Friday, October 31, 2008

Jawatan kosong

Pihak pentadbiran Swinging Bowl Pty Ltd menwartakan disini, tentang kewujudan kekosongan dalam pengendalian restoran "swinging bowl satay" (SB) sewaktu cuti hujung tahun ini. Adalah menjadi visi dan misi kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami, maka pemohon mestilah memenuhi kriteria seperti yang tersebut dibawah. Kriteria tersebut telah dibahagikan kepada kategori A,B,C,D,E,F dan G.Individu hanya perlu memenuhi SALAH SATU daripada kategori tersebut untuk layak memohon.

KATEGORI A
1. Lulus SPM dengan kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia dan boleh bertutur bahasa malaysia dengan baik.
2. Lulus SPM Bahasa Inggeris dan boleh bertutur bahasa Inggeris sampai berabuk.
3. Fasih bertutur dalam Bahasa Arab paling minima satu perkataan eg Assalamualaikum.
4. Boleh membuat pelbagai tugasan di waktu yang sama (multitasking). Had minima ialah mampu untuk memasak roticanai sambil ambik order nescafe tarik, mintak no phone awek cun yg order nescafe tarik tersebut dan korek lubang hidung kiri mengunakan jari telunjuk tangan kanan.
5. Berkebolehan untuk berkerja dibawah tekanan yang ekstrim. Tidak menangis, blur, mati atau sakit otak bila menghadapi saat saat getir.
6. Pantas. Mesti berkemampuan untuk berlari 100m di bawah 9.67s berkain pelikat (untuk lelaki sahaja) atau berkemban (perempuan atau lelaki).
7. Ketinggian. Disebabkan kaunter kami agak tinggi, ketinggian pemohon mestilah sama atau lebih tinggi daripada cik n.
8. Memiliki kepandaian atau IQ yang tinggi. Jadi mampu untuk mengimbangi antara pembelajaran dan pekerjaan. Ujian adalah diwajibkan. Contoh soalan; Namakan ahli kumpulan 4U2C mengikut susunan abjad jawi.
9. Memiliki suara yang merdu untuk memikat hati pelanggan dan menyanyikan lagu tema SB "fiona" sambil melutut dengan baik.
10. Tidak sayangkan jari dan kulit tangan anda.
11. Sanggup menjadi tong sampah kami untuk menghabiskan sisa2 makanan yang berlebihan dimalam hari.
12. BUKAN orang muar, bekas penuntut MRSM muar,MCKK, SDAR,STAR dan Alam Syah.
13. Pengkid atau bukan pengkid daripada alumni TKC, STF dan Sri Putri diterima dengan tangan terbuka.

atau
KATEGORI B
1. Cun.
atau
KATEGORI C
1. Sanggup berkerja free.
atau
KATEGORI D
1.Memiliki darah keturunan India.
atau
KATEGORI E
1. Ore Kelate.atau
KATEGORI F
1. Bini aku. atau
KATEGORI G
1. Sanggup jadi bini no 2,3,4 aku.

Pemohon yang berkelayakan diminta email pihak SB di mangkukstatik@gmail.com. Pemohon yang mengunakan kategori B dan G diwajibkan menyertakan gambar ukuran passport dari sudut depan dan tepi.
Sekian.Terima Kash dan wassalam.

7 comments:

Anonymous said...

since chef kita iaitu abang nor (nama lain bg abang azam) pun berketinggian KURANG dr average, pekerja2 pendek pon boleh memohon. x perlu rase rendah diri,kalo tangan x sampai nak cedok nasik, kita letak bekas nasik tu atas lantai

Anonymous said...

ciss.. kategori d tu mcm lain je bunyi dia..

Anonymous said...

cepat2... gaji double kalau boleh buat keje mcm arsyad. boleh buang keje arsyad.. yeyyyy..
Huahuahua(gelak jahat)

Anonymous said...

nsib baik laa ko x letak kategori 'tinggi mcm usen'..mesti xde org dpt keje...hhahahaha =p

mangkuk statik said...

PEMBETULAN:
Had ketinggian minima adalah ketinggian n tanpa high-heels dan had ketingian maksima adalah ketinggian usen macho dengan high-heels!

ihsan_huhu said...

aku rase bile aku cuti bersalin arituh, pastuh aku try nk sambung kje, aku terase yg aku telah kehilangan kriteria A(5)

byk bende dh berubah2 so aku kehilangan touch ibarat thierry henry bermain di barcelona ataupon ibarat paklah tanpa KJ.

namun begitu, aku pernah melaksanakan kanun A(4) dgn mencuba mengaat amoi, namun tambi arshad telah mengacau daun sbb die jeles.

KristalBiru said...

weh....x da maknanye nk jd bini no2,3,4 ko....nak cun konon...piraahhhhhhhhhhhh!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails