitaorang 5 orang adik beradik semuanya lebih kurang je pesen nya. Cuma ada yg lebih gergasi drp yg lain je. Damn U!

15. Tapi genetik ini bukan macam environment. Kita tak boleh ubah. Contonynya. Kalau kau bermetabolism rendah, makan biskut marie sekeping pon boleh naik sepuluh kilo. Tapi, kau tak boleh nak re-set metabolism kau tu dah. Kau hanya boleh ubah environment kau je. So jgnlah makan biskut marie banayk2 kalau kau tau kau boleh jadi debab!

16. So dalam kes aku skang ni, aku memanglah bergenetik awesome dari segi metabolism, muscle, kegeniusan, kehenseman, awet muda etc. Tapi genetik aku sebelah mak aku ada masalah sikit.

17. Geng2 sebelah mak aku mmg la kerja cepat, organize, taff , sehat dan umur panjang sampai 90han gitu kot. Akan tetapi the last 20 years of their life, hidup diorang blur. Diorang nyanyok! Dementia istilah mediknya

18. Aku sempat jumpa kedua2 moyang laki dan pompuan aku sebab umur diorang panjang. So aku dah tengok the deterioration into the darkness tu. Moyang aku dulu fit. Pergi masjid naik beskal. Kerja organize dan cepat. Sembahyang pon kilat. Kejap je abis. Kalau jadi makmum siap boleh berpeluh aku nak hambat!

19. Cakap cepat. Dzikir plak mcam ribut. Kalau "Allahuakbar" tu, kau sempat tangkap dia sebut " bar, bar bar, bar" je. Kalau "Lailahaillallah", kau dengar " loh loh loh loh loh loh". Kalu Subhanallah pon kau dengar sama je " loh loh loh loh loh loh". Kitaorag adik beradik dulu dok duat lawak gaban je pasal dzikir moyang aku tu.

20. Tapi bila sekarang ni aku pon dah perasan aku dah macam moyang aku. Aku cakap cepat. Aku semayang pon cam kilat. Bulan posa aitu aku selalu sampai masjid lambat utk berterawih sebab aku kene keje. So biasanya aku akan sampai kat Adelaide mosque ngam2 pada solat terawih terakhir .

21. So bila aku abis semayang isyak je, org lain baru nak solat witir. So aku pulun lah semayang terawih sebanyak 8 rakaat dan witir 3 rakaat sengsorang. Dan aku abis sama je taim ngan org lain!! So org lain berwitir 3 rakaat. Aku boleh semayang 11 rakaat during that time! BUT. Korang kene tau. Imam tu baca slow giler. Pastuh dia nyer doa masa witir tu, perghh...mengoncang patela! Aku baca cam biasa je taim semayang tu. Cuma tak baca surah lah kan. Gerak geri pon cam biasa. Ada tomakninah!

Pemandangan biasa di Swinging Bowl. Seorang hensem di depan fridge.
Masa kat depan dapur tadi aku ingat aku nak apa. Tapi 3 saat pastuh bila aku nak ambik barang kat dalam fridge, aku dah lupa dah ape yg aku nak ambik tadi!!


22. Anyway. Aku now, at the age of 36, dah banyak dah sign2 yg aku dah mula nyanyok! Aku tak boleh ingat nombor or date walaupun kau baru je sebut kat aku 1 saat yg lepas! Sebab tu aku selalu lupa berapa JUMLAH bini aku!

23. Ni lah juga antara titik nokhtah usaha aku untuk buat medik sebenarnya. Aku sedar aku tak boleh memorize anymore. Paling effek, bila patient bagik history, aku tak boleh re-call sepenuhnya. Banyak miss. Aku tau ni bahaya gila! Aku tau aku tak boleh jadi doktor.

24. No plate keta aku pon aku tak ingat! Pin no aku semuanya sama. Login dan password pon! But, walaupun aku tak ingat facts, tapi aku ingat the process to get the facts back! Macam aku tak ingat nama jalan, tapi aku ingat the process/the path to get there.

25. So, based on my early onset of dementia, aku project aku ada lagi lebih kurang 20 tahun je sebelum memori aku deleted completely! Crashed! Formatted! And there's nothing that I can do to stop it!
ARGHHH!! Bosan lah aku nak ingat pekebende yg aku nak ambik tadi. Baik aku buat sit-up sambil berdiri. Hiyah! SATU..Hiyah! DUA..Hiyahh! TIGA..Hiyahhh! Err..brapa tadi..DOBLAS..Hiyahhhh PATPULOH...

26. So kepada awek2 yg berminat, di jemput kawin ngan aku lagi 20 tahun. Kau boleh mintak duit ngan aku tiap seminit, sebab aku dah lupa aku dah bagik kat kau ke belum. Tapi WARNING!! Aku akan mintak beromen ngan ngkau setiap seminit jugak sebab aku dah lupa walaupun kita baru je lepas beromen buat kali ke 27 dlm masa sehari tadi.

27. So sekiranya kita panjang umur. Engkorang datang balik untuk antar anak2 engkorang datang study di Adelaide lagi 20 tahun, engkorang jgn lah kecik hati kalau bila kau jumpa aku, aku dah lupa dah sapa ngkau tu.

28. Dan sekiranya taim tu, kau terjumpa aku dok berlegar2 kehulu-kehilir Rundle Mall dengan tidak berbaju menayangkan pectoralis major yg kukuh, 6 pek yg terukir indah, muka yg menten hensem, rambut yg putih tapi masih "pacak" sambil mulut aku terkumat kamit menyebut
"....Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah Milah..."
, kau janganlah buat2 tak kenal.
Buat2 tak paham.

29. Aku tengah lupa camer nak balik ke kedai sebenarnya. Lorong celah mana satu lah aku nak masuk.

Pimpinlah aku di masa itu ke kedai balik boleh dak....?


30. Dan siapakah Milah?
Tidak.
Kau takkan jumpa Milah di kedai aku di waktu itu.
Kau juga takan jumpa Milah di rumah aku di waktu itu.
Kau juga takan jumpa Milah di dalm bilik air sedang bermandi junub setelah beromen buat kali ke 28 pada hari tu.
Kerana Milah tu bukan orang.
Milah itu hanyalah sebutan dzikir aku.
Sebagaimana sebutan dzikir arwah moyang aku.

Alhamdullilah... Alhamdullilah.. Alhamdullilah... Alhamdullilah.. Alhamdullilah... Alhamdullilah.

Itulah Millah.

Al-fatihah utk arwah moyang, atuk, nenek kita semua.

Sekian, mekasih, wassalam.

Wednesday, September 29, 2010

Hadiah Untuk Pemain Terbaik Tournament Futsal ISMA 2010

Salam

2 hari lepas aku dapat PM kat fesbuk..............
___________________________________

futsal

Between You and Helmi Miu
Helmi Miu September 28 at 10:39am Report
salam Encik Azam yg hensem...
saya ingin bertanya bagi pihak futsal ISMA..

adakah anda berminat untuk menaja voucher makan...

kepada pemain terbaik tournament yg menjelang tiba..

dan mana tahu...

anda akan memberikan voucher berkenaan kepada diri anda sendiri...haha...

so kalu ko bermurah hati..inform aku k...

thanks...
____________________________________
Macam haram!

- Ada nada2 perli di situ.

- Mengapakah masih ada manusia yg menyangsikan kepoweran aku berbolasepakan? Ahad ni, taim tornement jaga kau! Harap2 kau ada insuran kaki!

- Sudah tentunya aku sudi meng-sponsor. Bukan setakat pemain terbaik. "Pemain Terhensem" pon aku boleh sponsor gak sebenarnya. Akan tetapi di sebabkan anugerah tersebut dah sah-sah konfirm dapek kat aku, tak payah lah aku sponsor kay! Kang orang kata aku ni poyo lah pulak kan!

- Susah betul! Celebrity cam aku ni ramai sungguh yg jeles.
_____________________________________
HADIAHNYA

Maka dengan ini aku yang tersangat hensem dan tersangat pemurah hati, ingin mengumumkan. Pemenang "Pemain Terbaik Futsal ISMA 2010" akan mendapat hadiah yg di sponsor penuh oleh Swinging Bowl Co, iaitu.....

1. Vaucher makanan bernilai $30.

2. FREE air teh tarik SEPANJANG TAHUN! Errrr.... tahun ni lah kan. Ada lagi 3 bulan kau boleh belasah teh tarik aku! Minumlah sampai cirit.

3. LUNCH PERCUMA di kedai dari 1 August 2011 hinggalah 31 August 2011 ( bole check kalender kat sini)

4. PERCUMA seumur hidup, untuk kegunaan "diri anda sahaja", Libra Ultra Thin Wings Regular 14.5. Harga maintainance servis kereta Lamborghini Gallardo Spyder milik anda, untuk SEUMUR HIDUP.

6. SEGALA KOS pembedahan dan ubat-ubatan untuk pertukaran jantina/gender re-assignment di Thailand.(sini)

7. Kos pegi haji ANDA yang ke duapuluhsatu. Sebagai BONUS. Aku tanggung sekali kelaurga, sanak saudara dan SELURUH PENDUDUK NEGERI ANDA untuk teman anda buat haji!

8. Tiket parking Bot anda di Glenelg marina dari besok pagi sampailah kiamat!

9. Gaji anda akan aku lipat kaligandakan sebanyak SEPULUH KALI, sekiranya anda berjaya main untuk state/negeri anda.

10. Gaji anda akan aku lipat kaligandakan sebanyak SEPULUH TRILLION KALI, sekiranya anda berjaya bermain untuk Barca, Real, Man U, Chelsea....alahh...kira mana2 jelah kelab kat Europe tu lah.

11. SEGALA KOS PERKAHWINAN anda untuk bini yang ke-empat.

12. SEGALA KOS PENGKEBUMIAN anda selepas anda di pukul mati oleh sanak saudara bini no satu, dua dan tiga selepas akad nikah anda dengan bini yg ke-empat.

13. Anda juga akan di SPONSOR PENUH oleh Swinging Bowl Music Ltd, untuk membuat album solo anda yang ke sembilan.

14. Anda dan seluruh penduduk kampung/perumahan anda, akan di tanggung SEGALA PERBELANJAAN untuk ke World Cup! Including harga tiket semua perlawanan first class, penginapan di hotel 5 bintang, backstage VVIP pass dll. Apabila FIFA World Cup di adakan di Malaysia nanti insyaAllah!

15. Akhir sekali, aku mengofferkan DIRI SENDIRI, sebagai teman hidup, teman seks a.k.a SUAMI kepada CUCU anda, pemain terbaik Futsal Tournament ISMA. Tak kiralah samada cucu anda howt ke, muka pecah ke, lumpuh ke, montel ke. Aku ni bukan memilih orangnya.
________________________________________

Semoga dengan pergorbanan aku ini, jalinan ikatan ukuwah antara ana dan anta akan menjadi semakin erat dan dilampahi rahmat selama-lamanya.

Berusahalah sedaya upaya anda untuk menang. Selepas itu barulah anda berdoa dan bertawakal kepada Alllah.

Kerana, aku merasakan anda perlu bertawakal senuhnya kalau jumpa team aku nanti. InsyaAllah. Kami belasah team anda manja-manja sahaja.

Akhir kata, tolonglah jangan jeles bila team aku menang nanti insyaAllah. Kerana itu irihati itu adalah penyakit hati. Ujub dan riak itu pula, aku tak ingat pulak masuk sekali kategori penyakit hati ke tidak. Sila rujuk naqib masing2.

Kepada yg tidak bernaqib. Salam sejahtera.

Selamat berfutsal kpd semua.

Sekian. mekasih, wassalam.

Tuesday, September 28, 2010

Pujangga mengatakan............

Salam,

1. Di petang Khamis lalu, tatkala aku melangkah masuk ke rumah terbuka Iona Street, gegendang telingaku di sapa bertalu2.
" Bro! Kau pakai spender tak ni?"
Sambil mata-mata mereka liar cuba menelanjangi celah kangkangku.

2. Terus aku tersentak. Pergh! Inilah kemantapan penulisan. Susunan abjad-abjad yg kerdil, tetapi menghasilkan ombak-ombakan gergasi yg menerjah ke sepelusuk alam.

3. Seringkali aku terlupa. Ketampananku dan penulisanku. Walaupun baru ku nukilkan di subuh hari itu. Akan tetapi tengah hari di Selatan Australia di hari itu sudah hangat dengan kisah erotisku (sini).

4. Iya benar. Aku merdeka dari kongkongan di hari itu. Angin dingin sepoi2 bahasa di senja musim bunga, memang membelai2 manja senjata alamku di waktu itu. Mujur. Rerambut ku memberikan sedikit pelindungan.

5. Tidak mengapa. Ku biarkan warga Adelaide menghirup kelakian aku di waktu itu. Aku tak ambil pusing. Kerana. Di minda aku hanyalah satu. Pertemuan empat mata dengan seorang pujangga terkenal tanahair, Profesor A. Wahab Ali di petang itu (buku2nya)

Tabek Prof! Terima kasih!

6. Beliau adalah seangkatan dengan Awang Had Salleh, Othman Puteh, Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Hj Mohammad, Shahnon Ahmad dan lain2 nama garduan MPSI ( sekarang UPSI) yg harum di persada persuratan kesasteraan Melayu tanahair (source). Maka tidak hairanlah apabila beliau di anugerahkan S.E.A Writer Award pada tahun 1994 (source)

6. Diskusi petang itu bersama Prof Wahab hanyalah berbentuk separa formal. Cukup sempurna. Secocok denga kehadiran yang hanya berlima.
Saudara FakirFikir menongkah dagu sejak dari mula.....
....hingga ke akhir.
Saudara BukhariRamli pon sama.....lalu...
.....aku pon turut sama. Pergh! Terus terasa macam berilmiah.....

7. Banyak ilmu yg di timba. Tapi malangnya masa itu bervagina. Mencemburui kami bila berdampingan dengan gadis ayu berpayudara mekar. Baru bercumbu, terpaksa berlalu.

8. Entahlah. Mungkin di waktu yang datang kita akan bertemu semula. Seringkali liku perjalanan aku dan Prof Wahab berselisihan sebelum ini. Beliau masih ingat aku dari pertemuan yg lampau. Walaupun memori ku vakum.

9. Maka berkumandanglah suara2 sumbang mahram yang mengatakan mungkin Azam dahulu berlainan. Lebih tampan. Tapi kini mamahan usia sudah mencarik-carik topeng kekacakannya.

10. Tapi
" Eh Tidak!" kata Profesor terkemuka itu.
Pujangga itu hanya mengambil seketika untuk membuka lipatan memorinya dan memilih kata2 seterusnya. Ibarat isian peti harta karun yg terhambur, keluarlah emas permata dari mulutnya.

"Azam memang sentiasa hensem!"


Sekian, mekasih, wassalam.

Friday, September 24, 2010

Pecah Rumah !!!

Salam,

Jemputan open house Koboi style...!!
Last minute....taktik kotor aku utk mengurangkan org datang.!! Ya. Aku mmg genius.

Jom datang beraya rumah aku besok di

3/8, Durham Tce
Ferryden Park


Awek di jemput datang dari pukul 10 am-3pm
Balak di jemput datang dari pukul 12:00-12:03 pm

Sapa dtg lambat akan di bolayan sebab aku nak main bola petang tu. Dipersilakan belah.

Semua orang di seluruh dunia ini dari Adeled hinggalah ke ..errrr.. Adeled balik setelah pusing satu dunia.... di jemput hadir.
Tak kira samada aku kenal ataupun tidak.
Kerana aku tau aku ni celebrity so semua org kenal aku, tapi aku tak kenal engkorang kecuali awek2 yg gojes dan balak2 yg terer main bola macam Muhammad Helmi Miu

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, September 22, 2010

No Spender Day !

Salam,

1. Bizi gila sampai nak carik spender bersih pon tak sempat ni.....

2. Petang ni 4-530pm, jom borak2 ngan Prof A Wahab Ali kat kedai sambil makan karipap!

3. For someone yg ada fon no A Samad Said, Shahnon, Azizi Hj Abdullah dan bla bla bla Sasterawan negara yg beliau sendiri merupakan salah sorang drpd ahli panel pemilihan Sasterawan Negara, dia sure hebat gak kan!

4. So, Jom beli spender..eh silap...pegi kedai petang ni!

5. Bayaran percuma la. Kepala hotak kau kalau aku nak charge..

6. Wei...pkul brapa haris scrafe bukak?

Sekian, mekasey, wassalam...

Monday, September 20, 2010

Fuck You Fesbook!

Salam,

1. Jamban Kabir betul la Fesbuk ni.

2. Gua tolong menglamerkan engkau dgn tunjukkan camner cara2 nak stalking ikut fesbuk (kelik sinih), sekali begini engkau membalas jasa2ku wahai Cik Fesbuk. Habis maniku, zakarku kau singkirkan. Bagaikan aku ini condom terpakai. Kau salin aku macam kau salin sanitary pad je!

3. Aku celik2 mata je di pagi Rabu last week, tetiba aku tgk aku dah tak leh login. Kau dah tutup bukaan vaginamu kepadaku ye Cik Fesbuk. Tergamak hatimu......

4. Tahukah wahai Cik Fesbuk, walaupun orang2 lelaki ini keras, tapi ada dua organ di badan kami yg tidak keras sentiasa. 2 soft spots. Yang hanya kadang2 je keras. Default settingnya ialah lembut. Zakar dan Hati. Dan kau telah melukai keDUA-DUAnya! Tidakah kau terasa bersalah?

4. Namun lurah nikmatmu itu tetap ku tagihkan. Bagaimanakah dapat ku lupa gelombang asmara yg pernah kita layari bersama dahulu. Di malam yg hangat. Di malam yg dingin. Di malam Lailatul Qadr. Damned!

5. Engkau telah memaksa tangan-tanganku ini wahai Cik Fesbuk. Memaksaku melakukan sesuatu yg terkutuk semata2 untuk bersama2 denganmu kembali. Memaksaku bertindak di luar tabiie.

6. Kau memaksaku bermain belakang.

7. Kini ... ku kembali menghirup kenikmatanmu dari cangkir terlarang. Ohh...sungguh haram. Tapi. Itulah chenta.

8. Nanti, janganlah engkau tercari2ku di pintu syurga. Kerana aku siang2 dah masuk dalam. Kerana aku tengah beromen dgn bidadari2. Ikut depan!

Sekian. mekasey, wassalam.
___________________________________

Cerita bergambar untuk budak2 sekolah rendah.

Last week...Tak boleh login...BUKAN deactivate. Tapi Fesbuk DISABLE acct aku...Dan bila aku kelik Help..

Disabled because Fake Name. errrrr. Camner Fesbuk tau Mangkuk Hayun tu fake? Letih mak pak aku bagi nama tu!
The reasons naper tak leh guna fake name...."prone to abuse". Muahhahaha

So utk reactivate the account, aku kene submit my "Real Name". Takdehal....
Hello. My name is Jubor Hangit looking for Love !

Pastu fesbuk antar verification mail.
Aku telah reply, confirming that Jubor Hangit is my real name.

Tetapi skang ni dah masuk hari yg ke ENAM. Tiap 10 minit aku refresh g-mail aku! Tapi habuk tarak rerspon drpd fesbuk!

Fuck You Facebook!

Aku dok tunggu je fesbook antar mail rejection kat aku. Pastu aku nak bagi nama2 lain yg lebih kaw2, Peler Lebam, Jubor Loose, Kelentit Tegak.

So skang ni aku telah buat acount fesbuk baru. Guna nama...jeng ...jeng ..jeng...
Mangkuk Hayun gak!
Kalau kau search Mangkuk Hayun, mesti jumpa nyer. Agak2 mana satu aku yer...


So marilah kita saling "add meng-add" sesama kita kerana aku tak ingat semua org.

Awek2 hot yg aku stalk, aku ingat lah.... Tapi lu orang-orang kebanyakan, kalau wa lepas pandang kang jgn terasa la plak kan...Jgn segan2 add aku. Come back to Papa.


The end, Thanks a bunch, Wassalam.

Saturday, September 18, 2010

Liat Jugak Nyawa Bini Aku Ni!

Salam,

1. Rabu lepas bini aku dah komplen dah dia trasa macam nak amik sick leave sebab dia trasa macam nak demam. Tapi orait je dia pagi Rabu tu aku tengok. So dia pegi kerja gak la. So aku assume biasalah ni. Syndrome org tua2 yg dah tak de kudrat.

2. Malam tu tu je, terus bini aku KO. Punya lah tak larat gamaknya sampai KO kat lantai ruang tamu, depan heater. Terpaksalah aku heret tilam pegi ke dapan gak. Takkan la aku tido sengsorang dlm bilik kan. Aku ni kan manja. Tiap malam sebelum tidur kene cium bini. Tapi dia letih arini. Tak nak kacau la.

3. Kamis pagi tu aku punyalah kalut, aku tak sempat nak antar anak aku yg kecik, Usna pegi childcare. So dia dok rumah lah ngan bini aku. Aku tau dia akan kacau bini aku nyer. Maklumlah budak2 pompuan. Mulut pot pet pot pet, ngan dinding pon diaorg boleh ajak bersembang dua tiga jam.

4. So aku kerja air Kamis tu penuh dgn kekalutan. Sebab aku bajet nak balik awal, pkul 2pm utk pikap Husna, bawak keluar, so bini aku boleh rest sikit sengsorang. Alih2 pukul 3 baru aku sempat balik.

5. Aku tengok rumah dah macam tongkang pecah di kerjakan Usna! Bini aku, masih tergolek beriktiqaf dlm selimut kat ruang tamu. Nak bercakap pon mcam orang kene stroke. So aku bawak Usna dan Muhammad pegi main2 kat playground. Sejam gitu aku hantar diorg balik dan pegi balik kerja.

6. Dalam maghrib gitu, aku dapat call. Muhammad call aku. Dia kata
"Papa! Mama sakit perut"
.
Alamak. Aku tau. Bini aku mesti tak makan apa2 sebab tak lalu, so dia dah kene gastrik. Aku pon cakap,
"Okay2! Papa balik sekarang."


7. "Sekarang" utk aku maskudnya paling koman sejam. Sebab aku bukan kerja pkai punch-card. Boleh masukkan card tu pastu chow. Aku kene kemas kedai dulu, sapu sampah, mop etc.

8. Lagipon ni "bini" je pon. Bukannya "aweks". Kalau aweks, dia call je, aku dah terus pegang kunci kereta. Dia cakap baru cakap "Hai", aku dah masuk gear tiga.

9. So lepas tutup kedai aku trus pegi farmacy dan beli ubat2 standard. Cordral Day and Night Formula (utk demam selsema) dan Buscopan (utk gastric). Tengah aku merempit balik, tetiba dapat SMS bini aku mintak aku belikan antibiotik plak!

..power..

10. Damn. Kat sini antibiotik adalah barang terkawal. Kene prescription drp doktor. Kalau kat Malaysia kau sempoi je boleh beli kat farmasi mcam kau beli pil tongkat ali dan kondom kan?

11. So nasib baiklah aku kenal adalah dalam lima enam doktor Melayu yg kerje GP kat sinih. Pilihlah yg mana satu idaman kalbu. So lepas aku amik prescription "for free" (TQ Zaki), pergilah balik aku ke farmasy utk beli ubat tu.

12. Last2 sampai gak aku kat rumah, pukul 9pm, kira2 2 jam selepas mendapat pangilan kecemasan tadi. Pergh! Kalau bini aku kene heart attack ke apa2 yg serius tadi ni, dah lama dah gol ni. Mayat dah sejuk dah! Dah keras! Kecewalah aku kerana terpaksa mencari duit utk kawin ngan bini baru. Alangkah tidak seronoknya!

13. Aku pon pot pet la kat bini aku, apsal tak makan, kan dah sakit perut, bla. bla bla. Bini aku cakap tak boleh makan sebab tekak dia sakit, bila nak telan terasa perit, makanan jam. Dia nak bercakap pon mcm susah. Sempot2 gituh. Macam bateri weak. Alangkah nikmatnya klau ari2 begini. Aman gegendang telinga aku.

14. Dia kata ni demam pelik. Satu badan abis bateri. Sendi lenguh2. Dia tau dia panas, tapi dia mengigil bwah selimut. Kepala macam nak pecah. Selsema, pastu bla bla bla bal bla...aku dah tak nak dengar! Sebab aku dah lari jauh2! Ni ntah2 SELSEMA BABI! Pelik smacam je. Tak nak aku dok dekat2.

15. Lagi 3-4 hari ni aku ada event besar. Moon Lantern Festival. Aku tak de masa utk sakit2 ni! Aku nak kene pulun buat satay, kuah kcang, rendang etc. Kalau aku sakit, sapa nak buat kerja? No work no money. No money no berbini lagi. No berbini lagi, no happy. No happy because I got lots of mani.

16. So, malam tu masa tidur, aku make sure ada "tembok besar negeri cina" antara aku dan bini aku. Tembok itu bernama Husna. Aku sanggup mengorbankan anak aku untuk kepentingan diri sendiri. Aku tak kisah. So bini aku tido bucu sana, dan aku tico bucu sini. Selimut pon lain2. Cium? Boleh belah!

17. Again, besoknya Jumaat tu, aku kerja kalut2 pastu balik amik Husna bawak jalan2 sejam gituh. Tapi aku dah pesan kat bini aku malam tu aku tak boleh balik awal. Aku kene start masak/preps untuk rumah terbuka "The Legends of Taiko Karats" besok.

Cepat2! Kita nak main bola.

18. Sekali, budak2 ni kata ada futsal pukul 1000 malam tu. Alamaks!
Moto hidupku: "Tiada yg lebih penting di dalm dunia ini, selain drpd sembahyang, melainkan berbola-sepakan."
Pukul 945 malam aku sampai rumah malam tu, aku tgk semuanya dah tergolek. Chanteek! Aku pelan2 amik kasut bola, pastu....Yaaaaahhhhuuuuuuuuuuuuu!

....Tolonglah rembat bijik mata kanan Sirul (keper hampeh)...Tolonglah!

19. Pukul 1130 baru balik rumah. Belajar bertwitter skit, bukak account fesbuk baru 2-3 account2, baca news,...pkul 2 pagi baru aku tidur. Cium? Hishh! Tanak aku! Aku tengok dia dok pakai baju yg sama sejak rabu arituh lagi! Dah sah tak mandi! Uweekssz!

20. Pukul 6 pagi aku dah kat kedai sambung projek open house Legends. Pukul 10am baru aku balik rumah balik. Nasib baik Sabtu aku tak kerja! Boleh beraya sakan!

21. Tapi, Ya Allah! Bila aku balik rumah pagi tu bini aku masih dok beriktiqaf kat spot yg sama sejak 3 hari yg lalu. Rambut dia dah terpacak2 macam kene elektrik shock. Olololololololo...kesiannya. Tapi tak mati2 pulak bini aku ni. Liat jugak nyawa dia ni! Hish! Kalau mati kan senang. Tak payah aku madukan dia. Boleh aku berbini baru tanpa sedikit rasa bersalah pon.

22. So pagi Sabtu tu aku pergi beraya kat rumah "the Legends" seperti Duda Berhias. Bini-less. Nasib baik aku bawak anak2 aku. Klau tidak, dah selamat dah aku di baham gadis2 Adeled pada hari itu.

"The Lejeng". AK, AfiqAsjay, Naim, Ise', dan Lejeng Import Que. Awek lejeng yg kanan tu Patin.

23. Balik je ke rumah tengah hari tuh, aku ajak bini aku pergi beraya kat rumah org lain plak. Jalanlah sikit kan.
Demam ni sebenarnya macam org perempuan.

Lagi di layan, lagi naik lemak. Di beri betis nak peha. Di beri peha, nak zakar. Susah lah nanti kene mandi wajib. Kang bil air naik!

24. So akhirnya bini aku keluar lah jugak beraya petang tu ke Mount Barker. Skang, arini ni, Ahad, dia dah nampak okay dah. Tapi anak aku pulak yg demam! Siapa? Husna, my "tembok besar negeri cina"! Yes! Taktik aku menjadi. Aku selamat!

25. Pergh! Mungkin aku kene pergi beraya di Open Day MASCA/UMNO ari ni bini-less dan anak-less.
Alamak!
Ya Allah! Selamatkanlah aku drpd godaan2 rakus gadis2 Adeled nanti.
Sesungguhnya insanMu ini ada many-many mani but no money untuk berbini.
... lagi !

Sekain. mekasey, wassalam.

p/s: - Skang ni mcm ada wave. Lepas sorang2 demam. Ada virus yg agak brutal kot nih. So kalau trasa kau demam "lain macam" je, jgn segan2 jumpa doktor cepat2.
- Swinging Bowl boleh cater untuk kenduri arwah.
Untuk kawan2, harga $5.oo sekepala. Kepala mayat tidak di ambil kira.

Friday, September 17, 2010

Account Fesbuk Disabled

Salam,


Kene Disabled?
Huh....
Camner awek2 nak stalking aku ginih? Kesian mereka2....

Wassalam.

Monday, September 13, 2010

Kita rilek jap ye..

Salam,

1. Aku sedar, ramai yg tergedik2 dok tunggu aku tulis pasal ISMA. Adakah aku akan sokong ISMA or hentam ISMA?

2. Tapi jom kita rilek jap la. Skang ni kan mood raya. Jom kita bermaaf-maafan sesama kita.

3. Lepas tu kita gaduh lah balik kan.

4. Lagipon kalau aku silap tulis, aku mungkin tak dapat jemputan open house raya drpd pihak ISMA or pihak anti-ISMA. Melopeh den...

5. Bersabarlah. Aku tak lupa.
_____________________________

Prof A Wahab Ali

1. Beliau adalah bapak kpd salah sorang PRR kat sini. Dia skang ada di sini.

2. Apparently, dia ni orang hebat dalam sastera Melayu. Aku tak kenal pon, tapi kalau kau google nama dia, mmg bercambah pasal dia. Mmg dia hebat gaban.

3. So, "Mat Jiwang bajet Sasterawan Negara No 1 Adelaide", Saudara Muda FakirFikir, telah mencadangkan utk kita (aku, kau, blogger, would be blogger, pembaca,sesape) buat satu diskusi/perjumpaan dgn Prof Wahab, utk kita menimpa sedikit ilmu drpdnya.

4. Kalau kau datang nak usha awek je pon wa tak kisah.

5.. Lokasi, mungkin di kedai aku. Bila tu entah? Tapi sesapa yg berminat tolong bagi feedback.

Sekian, mekasey, slamat raya, wassalam.

Sunday, September 12, 2010

Pekerja-Pekerja Aku Yang Cun


Salam,

1. .............1145pm. Aku masih tengah high. Adrenaline membuak2. Baru lepas niaga kat Malaysian Carnival.

2. Aku tak lah rasa letih sangat. Biasa lah ni.

3. Bagi aku letih ni ada 2 kategori. Letih badan dan letih otak.

4. Letih otak lagi sakit bagi aku. Kalau otak letih, satu badan letih. Kalau otak tak letih, agak mustahil utk aku letih badan. Sebab bila otak lapang, buat kerje pon trasa ringan.

5. Sebab tu aku suka buat kerja sengsorang sebenarnya. Biar semua aku buat. Pakai satu kepala. Kepala aku saje. Betul ke salah ke, aku yg tanggung. Asalkan aku tak pening kepala bila banyak2 kepala ni!

6. Antara bende yang paling aku benci ialah bila "orang lain membuang masa aku."
Biarla kalau aku buang masa aku dgn kerje2 yg tak pekdah. Asalkan jgn org lain! Mcm, bila org bayar kat cashier pakai credit card ke, org lambat tukar gear kat traffic light ke, org yg terkedek2 masa buat konvoi kereta ke mana2 or org byk songel masa nak membeli kat kedai ke!

7. Itu pasal aku benci nak serve org kat kedai. Aku geram je nak lempang2 sekor2 yg terhegeh2 mengorder. So drpd aku buat dajal, baik aku suruh org lain serve!

8. Tapi sebab aku suka buat kerje sorang2 ni lah yg menyebabkan aku selalu injured. Overdose kerje sampai lengan dan tangan nak tercabut!

Lengan aku yang dah bengkak! Gambar bersama fakirfikir yg nampak muda sebab misai dan janggut dah gondol! (Nahh bro! Kau mintak sangat aku post!)

9. Itu pasal character/skill yg aku paling perati, tekankan dan hargai di kalangan pekerje2 SBowl ialah speed. Pantas, pantas, pantas.........

10. Cara aku kerje ialah, aku lead the way, and diaorang kene catch-up. Aku tak kisah je pon klau diorang takleh catch-up sebab mmg mustahil diorang nak melawan aku. Aku kerje tiap2 ari dari pagi ke ptg dah dekat 3 tahun. Diaorang just kerje 1-2 kali seminggu sebanyak 2-5 jam. Mmg tak dapek challange aku la kan!

11. Semua orang yg start kerje kat SB akan gabrak dan rasa macam nak mampos kot mula2 tuh. Tapi lama2 aku perati, sekor2 jadi cool dan methodical dlm kerja2 diaorang, walaupun under constant pressure. Stamina kerja diaorang pon meningkat. Funnily, most of them aku tengok macam jadi addicted nak berkerja!

13. Macam masa event tadi, jelas nampak lain staf2 aku compare to pekerja2 gerai lain. Kitaorang sikit je, tapi non-stop, fit and fast. Orang lain mcam nak tercabut kepala lutut je aku tgk bila dah petang2 tuh.

14. I am sure that everybody yg bukak gerai tadi, masih dok mencuci sampai pukul 10 malam ni or later. Takpon, paling common, balik tidor dulu, basuh besok pagi! Tapi, kitaorang pukul 6pm dah setel semua kat kedai. Besok boleh niaga back to normal.

15. So, itulah characteristic pekerja2 yg aku pilih utk kerja ngan aku. Pekerja2 yg tidak akan meletihkan "otak" aku. Kuat, kelakar, multitasker, PR power, bijak, sengal or chun, hanyalah bonus.

16. Alhamdullilah, so far, I am proud of each and every single one of them.

17. ........Except for Chika!! Aduhai! Nasib baik la kau kelakar! Woii.....kerja tu laju2 la skit!

Kau tengok la muka ni. Sampai ati ke kau nak buang keje?

Sekian, mekasey kpd sapa yg sapot aku tadi dan wassalam.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Kaya Raya.........

Salam,

....Smakin aku letih smakin tak leh tido.

Bila aku sampai rumah pukul 11pm tadi, semua org dah tido. Sorri berlori diucapkan kpd isteri pertama dan anak2 kerana aku tak beraya dgn dioarg langsung pada hari ini.

Mengapakah aku kejam sebegitu....?
___________________________________________

1. Selaku kapitalis tegar, ari ini bersamaan 1 Syawal tahun ke err....brapa hijrah ntah, aku tak tutup kedai. Business as usual.

2. Hari bermula pada pukul 610am. Aku bangun melompat. Lambat! 630am aku dah beriktiqaf di kedai, aku mengdalca utk 2 open houses. 8am, aku dah balik rumah. 815am pegi Al-Khalil.

..gambar kitar semula.. catering dalca dulu2

3. Bergambar bersama rakan2 sebaya.. Chronik Bloggerz yg dulunya bertiga, skang tinggal 2. Ni gambar kat kubur Al-Khalil. Aku mungkin parking kat sini juga satu hari nanti. Tapi klau parking kat Pelestin ke Afganistan ke, lagi best kot.
...kantoi...mata tgh ushar aweks yg melawat kubur.

4. Abis semayang aku pegi hantar dalca, pastu trus merempit kekedai. Sampai pukul 10am. Maka bermulalah iktiqaf aku yg kedua.

5. Terlambat lagi! Pulun masak ala-kadar sebab bajet org tak ramai. Sekali tuu dia ramainyer orang! Keching Keching! Duit masyuk!

6. Trimakacih di ucapkan kpd losers2 yg takde kerja lain di pagi raya tadi, so sanggup kerje!

Yang ni mcam takde perasaan. Robot besut!

Ala anak emak cayang buschuk makan pon kene berdiri sebab tak sempat.....

...ololololololo....mcam laki mati bini

7. Trimakasih juga di ucapkan kpd semua pekerja2 yg datang beraya kedai tadi. Semua macha-machi aku datang kot kecuali Arifah yg pergi membalak.

Chika dok mengayat pakcik parking inspector. Naseb baek ayat dia power, pakcik tu tak jadi saman.
Takpon mat salleh tu ingat ni budak cacat, so kasi chan la sebab dia handicap!

Bajet ayu la lu! Pandang sini la bila orang amik gambar!...

8. Dan tq gak kpd orang2 lain yg datang beraya di kedai tadi. Sapa yg datang lambat tadi dan tak dapek meraso, den mohon hampun maaf...seblum den maki hamun..
"Woi! Bukankah aku dah tulis kat febuk, sebelum datang SMS aku dulu, so aku boleh prepare. Ni main terjah je, susah lah aku nak bajet kan. Sorri la yer sapa yg tak makan tadi".

9. Pukul 4pm, sales objective for the day was achieved. Awal gila. Lauk nazak. Solution=TUTUP.

10. Aku dah trasa macam nak tergolek dog dah taim tuh. Aku trus pegi bank dan on the way balik aku singgah CIBO beli ice coffee. Tak jalan. So lepas smayang asar je pkul 4:50pm, aku trus pengsan dekat sejam.

11. Celik2 je sambung projek ngan Bukh. Projek yg aku dok kalut2 ni sampai lupa anak bini danraya ni ialah Malaysian Carnival this Sunday, 2 hari lagi. Aku tengah pulun buat satay la skang ni. Bukh potong ayam dan daging, aku marinate pastu aku pasing kat armada cikaro-cikaroses aku utk di cocok.

12. PETUA MEMASAK: Aphal pulak ni kan? Bila bahan2 marinate satay ni di gaul skali, ada exothermic chemical reaction yg menyebabkan keluar gas kaw2 sampai pedih berair2 mata.
Kalau buat 3-4 kilo takpe la. Tapi kalau buat samapi berpuluh2 kilo cam aku, boleh pengsan woooo!
The magical solution is cover your idung, NOT the eyes. Sebab punca pedih mata itu ialah pedih idung sebenarnya!

The same with bila hiris bawang. Kalau kau tahan nafas or cover idung, gerenti tak pedih mata. Kalau kau tahan nafas lagi lama-lama lagi bagus. Boleh mati trus. Org mati tak pedih mata bila hiris bawang.


13. Berdentam berdentum sampai pukul 1030pm baru belah dari kedai. Iktiqaf selesai akhirnya. Pastuh aku dan Bukh pegi deliver satay2 utk di cocok kpd haweks. Pkul 11pm baru sampai rumah.

14. Tetiba kat rumah aku trasa lapar. Mana taknya. Satu ari ni, aku makan "proper" skali je. Satay goreng kat kedai pukul 3pm tadi. No breakfast, no supper. Sebab ari ni ni bini aku beraya sakan, kat rumah take makanan. So terpaksalah aku bermaggian tomyam.

My energy sources taim keje. Air mineral utk menghilangkan dahaga. V utk mencelikan mata. Snikers utk bagi glucose boost. Red Rock Deli Chilli utk kasi pedas lidah. Baldi untuk kencing. No taim to waste. Time is money. Money gets you honey. Honey will get your mani. ...Pergh! Rapping tu! .....aku dah sewel.

15. Pukul 12am aku dok depan computer. Pastu entah pukul brapa aku pengsan dekat sejam sambil duduk depan screen. Pukul 4:00am aku mandi, sebab satu badan bau satay. Pastu smayang Isyak! Muahahhaha.

16. Sakang ni tengah tunggu masuk Subuh.

..nak kasi celik aku layan lagu ni. Dino iki ku'e toko guyu..muahhaha layann~

17. Well, thats my life for the last 24 hours lebih kurang. Terlepas raya. Not the first time! Ntah sebab apa ntah, banyak kali kalau aku join food carnival, timing dia mesti tak cun. 3 tahun lepas, Food & wine carnival, memang betul2 di Hari Raya. Pastu carnival apa ntah, kene taim sehari selepas bini aku beranak. Terpaksa aku tinggal bini aku dan baby kat sepital sengsorang.

Aku memang kejam!


18. Besok...eh silap dah pukul 5:17am skang, aku kene bangun awal nak pergi beraya. Pastu petang main bola. Malam ni, sambung balik beriktiqaf.

19. Di harapkan hari Ahad ni chun utk semua yg terlibat. InsyaAllah.

20. Skang pukul 545am. Post this entry.

5:51 am...aku laparrrrrrrrrrrr!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, September 8, 2010

Putus Cintan

Salam,
Asalnya aku nak citer panjang pasal ni. Tapi di sebabkan tidak bersesuaian dgn kehadiran hari raya, maka aku post pjg ni cukup. Nanti lepas raya baru aku ulas sampai hangit!

CEASEFIRE.....


1. Drp CNN, Reuters dan BBC, aku mendapat berita bahawa pihak Palestin dan Israel telah akhirnya bersetuju untuk melakukan gencatan senjata beberapa hari yg lalu.

2. Melihat kpd sejarah silam hubungan Palestin-Israel, aku yakin dan percaya, perdamaian di antara pihak2 yg berseteru ini akan berkekalan. Di harapkan, usaha murni pihak Palestin dan Israel ini akan membawa kpd kestabilan politik di Timur Tengah dan seterusnya mengundang kembali "pelabur2 asing" ke kawasan tersebut.

3. Aku pon sudah sekian lama dok tertunggu2 kehadiran "pelabur-pelabur-pelabur asing" ke kawasan aku. Akan tetapi visa2 mereka telah di sekat oleh Kementerian Dalam Negeri dan Seluar Dalam. Damn politician!

4. Walaupun berita ini mengembirakan kesemua pihak, malangnya sebaliknya buat aku. Aku terpaksa mengaku, jauh di sudut sanubariku ada perasaan frust. Frust sebab diorg berdamai sebelum aku post this entry. Kalau dak, aku dah boleh claim penulisan blog aku inilah tyg telah mencetuskan keharmonian sejagat.

5. Dam U!!

6. Untuk yg masih blur, ini bukannya citer pasal KENTUT mahupun Kurap
.
Wassalam.

Saturday, September 4, 2010

Kurap Adelaide....




Salam,

1. Aku malas nak tulis post pendek2. Tak sempurna argument rasanya.

2. Aku suka menulis blog, sebagaimana aku suka caraku beromen. Panjang2 dan selama-lama-lamanya. Hot, rough and sweaty (sembang kencang bajet power...Ikut aku lah ni blog aku! muahahaha)

3. Tapi bila aku baca orang2 melenting ttg organisasi K yang di ketuai oleh DrE yang membuat forum N tentang isu T yang mengkritik negara U di bandar yg bernama T, maka aku terfikir. Diaorang ni nak datang bulan ke?


4. Aku mmg nak menulis tentang K,E,N,T,U dan T dah lama dah. Mungkin inilah impetus yg aku tunggu-tunggukan. (utk yg lemah ingelisnyer..boleh check maksud impetus di cini).

5. K,E,N,T,U,T adalah isu yg sudah lama berkurap di bumi Adel...opss tersasul.....jap yer nak check...di bumi T. Jadi aku malas nak garuk kurap tersebut sebab selaku bekas pesakit kurap, aku tahu sifat dan karekter penyakit kurap ini.

6. Semakin di garu kurap tersebut, semakin syok, semakin best! Semakin keras di garuk sopt tuh, semakin lega rasanya. Akan tetapi hakikatnya, bila kurap itu di garu, ia sebenarnya akan jadi bertambah teruk dan bertambah besar.

7. Lagi celakanya, bila kurap ini di garu, fungus2 kurap ini akan melekat di celah2 kuku kita. Jadi bila kita garu di tempat lain yg tidak berpenyakit, tempat itu pulak yg akan di jangkiti. Asalnya satu, kini jadi dua, tiga dan seterusnya.

8. Lebih membabikan, kurap ini senang menjangkit kpd org lain. Asalnya sorang, kini dah bertambah menjadi dua, kemudian satu kelas, satu sekolah, satu bandar, satu negeri, satu negara dan akhirnya satu dunia.

9. Jadi sebelum aku menulis tentang K.E.N.T.U.T, aku nak pesan kat semua orang. Aku akan garu perlahan2. Sebab aku tahu,

A
- sekukuh mana pon hujah aku menyokong DrE dan organisasi K, TIDAK AKAN ADA SORANG pon di kalangan orang2 yg anti E & K akan merubah pemikirannya.

B
-
selemah2 hujah aku menentang E & K pula, akan cepat sepantas kilat menyebabkan orang menjauhkan diri drpd E & K, termasuklah org yg berada di dalm K sekarang ni.

10. Kenapa bila orang nak buat baik ramai yang menentang membantah. Tapi bila orang membuat kemungkaran, bukannya orang yg "menentang membantah" itu turut sama "menentang membantah" kemungkaran tersebut. Sebaliknya diaorang pandang kat orang yg cuba buat baik tadi dan kata " Ehh! Apsal lu tak pergi tegur?". Pulak!

11. What a joke!

12. Ataupun mungkinkah pihak yg "menentang membantah" itu hanyalah menyuarakan cadangan ataupun positive feedback. Akan tetapi mereka telah di perceived sebagai pihak2 yg menentang usrah ataupun liat utk di usrah, kerana cadangan/feedback pihak tersebut bercanggah ataupun menokok tambah kpd silibus usrah yg telah di selaraskankan oleh pimpinan atasan organisasi. Agak rigid mereka ini. Agak constipated.

13. Sila makan pelawas yer abang2 usrah. Anda boleh beli di sini.


14. On the other hand, isu KENTUT ini ialah isu yg selamat utk aku discuss secara bebas semberono. Sebab aku tahu penulisan aku TIDAK AKAN MEMECAHKAN komuniti Melayu di sini. Kerana komuniti ini mmg sudah berpecah di kalangan undergrad mahupun postgrad. Malangnya.....

15. Di harapkan, di akhir penjelasan drpd aku, semua orang akan sedar. Bahawa kedua2 pihak , KENTUT dan anti-KENTUT bersalah didalam kemelut ini. Yang betul dan benar hanyalah Aku sorang.

16. Tapi sekarang bukan masanya lagi. Aku perlu menulis utk menolong kawan yg sedang terluka....

Sekian. mekasih, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails